Followers

Saturday, June 6, 2009

BELUM MENANG HUSAM DAH NAK TUNJUK KUASA

GENG HUSAM : DEMI POLITIK MEREKA SANGGUP KECEWAKAN UMAT ISLAM LAIN.

Pas akan hancur Umno juga akan hancur. Husam akan dikeji oleh umat islam jika bersabit dengan kata-kata beliau yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno itu boleh menyebabkan kemusnahan kaum melayu dan Islam di negara ini suatu masa nanti. Berunding atau tidak, kerajaan perpaduan boleh ke tidak. Mana satu cakap nak dipegang. Cakap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding atau cakap Datuk Husam Musa yang ditonjolkan akan menang Timbalan Presiden kerana mewakili kumpulan pro Anwar.

Persoalan ini memerlukan jawapan kerana jika Husam menang, idea Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan mungkin akan mendapat tentangan daripada Timbalannya sendiri. Kesimpulan ini amat mudah dibuat kerana Husam ketika ditemui wartawan selepas perasmian Muktamar Agung PAS Ke-55 jelas menolak sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO. Alasannya mudah sahaja, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti dominan dan juga tidak mendapat kerusi yang lebih daripada UMNO.

Sedangkan Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.


Seramai 84 orang calon terlibat dalam pertandingan pada muktamar kali ini. Satu calon mewakili golongan ulama manakala satu lagi golongan bukan ulama. Perhatian diberikan kepada pertandingan Timbalan Presiden. Nasharudin Mat Isa menjelaskan kandungan ucapannya berhubung pendirian pucuk pimpinan bahawa Pas tidak akan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan bukan bertujuan untuk mempertahankan dirinya.

Husam dan Nasharuddin - dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing "kumpulan Erdogan" dan pro-muqabalah dengan Umno - akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.

Kata Husam " Selagi ia menguntungkan Umno, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti Umno...katanya lagi, saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya..."

Kemaskini berita baru diterima :


Habis wang pertaruhan. Habis bungkus semuanya. Proksi no.1 Anwar dipulau oleh perwakilan Muktamar PAS. Husam Musa tewas dengan malu dan cacat celanya. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang berjaya mengekalkan status quo kumpulan professional pro Ulama. Ustaz Nasha mengekalkan jawatannya.

3 tempat Naib Presiden kini dipercayai dimiliki oleh Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Perwakilan PAS lebih menyayangi kepimpinan Ulama daripada menjadi kuda tunggangan Anwar.

Selepas ini Husam Musa akan dipulau dan beliau langsung tidak ada apa-apa jawatan dalam PAS. Kegopohan Husam dan kejijikan Anwar mencucuk jarum liberal gagal dan dipatahkan oleh perwakilan yang sedar akan kehinaan Anwar Ibrahim.


Sumber dari GM.

2 comments:

PaKMie said...

Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiga, periode 2009 - 2011 apabila mendapat undi sebanyak 480 undi menewaskan dua calon lain, Husam Musa yang mendapat 281 dan dan Mohamad Sabu 261 undi

Untuk tiga kerusi Naib Presiden pula, bekas Ketua Pemuda, Sallahudin Ayub menepati ramalan apabila menang dengan undi kedua terbanyak. Sallahuddin mendapat 824 undi. Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi terbanyak untuk kerusi berkenaan dengan mendapat 871 undi.

Manakala Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar meraih undi sebanyak 663 undi menempatkan diri disalah satu daripada tiga kerusi berkenaan.

Seramai 18 ahli jawatankuasa yang terpilih pula ialah:

1. Mohamad Nizar Jamaluddin - 854 undi.
2. Idris Ahmad - 799 undi.
3. Kamaruddin Jaafar - 769.
4. Azizan Razak - 653.
5. Hassan Ali - 642.
6. Dr Mohd Hatta Ramli - 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin - 637.
8. Abu Bakar Chik - 622.
9. Hanifa Maidin - 619.
10. Amiruddin Hamzah - 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali - 598.
12. Ghani Abdul Rahman - 584.
13. Zulkefli Mohamad - 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad - 530.
15. Hashim Jasin - 522.
16. Mazlan Aliman - 513.
17. Taib Azmuddin Mohamad Taib.
18. Mujahid Yusuf Rawa.

Darulehsan said...

pak mie saya ingin tegaskan disini, pas ada majlis syura. tau tak apa fungsi majlis syura ni.

pandangan presiden dan exco kelantan ni adalah pandangan peribadi beliau. jangan membuat andaian sendiri.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..