Followers

Saturday, February 27, 2010

KARENAH NIK AZIZ MEMBUATKAN PAS KELANTAN BERTAMBAH LETIH...


AGAKNYA LAMA LAGIKAH NIK AZIZ MEMEGANG JAWATAN MB?
Kebanyakan pemimpin pembangkang dalam membuat kenyataan sering kali bercanggah dengan kerajaan, walaupun sesama mereka ada juga yang tidak sehaluan. Kerja2 utama mereka selain dari berceramah memfitnah mereka juga bijak mengisi ruang kelemahan kerajaan, Kesilapan kecil sengaja diperbesar2kan. Sikap menentang sudah tentu lebih senang dari mencari dan mencetuskankan idea yang baik2 untok kebaikan, membuat yang jahat lebih senang dari membuat yang baik, kerja2 meroboh itu sudah tentu lebih senang dari kerja2 membina. Bagaimana dengan negeri2 yang mereka perintah? adakah lebih baik dari UmnoBN? tidak ada apa2 perubahan kearah lebih baik nampaknya. Ada berubah...tetapi kearah semakin hari semakin teruk.

Kita lihat sahaja kenyataan Nik Aziz yang terlalu jangkal... sebagai seorang melayu dan islam kita tidak sepatutnya menggeluar kenyataan yang boleh melemahkan islam dan melayu itu sendiri. Terbaru beliau mengatakan kes liwat Anwar-Saiful sebagai kerja2 jahat Umno untok menjatuhkan Anwar kerana tidak mahu Anwar menjadi PM. Kes liwat kali pertama tahun 1998 samalah kes liwat pada kali ini semuanya kerana politik. Nik Aziz mengajak rakyat membohongi diri sendiri, Nik Aziz jelas tiada kejujuran. Bukankah kes liwat kali pertama dahulu pas dan DAP yang menjelajah negeri menerangkan kepada rakyat Anwar terlibat dengan liwat? Mad Sabu bagi pihak pas dan Karpal bagi pihak DAP. Kedua2 parti pas dan DAP pada masa itu mendesak Tun Mahadhir sebagai PM melucutkan Anwar sebagai TPM.

Pada hari ini nampak jelas Nik Aziz suka bertindak sendirian selalu membelakangi pemimpin2 tertinggi pas yang lain termasok Haji Hadi sendiri sebagai presiden parti. Kalau pemimpin pas lain membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan nafsunya maka teruklah pemimpin itu dibelasahnya. Nik Aziz sekarang sudah ada Anwar, Nik Aziz sekarang sudah ada Karpal buat apa nak takut dan fikir2 kepada barisan Haji Hadi lagi?

Beberapa hari lepas Haji Hadi membuat bantahan dan mengecam tindakan 50MP Autralia mencampori urusan negara ini. Urusan dalaman keluarga, biar dalam keluarga sendiri yang selesaikan. Berbeza pula dengan Nik Aziz, beliau setuju kerana katanya tindakan 50MP tersebut sebagai sokongan dan tanda simpati terhadap Anwar. Nik Aziz lupa kita tidak boleh mencampori urusan rumah tangga orang lain walaupun anak kita sendiri. Andainya berpecahbelah kerana kita, Nik Aziz sudah lupa kita akan dihumban keapi neraka! tidak tahulah pula kalau kerana politik dibolehkan...teringat pula kata2 Nik Aziz "lompat parti tak apa kalau masok pas-kalau masok parti lain haram dan masuk neraka..." Bogel kalau tidak malu kepada malaikat tak apa dalam bilik kesorangan...tapi Nik Aziz juga lupa gambar bogel terkankang ada kaitan dengan scandal Eliza sendiri.

Nik Aziz kata kes barang sulit tidak boleh dibicara dimahkamah sebab aibkan orang...tapi sengaja perlambat2kan dan berceramah kes liwat sana sini bagitahu rakyat tak apa pula tak malu. Nik Aziz tidak suka Anwar dibicarakan sebab katanya tiada saksi. Bagaimana pula dengan kes pegawai keselamatan yang merogol kanak2 12tahun suatu masa dahulu? kalau mengikut Nik Aziz tersebut tidak payahlah dibicarakan sebab tidak ada saksi yang tengok dan melibatkan barang sulit takut malu. Nik Aziz juga pernah berkata berkawan dengan syaitan pun tak apa buat apa malu2? Bagaimana andaikata jika perkara seperti ini berlaku kepada keluarga Nik Aziz? Perkara yang sudah jelas salah dan bukti masih juga tidak salah seperti kes isu penajaan Nik Aziz ke Mekkah. Betul juga kata Nik Aziz dalam kes liwat Anwar-Saiful, Anwar tidak bersalah sebab tiada saksi yang tengok. Nik Aziz tidak pernah tahu rupanya Saiful tidak dapat berak...patutlah Nik Aziz tidak melawat Sultan Kelantan yang berubat di Singapor hampir 7 bulan disana, Nik Aziz membuat laporan tentang kesihatan KDYMM sedangkan Nik Aziz tidak pernah melawat. Kenyataan berhubung dengan kesihatan KDYMM Tuanku tidak tepat dan bercanggah dengan lapuran doktor yang merawat KDYMM Tuanku di Singapore. Nik Aziz tidak merasai kesakitan seperti deritanya Saiful dan geringnya KDYMM Al-Sultan Kelantan tersebut.

Berapa ramai lagi agaknya pemimpin dan rakyat negara ini letih bila berfikir tentang Nik Aziz. Haji Hadi sendiri sudah letih, penyokong2 pas sendiri pun sudah ramai yang letih. Tok Guru Ayah Lah juga sudah letih agaknya beri nasihat kepada Nik Aziz. PM DS Najib semenjak doa pecah perut oleh Nik Aziz terus berdiam diri ,TS Muhyiddin sahaja kadang2 bersuara. Agaknya DS Najib pun sudah letih dengan karenah Nik Aziz. Sedikit masa lagi giliran Nik Aziz sendiri pula akan letih apabila keberangkatan KDYMM pulang ke Kelantan nanti. Apakah Nik Aziz akan keluar negara apabila mendapat tahu tarikh kepulangan KDYMM Tuanku? Nik Aziz kononnya tidak sihat dan selalu sakit2 sebab itu tidak dapat melawat Tuanku tetapi Nik Aziz boleh pergi pula kejalan Duta bagi menghadiri pembicaraan kes liwat Anwar.

Selagi Nik Aziz tidak bersara dalam politik dan memegang jawatan MB semakin ramai lagi rakyat akan letih. Perpecahan sesama islam, melayu terus berpecah, negara semakin haru biru bukan setakat itu sahaja bahkan akan ramai lagi Sultan2 dan Tok2 Guru di negara ini akan jadi pening dengan kerenah Nik Aziz. Sekarang Nik Aziz sudah ada Anwar, Kit Siang,Karpal , Guan Eng dan pemimpin DAP lain. Adakah Anwar rebah dibuntut lelaki? sama2lah kita mengikuti keputusan pembicaraan kes liwat Anwar-Saiful. Satu lagi cuba bisik2 dan tanya Kak Wan Azizah
dengan iklas hati betul ke Anwar kaki liwat? Kalau Nik Aziz letih kerana keberangkatan balik DYMM Al-Sultan Kelantan manakala Anwar pula menjadi lesu dan tak bermaya kerana usaha terakhirnya untok mendapat dukumen ditolak oleh mahkamah.

2 comments:

Ms Jade said...

N.Azis ni antara contoh manusia yang mengamalkan "END JUSTIFES THE MEANS"

sayang...orang islam yang dipanggil tok guru mengamalkan etika sebegini..

badai said...

Beginilah rupanya ulamak akhir zaman,sedih jika inilah yang dikata ulama pewaris nabi.Sikap,cara,tingkahlaku dan pertuturan tidak melambangkan ulama yang dicanang2kan.Malu nak mengatakan ada seorang manusia yang merasa dirinya cukup pandai dari orang lain hingga tidak boleh ditegur.Bersikap riak dan takbur dan sanggup mendoakan yg buruk2 untuk saudara seagama sedangkan yg berlainan agama dipuji dan disanjung walaupun dia tahu islam dan melayu sedang dipersendakan.
Pemimpim beginikah yg kita perlukan dalam menjana umah yang berhemah?.Jawapannya ada pada saudara2 yang diluar sana.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..