Followers

Tuesday, December 23, 2008

PAKATAN PEMBANGKANG MULAI LONGGAR

Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, disifatkan sebagai retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.

Menurutnya, dalam soal pokok seperti Islam, kontrak sosial dan bumiputera yang termasuk dalam Perlembagaan pun masih ada percanggahan pemikiran dalam PKR, Pas dan DAP.

"Pakatan pembangkang masih belum diuji sepenuhnya, namun saya sifatkan pakatan itu sebagai retak menanti belah," katanya pada Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang.

Selain Khairy, turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.

Ia dipengerusikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.

Majlis itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan perubahan politik negara dan isu-isu semasa.

Khairy berkata, pakatan pembangkang perlu diberi peluang untuk melaksanakan dasar-dasar mereka di lima negeri yang diperintah dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

"Kita beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan dasar mereka. Walaupun dalam Parlimen kita selalu berbalah, kita boleh melihat apa yang berlaku hari ini," katanya.

Katanya, usaha reformasi di negara ini tidak perlu dibebankan kepada BN sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pembangkang.

Sebagai contoh ujarnya, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia memerlukan iltizam politik daripada kedua-dua pakatan pembangkang dan kerajaan BN.

"Jangan salahkan BN sahaja, pakatan pembangkang pun perlu ada iltizam politik. Dulu semasa menang pilihan raya semua Exco dan Menteri Besar negeri pakatan pembangkang janji mahu isytihar harta tapi sampai hari ini tidak tunaikan janji itu.

"Begitu juga ketika Menteri Besar atau menteri daripada BN dituduh rasuah, mereka diminta bercuti untuk membersihkan nama kerana kita hendak tunjukkan UMNO mengamalkan ketelusan," ujarnya.

Di Perak ujar beliau, tindakan kerajaan campuran negeri itu mengekalkan tugas dua Exco Perak yang dituduh rasuah, menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Katanya, dalam menggerakkan transformasi politik Malaysia ke arah yang lebih baik demi kepentingan rakyat, beliau menekankan perlunya muzakarah di antara UMNO dan Pas diteruskan.

"Mari kita tumpu soal apa yang boleh diperjuangkan bersama seperti bahasa, agama, kontrak sosial dan bumiputera termasuk isu sensitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),"katanya.

Kota Bharu.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..