Followers

Thursday, January 21, 2010

KITA JANGAN TERTIPU DENGAN TEKTIK PEMBANGKANG

SELAIN PERANAN IBLIS LEMAH IMAN JUGA KITA SENANG DITIPU!

K
alau tidak tersepit buat apa hendak mengaku, untok membuat orang percaya kepada kita bukan susah. Tunjukkan keterampilan diri yang baik2. Bentuk fizikal kita penting, kalau kita orang islam pakaian kita, tunjukkan kita seorang yang berilmu agama yang tinggi. Apa kita cakap orang mudah percaya kalau kita memiliki semua itu. Kita lontarkan segala kesalahan itu kepada orang lain. Kita tahu sejauhmana bijak sekalipun kebenaran akan juga terserlah tetapi semuanya itu setelah cita2 kita telah tercapai baru orang tahu sebenarnya kita berbohong. Dalam politik perkara seperti ini menjadi perkara biasa untok orang percaya kepada kita, apa yang berlaku selepas itu belakang kira janji kita menang pilihan raya. Kita boleh mengaku jika kita buat salah, kita kata disebabkan kesilapan teknikal dan agama kita juga menyuruh kita mengaku dan minta maaf, sikap seperti ini juga sifat terpuji dalam islam.

Hari ini pemimpin pas Kelantan sudah mengaku amalan cas keting atau cantas-mencantas berlaku dalam pas.Kalau dahulu Pas begitu lantang menuduh Umno sebuah parti yang tidak mengamalkan cara islam disebabkan sikap buruk pemimpin Umno mengamal cantas mencatas berebut kuasa. Nik Aziz sekarang baru mengakui dalam pas ada mengamalkan amalan seperti itu. Hussam Musa berkata sikap itu melambang sikap tamak dan berkepentingan pribadi. Salahuddin Ayub pula berkata ia berlaku bukan setakat di negeri Kelantan sahaja bahkan berlaku juga kepada negeri2 lain.

Buat apa mengaku? dan kenapa sekarang baru mengaku...dahulu macam2 tomohan memburuk Umno. Pas memberi tekanan kepada Umno sekaligus melambangkan pas sebuah parti yang baik padahal ia bertindak seperti itu untok menutup kelemahan dalaman partinya sendiri. Begitu juga menuduh Umno mengamalkan rasuah, bagi melambangkan kepada rakyat supaya menjauhi Umno kononya pas bebas dari rasuah. Betul ke pas tidak mengamalkan rasuah? sebenarnya rasuah dalam pas lebih teruk dari Umno.

Buat apa Nik Aziz mengaku Kelantan kerugian 5ojuta kerana kesilapan teknikal kerana tidak boleh lagi melontar kesalahannya kepada orang lain. Tersepit dan tidak boleh berbuat apa2, cukupkah bagi kita rakyat dengan pengakuan Nik Aziz seperti itu? sebab kerana beliau jugalah yang suka memperbesar2kan jika ada pihak kerajaan melakukkan kesilapan. Sehingga Nik Aziz tidak sanggup memberi maaf kepada Umno dengan alasan itu menolak kerajaan perpaduan. Tidakkah perpaduan itu adalah penyatuan ummah? sejauhmana kekuatan islam Nik Aziz berbanding DS Najib...pada serban Nik aziz atau pada songkok DS Najib? Rugi 50juta atas alasan kesilapan teknikal, tidak mahu kepada perpaduan sesama islam Umno-Pas atas alasan kita sendiri. Beginikah cara penyelesaian kita orang islam yang kononya bertaraf Ulamak dan Tok Guru?

Kalau kita anggap kita baik dan lebih segala2nya susah jadinya..undang2 dan hukuman ada pada kita. Orang buat baik kita boleh menghukumnya jahat dan orang buat jahat kita boleh menghukumnya baik sebab semua keputusan mengikut kehendak dan sesuka hati kita. Kita dan puak2 kita saja yang betul walaupun yang sebenarnya kitalah yang jahat. Hari ini kita cakap lain kerana kita tidak menyukainya bila kita menyukainya dan berkepentingan kepada kita maka jadilah baiknya pulak. Dahulu kata kepada Umno kapir kerana bersama cina dan india MCA dan MIC sekarang kita pula bersama DAP tidak apa pula. Dahulu kata kepada Anwar Ibarhim peliwat sehingga mendesak Tun Mahadhir memecat Anwar sebagai TPM tapi sekarang puja Anwar sehingga menjemput orang solat hajat penuh stadium bagi menyelamatkan Anwar kes liwat dengan Saiful. Begitu juga menuduh Tun Mahadhir zalim dan kroni dan zaman PakLah pula mengecam habis-habisan kerana menantu Khairi. Sekarang boleh pula kita pengerusi menantu sebagai CEO PMBK alasannya kerana menantunya layak dan berkelulusan, disisi islam pun boleh berbuat demikian.

Kerenah pas sudah dipenghujungnya, kesalahan pas Kelantan selama ini kian terserlah. Bukan kerana Umno tetapi kerana dikalangan orang dalamnya sendiri. Allah pun sudah berkata kalau kita mengaib dan suka memburukkan orang lain suatu masa Allah akan membuka keburukkan keaiban kita pula. Apa pun yang akan berlaku kita sudah kaya raya, kehendak kita sudah tercapai rakyat apa peduli janji kita senang tapi kita harus ingat ada lagi satu tempat untok kita kekal selama2nya disitu akan kita terima pembalasan tidak terkecuali siapa kita di dunia ini hanya orang2 benar2 beriman mengikut kehendak islam sahaja dijamin oleh Allah sahaja memasuki syurga. Di situ tiada pas dan tiada Umno lagi. Syurga ala pas hanya gimik politik dunia gila kuasa, tetapi sayang masih ada juga manusia yang percaya!

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..