Followers

Wednesday, January 6, 2010

PAS DAN PKR BERMAIN POLITIK DENGAN KALIMAH ALLAH

ANDA NILAI SENDIRI BENARKAH PAS DAN MELAYU PKR MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBENAR DI NEGARA INI?

Penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian menyaksikan kepada kita pemimpin atasan pas klu klek dan bercanggah pendapat. Haron Din, Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain, tetapi kenapa harus ada perbezaan pandangan dan terjemahan dalam hal ini. Kenapa? Kenapa kenyataan Pas tidak mengguna pakai istilah Haron Din? Atau berlaku pertelingkahan soal berani dan[Photo] penakut hilang pengaruh? mata telinga banyak tertumpu kepada pemimpin pas sejauhmana dapat menangani isu ini kerana parti itu selama ini menuduh Umno sesatlah plastiklah dan macam2. Seperti yang kita tahu pemimpin Umno dan kerjaaan semuanya jelas dan berusaha menolak bagi mempastikan penggunaan nama Allah tidak digunakan oleh agama lain selain dari islam, tetapi pemimpin pas dan PKR terus bercanggah pendapat. Anwar Ibrahim terangan(dlm blognya)bersetuju, manakala Haron Din pula menghukum kufur jika ada yang menyokongnya.

KALIMAH ALLAH : RAYUAN KDN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi pihak Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan perintah mahkamah 31 Disember lalu yang benarkan penggunaan kalimah Allah dalam Herald -The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan-News Tv 3 sekejap tadi.

Apakah kerana Haron Din melihat kepada kepentingan agama sepenuhnya manakala Abdul Hadi dan Nik Aziz disamping melihat kepentingan agama tetapi lebih menimbangkan soal politik. Bimbang kalau bersikap keras dan tegas menyebabkan undi akan lari? Dalam banyak hal berkaitan dengan agama islam sebelum ini pun Pas banyak mengikut DAP. Pada hemat Pakmie Pas lebih condong kepada mahukan kuasa politik, mengguna islam dalam usaha menarik undi kaum melayu dan islam. Manakala pas dan PKR menyokong isu pengunaan nama Allah dalam gereja adalah dalam usaha bagi menarik undi bukan melayu dan islam, walaupun ia terang-terangan merupakan tektik halus penganut kristian bagi mengelirukan umat islam di negara ini.

Tentang menyokong penggunaan kalimah Allah ini, kata Haron Din ianya sudah jadi kufur, tetapi pemimpin Pas sendiri boleh lagi bercanggah pendapat, apa lagi kepada penyokong pas di bawah. Seperti kita maklum pemimpin pas terkenal dengan penyokong fanatik dan jumudnya ,apa kata pemimpin mereka semuanya betul walhal ianya bertentangan dengan islam sekali pun. Benteng untuk melindungi keburukkan pas ini semua diajukan kepada Umno. Manakala pemimpin pas pula membenteng partinya dengan penggunaan Islam, ahli Pas kena akur dan kena wala' jika membantah ianya menyalahi agama dan akhirat kelak akan dihumban ke api neraka.

Pas terus bermain politik dengan penggunaan nama Allah. Pendirian itu Pakmie lihat Pas bercakap berkisar atas percakapan Nik Aziz. Lujnah seakan berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia tidak dilihat bercanggah dengan Nik Aziz. Pas seakan2 tidak mahu percanggahan pendapat dengan Nik Aziz. Pas ternyata tidak mengamal dasar keterbukaan tidak seperti parti Umno.

Kalau benarlah begitu lebih baik Pas tidak membuat apa-apa kenyataan. Lebih bagus Pas serahkan saja kepada PKR atau DAP untuk mengulasnya. Dengan sikap Pas itu saya kira ia akan menenggelamkan Pas dalam isu agama kalau Pas ada niat bermain politik dengan kenyataannya itu. Dalam isu kalimah Allah Pas lebih memehak kepada takut hilang pengaruh politik. Pas lebih kepada menjaga hati rakan2nya yang tidak beragama islam. Tetapi percayalah pas tidak banyak mendapat political mileage sekiranya mereka ada bermaksud demikian. Pas dan melayu PKR terus di kecam selagi generasi islam hari ini terus kekal hidup di negara ini. Pas dan PKR tidak boleh berselindung lagi dengan melontarkan kesalahan kepada Umno seperti sebelumnya. Orang2 islam yang mahu melihat islam subur di negara ini tetap mengingati dan mengeji tindakan itu sampai bila2. Sampai bila pemimpin islam dalam pakatan pembangkang hidup dalam sendiwara kita pun tidak tahu. DAP menadah tangan ibarat orang mengantuk diberi bantal, walaupun alunan gendang dipalu oleh pemimpin islam dalam pakatan namun ianya tidak boleh lari dari irama dendangan DAP.

Perkara dahulu kesilapan besar pemimpin pas buat yang tidak dapat kita lupakan sampai bila2 adalah melalui fatwa Hadi yang mengkafirkan orang UMNO dan Islam Plastik yang menjadi siulan Nik Aziz. Itu belum diambil kira mengenai 'budaya celaka' sesama umat Islam dan melabelkan Allah sebagai Tuhan Mencarut oleh Nik Aziz. Kaum bukan islam selalu menghidu bagaimana cara untok memecahbelahkan islam, dalam sifat terang-terangan pemimpin pas menghukum bukan2 keatas sesama islam itu amat disukai oleh kaum bukan islam di negara ini. Mereka tahu dengan cara pembawakan pas tersebut dapat memecahbelahkan sesama islam, mereka tahu apabila sesama islam berpecah maka islam itu sendiri akan lemah dan bolehlah mereka mendesak sesuatu seperti penggunaan nama Allah oleh pehak gereja seperti apa yang terjadi dihari ini.Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang menyokong Gereja Herald dengan Ahli Parlimen Kulim, YB Zulkiflin Noordin yang mempertahankan Islam. Zul menyuruh Khalid keluar PAS sebaliknya menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah yang memihak kepada pihak gereja.Siapa sebenarnya manusia yang tergolongan dalam kategori sudah kufur? kalau mengikut hujah Ustaz Haron Din, siapa lagi kalau tidak manusia yang menyokong usaha Gereja Herald mempergunakan nama Allah bagi penganut kristian tersebut.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..