Followers

Saturday, April 18, 2009

PRK DUN PENANTI - KEMUNGKINAN BN TIDAK MENYERTAI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

“Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri’ peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

“Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

-BERNAMA

Ulasan...

Blogger cucu_tokwan said...

Penin, penin. Penin kepala yop kalau berjuta nak kena perabih duit gomen nak buat satu PRK (tu org SPR cakap) Aku cadang orang Penanti tolak saja prk kat sana. Kalau dak pun BN tak yah la bertanding. Biaq pi pkr (Parti Kalimut Rucut)menang tak bertanding. Hangpa orang BN buat kerja lain yang lebih berfaedah tuk rakyat. Kan tengah gawat. Lagi satu kurang la dosa sikit pasai kurang la cerita fitnah, sumpah seranah dan lain-lain yang sewaktu dengannya...aku cadang duit bajet PRK bagi kat ibu tunggal ke. anak yatim ke...kalau buat projek nanti dapat kat kroni pulak..kah..kah..kah

April 18, 2009 11:18 PM

Blogger Darulehsan said...

Membazir? BN dicabar jangan letak calon!

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil.

Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma.

"Saya sebagai Ketua Pembangkang ucap terima kasih pada Perdana Menteri yang mengatakan situasi ini adalah helah politik pembangkang, membazir wang dan masa. Bukan waktu nak berpolitik sebaliknya kena tumpukan pada ekonomi dan baik pulih sistem yang telah tempang. Maka, saya cadangkan BN dan Umno jangan letak calon di Penanti nanti, " tegasnya diiringi tepukan orang ramai.

Menurutnya, Umno dan BN tidak layak bercakap tentang pembaziran wang rakyat kerana selama ini parti itulah yang mempergunakan wang rakyat melawan pembangkang.

Mereka sambung Anwar, gunakan jentera kerajaan untuk turut berkempen, program masyarakat, projek mee segera seperti membaiki jalan, pasang tiang elektrik, paip air serta perbelanjaan pasukan polis yang berkampung terus di setiap lokasi pilihan raya kecil.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu di mana sahaja dapat lihat projek dibuat begitu juga di Kuala Terengganu terlalu ramai polis dikerah ke sana dan terbaru di Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua peruntukan digerakkan untuk mencapai kemenangan bagi membaiki imej BN dan Umno yang kini berada di tahap merudum.

"Rakyat di Penanti khususnya waktu inilah minta apa yang patut. Nak baiki surau, jalan kampung, ternakan ayam itik, peluang perniagaan dan sebagainya mintalah pada BN. Biar mereka pening tapi jangan lupa undi Pakatan Rakyat masa hari pengundian nanti. Itulah yang boleh buat sebab kita tak dapat bagi duit, " ujarnya lantang.

Menyentuh mengenai pemilihan calon beliau berkata, ia akan dibuat secepat mungkin bersama gabungan dalam Pakatan Rakyat dan akan disambung semula selepas kembali mengerjakan Umrah bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus menghadiri program di Timur Tengah.

"Calon mestiah individu yang sering turun padang, orang tempatan, kepimpinan kanan, mempunyai idea yang jitu membantu Kerajaan Negeri dan mempunyai sikap kerjasama yang kuat sejajar dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " katanya ketika memberi ucapan ringkas di Yayasan Aman sebelum ini.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah keseluruhan pimpinan KeADILan Negeri. Turut kelihatan ialah Pesururhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fazhil Kemi dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

April 20, 2009 10:04 PM

Delete

2 comments:

cucu_tokwan said...

Penin, penin. Penin kepala yop kalau berjuta nak kena perabih duit gomen nak buat satu PRK (tu org SPR cakap) Aku cadang orang Penanti tolak saja prk kat sana. Kalau dak pun BN tak yah la bertanding. Biaq pi pkr (Parti Kalimut Rucut)menang tak bertanding. Hangpa orang BN buat kerja lain yang lebih berfaedah tuk rakyat. Kan tengah gawat. Lagi satu kurang la dosa sikit pasai kurang la cerita fitnah, sumpah seranah dan lain-lain yang sewaktu dengannya...aku cadang duit bajet PRK bagi kat ibu tunggal ke. anak yatim ke...kalau buat projek nanti dapat kat kroni pulak..kah..kah..kah

Darulehsan said...

Membazir? BN dicabar jangan letak calon!

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil.

Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma.

"Saya sebagai Ketua Pembangkang ucap terima kasih pada Perdana Menteri yang mengatakan situasi ini adalah helah politik pembangkang, membazir wang dan masa. Bukan waktu nak berpolitik sebaliknya kena tumpukan pada ekonomi dan baik pulih sistem yang telah tempang. Maka, saya cadangkan BN dan Umno jangan letak calon di Penanti nanti, " tegasnya diiringi tepukan orang ramai.

Menurutnya, Umno dan BN tidak layak bercakap tentang pembaziran wang rakyat kerana selama ini parti itulah yang mempergunakan wang rakyat melawan pembangkang.

Mereka sambung Anwar, gunakan jentera kerajaan untuk turut berkempen, program masyarakat, projek mee segera seperti membaiki jalan, pasang tiang elektrik, paip air serta perbelanjaan pasukan polis yang berkampung terus di setiap lokasi pilihan raya kecil.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu di mana sahaja dapat lihat projek dibuat begitu juga di Kuala Terengganu terlalu ramai polis dikerah ke sana dan terbaru di Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua peruntukan digerakkan untuk mencapai kemenangan bagi membaiki imej BN dan Umno yang kini berada di tahap merudum.

"Rakyat di Penanti khususnya waktu inilah minta apa yang patut. Nak baiki surau, jalan kampung, ternakan ayam itik, peluang perniagaan dan sebagainya mintalah pada BN. Biar mereka pening tapi jangan lupa undi Pakatan Rakyat masa hari pengundian nanti. Itulah yang boleh buat sebab kita tak dapat bagi duit, " ujarnya lantang.

Menyentuh mengenai pemilihan calon beliau berkata, ia akan dibuat secepat mungkin bersama gabungan dalam Pakatan Rakyat dan akan disambung semula selepas kembali mengerjakan Umrah bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus menghadiri program di Timur Tengah.

"Calon mestiah individu yang sering turun padang, orang tempatan, kepimpinan kanan, mempunyai idea yang jitu membantu Kerajaan Negeri dan mempunyai sikap kerjasama yang kuat sejajar dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " katanya ketika memberi ucapan ringkas di Yayasan Aman sebelum ini.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah keseluruhan pimpinan KeADILan Negeri. Turut kelihatan ialah Pesururhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fazhil Kemi dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...

FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815

Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..