Followers

Saturday, June 13, 2009

APA PERANCANGAN SEBENAR NIK AZIZ, ANWAR DAN KARPAL SINGH?

TITLE ULAMA DUNIA, BIJAK PUTAR ALAM DAN ANTI KEPADA ISLAM SAHAJA MEREKA SANGGUP BERSEKONGKOL DI BAWAH PAKATAN RAKYAT/PEMBANGKANG UNTUK MENDAPATKAN KUASA POLITIK PERIBADI MASING-MASING.

Sedar atau tidak dalam negara kita sekarang dibarisi oleh tiga tokoh pemimpin pembangkang yang rakus. Ketiga-tiga tokoh ini mempunyai agenda tersendiri menggunakan kapasiti politik untuk menghalalkan caranya bagi mendapatkan kuasa. Peranan mereka terlalu licik mengisi ruang kecil mencari kelemahan kerajaan pada hari ini. Kesepakatan demi kesepakatan tidak kurang juga dihiasi dengan sandiwara ketiga-tiga tokoh ini.


Hati kita sebagai seorang islam yang tahu dosa dan pahala menjadi tiba-tiba sayu bila mengikuti perkembangan seorang tokoh islam konon pemimpin pas iaitu Nik Aziz. Beliau juga Musyidul Am Pas dan selaku MB Kelantan yang sudah pun melebihi 20th memerintah negeri itu. Nik Aziz sudah lanjut senja, namun kata-katanya dalam politik boleh mengalahkan pemimpinan muda dalam parti itu. Untuk diukur kemajuan berupa track record jauh sekali, jika dibandingkan dengan jangkamasa selama dia memerintah Kelantan tiapa apa kemajuan yang beliau lakukan. Jika diambil kira kemiskinan rakyat dan pepecahan rakyat beragama islam dalam zaman pemerintahannya nama Nik Aziz merupakan pemimpin dalam "hiraki TOP TEN". Beliau mendapatkan pengaruh politiknya dengan bijak berkata-kata dan pandai mengambil peluang dalam mempopular dirinya menggunakan penonjolan diri seorang yang kuat dan patuh kepada pegangan agama islam.

Cara Anwar mendapat pengaruh pula bergantung kepada cara bagaimana beliau menumpang kasih. Anwar seorang pemimpin berfikiran terbuka. Kalau perumpamaan dalam perniagaan beliau hanya mahu kepada untung semata-mata. Anwar bijak dalam mengikut rentak dan watak utamanya hanya mengekalkan sebagai actor dan pelakon terbaik sehingga beliau mencapai cita-citanya menjadi PM. Siapa pun beliau boleh tunggang, bukan setakat didepan dibelakang pun beliau tibai...itulah Anwar. Bila berdepan dengan Nik Aziz, beliau bercakap tentang Khalifah Omar Ab Aziz maka melelehlah air liur Nik Aziz. Bila berdepan dengan Karpal beliau bercakap tentang perlunya menegakkan hak-hak kaum cina di negara ini. Bila berdepan dengan kaum India maka Makhal Sakti lah pujaan beliau.

DAP yang dicaci oleh rakyat sekian lama di negara ini tiba-tiba meloncat naik.Pas dan PKR menganggkatnya naik dengan memberi undi kepada pemimpin kaum itu yang secara terang-terangan telah menentang islam di negara ini. Karpal walaupun sudah tua ditambah fizikalnya pula yang kian uzur namum arahan berupa kata-katanya dalam menegur Pas dan PKR amat menakutkan Nik Aziz dan Anwar. Seorang tokoh ulama kononnya, seorang pemidato kononnya terpaksa menyembunyikan kepala sambil mengangguk-gangguk di dalam gelap bila sahaja mendengar kata-kata Karpal mengkritik kepimpinan dan islam di negara ini. Anwar disuruh bertaubat, Hj Hadi disuroh meminta maaf kepada semua pemimimpin Pakatan Rakyat berkaitan dengan isu "Kerajaan Perpaduan bersama Umno". Nik aziz tersenyum bila mendengar teguran Karpal itu, sebab teguran-teguran Nik Aziz "Boneka dan Mengarut" selama ini kepada Hj Hadi tidak diendahkan. Harapan Nik Aziz agar Hj Hadi menarik balik cita-citanya dalam mahu mewujudkan perpaduan sesama islam dalam kedua-dua Umno-Pas itu. Kata-kata Nik Aziz tetap cemerlang dalam hal-hal seperti ini. Bijak dalam mengelirukan rakyat, pandai menonjolkan diri disebalik ketakwaan - kalau tidak masakan Kelantan boleh beliau perintah sehingga hari ini. Kalau Karpal pakar dalam segala putar belit, Anwar pakar dalam putar alam manakala Nik Aziz pula pakar dalam menggelirukan orang-orang islam dalam berpolitik.

Ketiga-tiga tokoh ini perlu kita betul-betul beri perhatian. Kebijaksanaan yang mereka milikilah boleh mengabur hati pemimpin-pemimpin lain. Rakyat marhein akan terus terkeliru. Bagi Pakmie ketiga-tiga tokoh ini tak ubah seperti "Penjual ubat dikaki lima". Tidak payah kita mengikuti dan mendengar ceramah-ceramahnya. Penjual ubat itu penipu dan bukan pun baik ubat nya. Tetapi jika kita mengikuti dan mendengar kata-katanya tidak mustahil kita membelinya. Ubat tidak dapat diguna, duit pula lesap...



6 comments:

PaKMie said...

banyak pihak 'terasa' jika kerajaan perpaduan direalisasikan, maka ramai kalangan mereka akan turut kehilangan tempat.

''Tapi matlamat perjuangan bukan yang itu sebaliknya lebih penting lagi mahu memastikan orang Melayu berjaya dalam perjuangan dua arena iaitu agama dan kenegaraan.

Ada juga yang beranggapan isu tersebut sebagai permainan pakatan pembangkang untuk menutup keretakan hubungan mereka yang diibaratkan retak menanti belah?.

"Bila sudah mula retak, nak sorokkanlah. Sebenarnya mereka tak mampu menguruskan negeri (ditadbir pembangkang) jadi keluar macam-macam helah sehingga Pas sendiri berpuak-puak"

Idea Kerajaan Perpaduan ini sekali imbas ada dua kebaikan. Pertama Hj Hadi akan mengenalpasti kepimpinan dalaman pas yang pro Anwar - dan ahli-ahli pas dengan sendirinya akan tahu halatuju pemimpin mereka samada pro ulama atau Anwar. Kedua jika betul-betul idea itu iklas ia dapat sedikit sebanyak memperkuatkan lagi ikatan sebangsa dan seagama dengan mengekalkan sifat2 sygkan negara kita sdri.

Jika Haji Hadi dan Ustaz Nasha iklas, kedua-dua tokoh ini patut di beri penghormatan yang tinggi. Demi agama islam, bangsa melayu dan negara kita yang kian luntur dikacamata bangsa lain.

Syabas...asalamualaikum dan salam sejahtera dari Pakmie.blogspot.com

PaKMie said...

Salam...
Pra syarat hadi..

1. BARISAN NASIONAL ITU PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN.
2. MEMBEBASKAN MEDIA DARI KONGKONGAN
3. DAN MEMULIHKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI MAHKAMAH

Pas ni banyak tektik, sebenarnya Hadi mahu kpd ahli partinya tahu siapa pejuang sebenar dlm Pas. Hadi juga mahu tahu siapa menyokong dan menentang pimpinan beliau hehehe...

Aku mmg tak percaya, sendiwara semasa tetap kedengaran. Tetapi Pimpinan Umno bersama Najib tetap cool dlm menghadapi isu Kerajaan Perpaduan. Syabas Najib...

PaKMie said...

Salam...
Pra syarat hadi..

1. BARISAN NASIONAL ITU PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN.
2. MEMBEBASKAN MEDIA DARI KONGKONGAN
3. DAN MEMULIHKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI MAHKAMAH

Pas ni banyak tektik, sebenarnya Hadi mahu kpd ahli partinya tahu siapa pejuang sebenar dlm Pas. Hadi juga mahu tahu siapa menyokong dan menentang pimpinan beliau hehehe...

Aku mmg tak percaya, sendiwara semasa tetap kedengaran. Tetapi Pimpinan Umno bersama Najib tetap cool dlm menghadapi isu Kerajaan Perpaduan. Syabas Najib...

PaKMie said...

Salam...
Pra syarat hadi..

1. BARISAN NASIONAL ITU PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN.
2. MEMBEBASKAN MEDIA DARI KONGKONGAN
3. DAN MEMULIHKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI MAHKAMAH

Pas ni banyak tektik, sebenarnya Hadi mahu kpd ahli partinya tahu siapa pejuang sebenar dlm Pas. Hadi juga mahu tahu siapa menyokong dan menentang pimpinan beliau hehehe...

Aku mmg tak percaya, sendiwara semasa tetap kedengaran. Tetapi Pimpinan Umno bersama Najib tetap cool dlm menghadapi isu Kerajaan Perpaduan. Syabas Najib...

PaKMie said...

Salam...
Pra syarat hadi..

1. BARISAN NASIONAL ITU PATUH KEPADA PERLEMBAGAAN.
2. MEMBEBASKAN MEDIA DARI KONGKONGAN
3. DAN MEMULIHKAN KEWIBAWAAN INSTITUSI MAHKAMAH

Pas ni banyak tektik, sebenarnya Hadi mahu kpd ahli partinya tahu siapa pejuang sebenar dlm Pas. Hadi juga mahu tahu siapa menyokong dan menentang pimpinan beliau hehehe...

Aku mmg tak percaya, sendiwara semasa tetap kedengaran. Tetapi Pimpinan Umno bersama Najib tetap cool dlm menghadapi isu Kerajaan Perpaduan. Syabas Najib...

Darulehsan said...

kepada semua ahli dan penyokong pas janganlah anda mempercayai tulisan pakmie seratus peratus. pakmie ni sebenarnya terlalu emosi dgn nik aziz. betulke tiada tiada apa kemajuan yg nik aziz lakukan selama 20 tahun memerintah kelantan.

pakmie ni betul ker org kelantan, tak tau ke apa yg nik aziz dah buat selama 20 tahun ni.

"Jika diambil kira kemiskinan rakyat dan pepecahan rakyat beragama islam dalam zaman pemerintahannya nama Nik Aziz merupakan pemimpin dalam "hiraki TOP TEN" BETUL KE APA YG PAK MIE CAKAP NI.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..