Followers

Saturday, January 23, 2010

KES LIWAT - ANWAR GELABAH SAIFUL TENANG...

CARA ANWAR DARI AWAL LAGI MENUNJUKKAN RESAH DAN TAKUT!

Dalam proses mencari kebenaran, jalan terakhir adalah melalui mahkamah. Anwar menuduh Saiful mahu menjatuhkan air mukanya sekaligus mahu membunuh karier politik nya. Bagi Anwar, peranan kerajaan juga turut terlibat. Bila kes ini dibuat lapuran polis oleh Saiful, Anwar siang2 lagi memberitahu rakyat dan dunia bahawa beliau tidak bersalah. Bagi mereka2 yang mudah percaya sekadar sumpah laknat sudah cukup menyakinkan untok menyatakan mereka tidak bersalah. Saiful dan Anwar dan Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Cara Anwar agak kelainan dalam usaha mencari kebenaranya, Anwar tidak mahu bersumpah bahkan cara bersumpah Saiful itu tidak mengikut islam. Kalau kedua2nya tidak bersalah, kalau begitu siapa sebenarnya yang bersalah? jawabanya sudah tentu iblis tetapi ada juga penyokong fanatik Anwar kata DS Najib yang bersalah. Kenapa Anwar menyalahi DS Najib dan Kerajaan kenapa tidak salahkan iblis? sedangkan iblis sudah mengaku dan bersumpah dihadapan Allah SWT mahu menyesatkan umat manusia sampai bila2.

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan perbicaraan liwatnya kepada 29 Januari depan dan perbicaraan kes liwatnya yang sepatutnya dijalankan pada 25 Januari ditanguh kepada 2 Februari. Sejak kes ini pertama kali diketahui umum pada 28 Jun 2008 ekoran laporan polis yang dibuat oleh pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan, dan kes didengar di mahkamah pada 7 Ogos 2008, sudah lebih 15 kali penangguhan diperolehi oleh Anwar. Maknanya kes liwat ini sudah berjalan lebih setahun, Saiful siang malam berdoa supaya pembicaraan ini dipercepatkan. Saiful dan Anwar sama2 mahu menyucikan diri supaya kes ini cepat selesai. Saiful menyerah kes ini biar mahkamah yang menentukan, Saiful yakin kebenarannya. Saiful sedar ia berdepan dengan seorang yang hebat, kepetahan berhujah Anwar. Saiful kenal sangat Anwar sebab beliau juga bekas pegawai khas Anwar. Bagi Anwar siapa sangat Saiful, budak mentah yang belum cukup ilmu berbanding Anwar. Soalnya kenapa Anwar dalam mencari kebenaran kes ini selain tidak mahu bersumpah dengan sengaja pula membuat helah memperlambatkan kes ini berjalan?. Dalam proses mencari kebenaran cara Anwar berlainan dengan cara Saiful. Anwar memilih cara memberitahu kepada umum bahawa beliau dipihak yang benar tetapi dalam masa yang sama takut kepada bersumpah dan menghadapi pembicaraan.Ternyata cara Saiful lebih iklas dan bijak dari Anwar! kebenarannya lebih memihak kepada Saiful.

Anwar lebih suka mencari dan mengaitkan kesnya dengan orang lain supaya ramai orang yang terlibat. Dalam politik pun sama cara ini juga Anwar pilih. Kenapa Anwar suka memilih jalan sukar? Cara ini bukan jalan penyelesaian sebenar, Anwar suka timbulkan perkara dan isu politik baru. Modus operandinya mudah sahaja. Mana ada kerajaan yang sempurna. Jadi, pilih sahaja satu dua kelemahan yang ada, manipulasi cukup-cukup. Biar perhatian rakyat terarah ke isu tersebut. Dengan itu kes liwat dilupakan atau dianggap helah kerajaan pula. Bagi Pakmie mudah sahaja, kalau kita di pihak yang benar adakah kita mahu sesuatu kes itu dengan sengaja diperlambatkan? sedangkan penguam2 yang menghadapi kes kita pun hebat2 belaka. Dengan cara dan tinkahlaku Anwar seolah2 beliau tidak yakin menghadapi kes ini. Kebesaran Allah SWT, tanpa Anwar sedar hari ke hari gelagat keresahannya boleh menampakan beliau yang benar2 bersalah. Kini seolah2 proses pembicaraan sekadar hanya melengkapkan kebenaran sahaja.

Cara Anwar menghadapi kes ini juga kita boleh mengagak begitu jugalah cara Anwar berpolitik. Jika beliau membuat salah, ia suka lontarkan kesalahan itu kepada orang lain. Kita sudah kenal sangat siapa Anwar. Ketika menghadapi kes liwat pada tahun 1998 sudah macam2 beliau lakukan dan ketika itu beliau berjaya menarik perhatian dan simpati rakyat. Anwar bebas daripada hukuman kes liwat pada masa itu kerana percangahan teknikal, semuga proses pembicaraan pada kali ini tidak berlaku lagi perkara sedemikian.

Saiful masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini, syukurlah. Kes ini amat penting, melibatkan maruah dan agama islam. Pembicaraan seharus seadil2nya, kes ini menjadi tajuk utama selepas Saiful membuat laporan polis pada Jun 2008, mendakwa Anwar meliwatnya. Kuatkan semangat anda untok menegak kebenaran, yakinlah Allah tetap bersama orang2 yang benar. Sesuatu usaha kearah yang baik itu tentunya banyak cabaran dan dugaannya.

1 comment:

DR 1221 said...

salam
itulah cara anwar sejak dari dulu lagi

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..