Followers

Thursday, December 11, 2008

RENUNGAN SEPITAS LALU - BUKIT ANTARABANGSA

Bicara senja

" Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat "

Jika kita mampu melaksanakan 5 perkara ini, maka kita boleh melakukkan maksiat.

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata :

"Syarat pertama jika kamu bermaksiat kepada Allah jangan memakan rezekinya.
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
" Darimana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada dimuka bumi ini rezeki Allah?
" Ya " tegas Ibrahim bin Adham.
" Kalau kamu sudah memahaminya masih mampukah memakan rezekinya sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangannya? "

" Yang kedua " kata Ibrahim "kalau mahu bermaksiat jangan tinggal dibuminya!
Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati Ibrahim kembali berkata kepadanya: " Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekinya dan tinggal dibuminya sedangkan kamu melanggar segala larangannya? " Ya! anda benar " kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: " Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehnya!
" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: " Wahai Ibrahim, ini nasihat macamana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" Ya, kalau memang yakin demikian apakah kamu masih berkeinginan melakukkan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: " Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya " Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh " Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaan ku? ".
Wahai Abdullah kalau kamu sudah menyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?

Baiklah, apa syarat yang kelima? " Ibrahim pun menjawab : " Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniah datang hendak mengiringi mu keapi neraka di hari akhirat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
" Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: " Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. " Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.
" katanya sambil teresak esak.

Sesuatu yang telah terjadi itu adalah takdir... kembalikan kepada kehendak Ilahi tak usah menunding jari kerana itu bukan jalan penyelesaian sebenar. Disebalik kejadian sudah tentu ada hikmah disisi Allah SWT. Begitu jugalah tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut 4 nyawa tempohari, sesungguhnya fikiran manusia itu sendiri terbatas. Hanya Allah saja yang tahu. Waallahu'alam...

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..