Followers
Sunday, December 7, 2008
UMNO BAHAGIAN KETEREH 2009 - 2011
Sebab apa saudara Hj Sabri Shafie berhasrat untuk bertanding Naib Umno Bahagian Ketereh?
Ulasan ini berkisar pendapat dan pandangan 14 cawangan yang mencalonkannya.
Dari segi keterampilan dalam politik khususnya Umno, penulis mengaku tidaklah berpengalaman sangat dalam selok belok bermain politik. Tetapi penulis memberanikan diri dan mencoretkan untuk tatapan bloggers atas semangat semulajadi, rasa tanggungjawab, dan dorongan rakan-rakan seperjuangan untuk melihat parti Umno tetap menjadi teras kekuatan orang-orang Melayu di Malaysia hari ini. Sengaja meletak diri ditahap yang paling rendah kerana siapa diri penulis sebenarnya dikacamata kepimpinan Umno Bahagian Ketereh dari dahulu hingga sekarang dan tetap tidak lupa walau sesaat pun.
Disini serba sedikit penulis cuba memceritakan perihal penulis berkaitan dengan politik dan seterusnya ingin mencerita sepanjamg penglibatan penulis dalam Umno Bahagian Ketereh. Bergiat dalam Bahagian sudah lebih 25 tahun. Dulu dikenali dengan Umno Bahagian Nilam puri (DUN Salor, Dun Kadok dan Dun Peringat) yang ketua Bahagiannya dipimpin oleh Allahyarham Datok Mohammad bin Hj Ali.
Disebabkan semangat juang dan kebangkitan barisan yang mahukan perubahan dimasa itu. Maka lahirlah beberapa perbincangan bagaimana cara untuk merampas kuasa ketuaan yang sedia ada. Atas persetujuan ramai akhirnya sama-sama bersetuju mencabar Ketua Bahagian dan Kepimpinan Bahagian dimasa itu. Sama-sama bersetuju melantik Annuar Hj Musa ( masa itu) untuk bertanding ketua Bahagian, saudara Hj Faisal Jusoh bertanding Ketua Pemuda Bahagian dan seterusnya Ketua Wanita adalah Ustazah Zaleha ( sebab DUN Salor masa tu termasuk dalam Parlimen Nilam Puri) Annuar menang dengan mojoriti 47 undi ( tak silap ) saudara Hj Faisal kalah kepada Datok Rosli Ibrahim dengan mojoriti hanya 7 undi sahaja. Manakala Ketua wanita dimenangi oleh Ustazah Zaleha Hussin. Ketua Bahagian Nilam Puri dibawah Kepimpinan Datok Mahammad ( lebih dikenali dengan Datok Mad ) sudah pun menjangkau 25tahun, tetapi dengan kekuatan yang jitu sokongan diberikan membolehkan Annuar Musa menang. Kekuatan barisan Pemuda baru yang mahukan perubahan kearah kekuatan Umno dibahagian menjadi penyebab utama faktor kemenangan Annuar dimasa permilihan itu.
Bila bertukar saja kepada kepimpinan baru bahagian, langkah pertama Annuar buat adalah menyusun barisan pimpinan bahagian selaras dengan kehendak perubahan dan agenda-agenda yang akan dibuat. Penulis juga diberi mandat oleh Annuar Musa memegang jawatankuasa Pemuda Bahagian (Pengistiharan dibuat di Sekolah Menengah Long Ghafar sejurus daripada Annuar Musa balik dari Australia) Setelah memegang jawatan tersebut sudah tentu pelbagai pengalaman dan pahit maun yang penulis dapat. Bukan saja penulis tahu secara lebih mendalam apa itu politik, penulis juga diberi peluang mendekati golongan grass root melalui beberapa program yang diatur oleh bahagian. Bermula dari situ lah penulis mulai mengenal hati budi sesaorang pemimpin dicawangan atau pun diperingkat bahagian hinggalah kehari ini.
Letih sebenarnya main parti ... main parti macam penulis memang meletihkan. Sedar, dan tidak lupa sedetik pun (sebab ada orang kata penulis tak kabar main parti masa tu...) Ingatan pada sejarah dulu-dulu tetap ada, kesah-kesah dalam politik hanya banyak membantu kematangan penulis dalam segi kehidupan, itulah cita-cita penulis bermain politik dan telah Allah makbulkan. Namun cita-cita asal untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu tetap terhalang. Sahabat berkata itulah politik.
Tak sedap main parti kalau tak cantas mencantas ( Sekarang lebih dikenali dengan istilah pacung) sama sendiri, benar juga sebab ada kepuasan.... tidak boleh digambarkan kecuali orang itu sendiri mengalaminya. Macam orang tua dulu-dulu kata (penulis masih ingat) kepuasan hidup kita sebenar adalah selepas mendirikan rumahtangga. Seolah-olah macamtu lah...
Kenapa Sabri Safie dicalon oleh 14 cawangan untuk melayakkan beliau bertanding diPermilihan Mesyuarat Agong Perwakilan Bahagian 8 November 2008?
Siapa sebenar Hj Sabri? layakkah Hj Sabri dan apa jasa-jasa Hj Sabri Shafie dalam Umno? bolehkah Hj Sabri menguatkan Umno dan membuat perubahan apabila memegang jawatan itu? dengan lebih tepat, menangkah DUN KADOK dalam PRU13 nanti (kebetulan Sabri dalam DUN Kadok) jika Sabri memegang jawatan Naib? ... dan tak layakkah Cik gu wil yang memegang jawatan itu sekian lama?
Inilah diantara perkara-perakara yang bermain difikiran ahli-ahli cawangan sebelum dicanang oleh penjahat dalam Bahagian.
" Nak royatnya cerdik puak-puak yang nak calon sabri nih, ada wawasan dan nak bui percalonan pun tidak membabi buta sebelum nak buat sesuatu keputusan. Target utama nak suruh boleh cukup percalonan saja supaya dapat menyubur kembali demokrasi, lagipun bukan Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian sekadar menawar diri untuk naib, tu pun belum tentu Sabri nak tanding ko dak, menang kalah pun belum tahu..." kata salah seorang ketua cawangan.
Penulis tak nak bincang siapa sabri sebab tak penting. Bagi penulis setiap ahli umno yang beryuran dan memenuhi syarat yang ditetapkan, adalah layak bertanding dan memegang sebarang jawatan dalam Pertubuhan yang diberi nama UMNO (Nak tahu juga sila layari www.newkk.blogspot.com)
Ukuran sebenar seorang pemimpin dalam parti Umno adalah setelah berjayanya Umno dalam pilihanraya. Semua pemimpin dalam Umno samada diperingkat akar umbi atau Pimpinan Bahagian dan Pusat akan dinilai kembali setiap kali selepas pilihanraya. Selesai saja pilihanraya pelbagai analisis akan dibuat oleh pehak tertentu disemua peringkat. Seandainya menang sudah tentu strategi yang telah dibuat dalam pilihanraya itu akan diguna pakai lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Pemimpin atau wakil rakyat tersebut akan dijulang jika partinya menang. Begitu jugalah sebaliknya jika kalah.
Dalam pilihanraya ke12 semua kita tahu DUN Peringat dan DUN Kadok kita kalah. Kita menang hanya satu DUN saja iaitu Kok Lanas itu pun dengan mojoriti yang tipis. Inilah yang memberi kesan kepada Parlimen. Ketiga-tiga DUN haruslah menunjukkan kekuatan masing-masing untuk memenangi kerusi Parlimen. Tetapi kenapa perkara ini tidak berlaku? sepatutnya pelbagai analisis harus dibuat. Dalam penyusunan kepimpinan peringkat Bahagian tidaklah difikirkan sehalus-halusnya. Kita sepatutnya meneliti perkara ini dan cuba memperbetulkan semperna Pemilihan Peringkat Bahagian tempuhari.
Kenapa Jawatan Penting 3 teratas bahagian tidak diselaraskan? Siapa lagi setakat hari ini yang layak dan boleh mengatasi Pengaruh Hj Sabri di Kadok? Sejarah tetap ada, pemimpin-pemimpin di Kadok semua akur, dapat terima dan sanggup duduk semeja semata mahu melihat penyatuan bagi membina kekuatan Umno di Kadok dimana Umno tak pernah menang dalam setiap pilihanraya. Gabungan setiap pemimpin dapat kita lihat dengan jelas semasa pemilihan baru-baru ini untuk menetukan Jawatan Naib menjadi milik DUN KADOK SEMATA-MATA UNTUK MEMBINA KEKUATAN MENGHADAPI PRU13.
Hj Sabri Shafie seorang sahaja menawarkan diri untuk memegang jawatan itu, tetapi sayang pimpinan bahagian tidak nampak perkara yang tersirat sebaliknya. Sebaliknya lebih memandang lekeh dan sesetengah pula nampak seperti ketakutan dengan kebangkitan dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Kadok itu. Sayang sekali sudah sekian lama kita menantang dan membajanya kearah penyatuan ini, tetapi bila saja nak capai hasil kita tebang pokoknya. Penulis sendiri amat sukar untuk merungkai perkara ini disini hanya apa yang mampu dengar dan lihat dan ia pergi dek-dek kealpaan dan kerakusan. Apa salahnya kita cuba buat perubahan cara sihat demi kebaikan dan kekuatan Umno khasnya di DUN KADOK yang selalu tewas dalam pilihanraya sampai sekarang. Sudah tentu memerlukan penelitian yang lebih dalam semua aspek.
Satu percalunan tidak cukup akibat teknikal manusia ( amat malang lagi cawangan tersebut adalah salah satunya cawangan penulis sendiri). Memperbesarkan perkara yang kecil, tak sanggup menilai dengan mata hati dan yang paling sedih sekali ada juga yang nak tunjuk juara. Siang malam berpuloh tahun kerja untuk menguatkan Umno, atas sebab yang kecil dan memang boleh diselesaikan jika lebih kepada tolak ansur. Umno Bahagian sanggup mengambil risiko yang lebih menjurus kepada provokasi kepada Hj Sabri dan ini boleh memberi kesan jangkamasa panjang khasnya kepada penyokong-penyokong Hj Sabri sendiri. Penulis masih ingat semasa pilihanraya 2004 Naib ( cikgu will) pada masa itu boleh berkorban dan sanggup tidak bertanding semata-mata untuk kepetingan Umno di DUN Peringat, dan ternyata kita menang. Itu sebesar-besar pengorbanan jika diambil kira, syabas. Itulah politik.
Tuan Hj Ismail Latif semua orang kenal banyak berbudi pada ahli-ahli cawangan biasalah sebab lebih 25 tahun memegang jawatan Naib Bahagian. Kita amat kenal cikgu will dia salah seorang sahabat semulajadi penulis. Sama-sama membina kekuatan umno bersama mengangkat Annuar Musa diawal kebangkitan tahun 80 an. Demi Umno dia sanggup berkorban, perkataan itu selalu penulis dengar dari mulutnya. Beliau tetap tersenyum dan menerima setiap keputusan yang dibuat walaupun tidak dari keputusan beliau sendiri itu lah CIK GU ISMAIL LATIF. Sayangnya dalam politik orang yang terlampau baik tidak semestinya orang julang sepanjang masa. Kita memandu orang lain yang memijak break amat membahayakan, apatah lagi kalau orang memijak cluth! sudah tentu gear kereta menjadi free.
Sukar juga untuk mendapat percalonan. Apatah lagi jika kita tidak punyai apa-apa kuasa dan jawatan penting. Tetapi amat malang lagi jika dah cukup percalonan tiba-tiba tidak dibenarkan bertanding ( ibarat seperti orang sakit lama, bila saja sihat bini pula mati) 14 cawangan yang mencalonkan Hj Sabri Shafie tempuhari tetap menjadi tandatanya walau pun apa alasan yang diberi. Akhir dari penulis, Tuhan tidak pernah mungkir dan tidak akan mungkir. Tuhan akan memenuhi apa yang manusia kehendaki, tidak kira baik atau buruk. Bila saja menerima berita dari Pegawai kerja di YKK bahawa cawangan Padang Kedondong dan Banggol Pauh percalonannya dibatalkan oleh bahagian maka Tuan Hj Sabri Bin Shafie tidak dapat bertanding Naib Ketua Umno Bahagian yang akan bermusyarat pada 8 November 2008 disebabkan tidak cukup hanya satu percalonan untuk melayakkan beliau bertanding. Fikiran penulis terus tertumpu kepada sejarah lama-lama penulis bersama Tan Sri Annuar Musa ketika sama-sama membentuk satu pakatan kearah inginkan perubahan baru bahagian diwaktu itu dan seterusnya mengalahkan Allahyarham Datok Muhammad Bin Hj Ali di tahun 80 an yang sudah sekian lama beliau memegang tampok Ketua Bahagian Nilam Puri. Hanya Tan Sri Annuar Hj Musa, ayahnda Ab Latif Awang Soh selaku ketua cawangan Padang Kedondong dan Allah SWT saja yang tahu sejarah ini.
Jika kita takut pada banjir... jangan buang sampah merata-rata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thought Of The Day
"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"
Selalu ada yang baru...
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors
FOREX MARKET
FOREX INVESTMENT
Forex exchange online.
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'
No comments:
Post a Comment