Followers

Wednesday, February 3, 2010

UNTOK APA NIK AZIZ HADHIR KES LIWAT ANWAR-SAIFUL?


ILMU SILAT ANWAR SUDAH HABIS...GILIRAN SAIFUL PULA MEMBUKA LANGKAH!
Sebenarnya rakyat dalam negara ini masih lagi dapat berfikir secara rasinal kalau tidak dipengaruhi dan diperbodohkan oleh pemimpin.Tambahan kita dibesarkan dizaman Tun Mahadhir semuanya boleh dikatakan cerdik2 belaka bahkan yang terlebih cerdik pun ada. Sebagai aset yang diterapkan oleh Tun bagi mencapai wawasan 2020 tetapi disalahgunakan oleh pembangkang. Pemimpin semuanya bijak, pandai membangkitkan semangat rakyat lebih2 lagi kita orang melayu. Bercakap dengan lantang berhubung dengan islam seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pas, bercakap dengan lantang berhubung dengan melayu dan kesamarataan seperti yang dibangkitkan PKR majoriti orang melayu semuanya jadi kantoi. Seolah2 kemajuan dan keamanan negara selama ini yang diterajui UmnoBN sekian lama tiada nilai lagi.

Kalau fikiran kita tidak dikianati oleh pemimpin haprak seperi itu senanglah,lagi amanlah negara kita. Sifat memperburukkan orang lain bagi menaikkan diri sendiri membuatkan rakyat jadi terkeliru mana yang benar dan mana yang salah. Kalau kita percayakan sesuatu yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk maka tidak peliklah berlaku kejadian baring atas jalan dan terbaru seorang warga mas pengsang kerana tidak dibenarkan masuk bagi mengikuti pembicaraan kes liwat Anwar-Saiful tersebut. Ini baru bermula pembicaraan bukan lagi menjatuh hukum! kalaulah dijatuh hukum Anwar didapati bersalah agak2nya warga mas tersebut tidak pengsan lagi, terus lingkop!. ataupun bertambahlah lagi warga mas yang akan pengsan mungkin termasok Nik Aziz, Haji Hadi dan Lim Kit Siang sendiri. Tidak terfikirkah difikiran warga mas tersebut, kalau Anwar itu benar2 bersalah siapa yang mahu menanggong dosanya? adakah warga mas itu sanggup menanggong dosa Anwar? bukan kecik dosanya Pakcik...ini kes liwat bukan kes curi ayam...Nabi kita SAW tidak mengaku umat tau...Mahkamah bertindak seadil2nya, kedua2 terlibat perlu pembelaan. Kalau diperhatikan menjelang proses pembicaraan lebih setahun dan kes tertangguh lebih 15 kali tentulah Saiful lebih tidak berpuashati.

Anwar telah hanyut dengan lakonannya sendiri. Kalau dahulu, termasoklah Pakmie sendiri tidak mempercayai sama sekali Anwar terlibat dengan liwat. Tetapi jika kita mengikuti perkembangan kes ini dengan kerenah dan telatah beliau (Anwar) sendiri ada benarnya dan tidak mustahil semuanya boleh berlaku. Apa salahnya kita serahkan kepada mahkamah yang tentukan? Cara Anwar beliau amat suka kes ini diselesaikan tidak melalui pembicaraan, bagi kita berfikiran normal sudah tentu ada sebabnya. Kalau kita suka tuduh menuduh tidak akan selesai masalah sampai bila2.

Kalau dalam kes liwat fasal 1, Anwar libatkan Tun Mahadhir pada hari ini dalam fasal ke11 Anwar libatkan DS Najib dan isteri. Ini cara Anwar apa sahaja dia cuba membuat alasan bagi menangguhkan kes liwat ini. Tidak cukup lagikah Anwar menambah penderitaan Saiful? dimana perjuangan keadilan Anwar yang dilaung2 disegenap pelusuk negara bahkan di luar negara melaung2kan keadilan untok rakyat Malaysia? terkena batang hidung sendiri terus lupa.

Orang pertama tidak boleh terima jika Anwar didapati bersalah adalah Nik Aziz. Karpal belum tentu lagi bersedih sebab semasa Anwar terlibat dalam kes fasal 1 dulu pun Karpal jugalah yang mencabar Tun Mahadhir memecat Anwar TPM jika Tun Mahadir jujur dalam pentadbiran tetapi pada kes fasal ke11 kali ini lain pula bunyinya, jadi ketua peguam bagi pihak Anwar pulak gitu... inilah politik! Nik Aziz bukan tidak boleh terima Anwar bersalah tetapi Nik Aziz tidak boleh terima kononya mahkamah Umno yang buat kuputusan. Bagi Nik Aziz sebuat sahaja Umno, semuanya tidak betul, tidak ada kena mengena dengan Umno dan Kerajaan pun dikaitkan juga. Mat Sabu ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana suatu masa dahulu pun Nik Aziz sokong Mat Sabu sedangkan beliau MB, inikan pula Anwar Ibrahim yang banyak membuat budi kepada Nik Aziz semasa PRU 12. Kalau dahulu sebut sahaja tempat ceramah pas, bertaburanlah bekas2 dan kopiah2 bagi mengutip derma bagi membayar kos penceramah dan majlis hari ini mana ada lagi kutipan derma seperti itu. Pas tidak ada masalah keewangan lagi semenjak bersama PKR.

Saiful lebih tenang menghadapi pembicaraan. Anwar ditemani keluarga, MB2, exco2 dan penyokong tegar mereka. Saiful hanya ditemani oleh beberapa ahli keluarga sahaja. Syabas untok Saiful, biarpun tidak ramai orang menamai anda di mahkamah tetapi percayalah diluar masih ramai orang di belakang anda. Paling penting Allah SWT amat berkuasa dan tahu segala2nya, Allah tidak menilai sesaorang itu dengan pangkat dan harta Allah menilai sesaorang yang kembali kepangkal jalan dan beriman mengikut ajaran islam yang sebenar.

2 comments:

hanizam said...

kelakarlah orang tua yang melalut tak tentu pasal tu masa dalam berita...punyalah bersemangat, last-last, darah tinggi naik, nasib tak jadi arwah....

entah berapa agaknya PAKATAN bayar kat pakcik tu....duduk kat rumah diam-diam udahle pakcik OOIiii....

sama gaklah dengan Mamat "pecah perut" tu...baru ni nak bagi ceramah, 10 minit je berucap, dah semput...alasan UZUR...dah tau macam tu, duduk diam jelah...ni dok pusing merata semata-mata nak kencingkan rakyat...

PAS rosak sebab ko...doa PECAH PERUT tempoh hari dah kena balik...

rayz said...

dulu aku penyokong anwar yg gila babi!!!
tp skrg aku berharap supaya anwar jadi gila babi!!!
Spesis pengkhianat melayu!!!

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..