Followers

Sunday, February 21, 2010

NIK AZIZ KATA SUDAH 20TAHUN KELANTAN TIDAK SAMBUT MAULUDIL RASUL

PERAYAAN MAULID NABI DARI KACAMATA
AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.

Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi: وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.(Al Qalam: 4)

Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla:
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Maknanya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ

Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29)
Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):

إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:
“Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)
Begitu juga ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun.
Mengikut ajaran Ahli Sunnah, menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahli Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid, antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.
Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia.

Imam Ibn al Jauzi telah menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan maulid yang dipenuhi dengan para ulama dan ahli sufi yang benar. Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahli Sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid bagi membuktikan bahawa kita masih cinta dengan nabi Muhammad. Justeru, amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.
Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun. Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh menolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda Rasulullah:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya:: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka”
Kesimpulannya di sini ialah, amalan menyambut maulid boleh diianggap sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah. Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.
Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.
Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan syaitan dari golongan Musyabbihah Mujassimah seperti Wahhabiah yang bertopengkan dengan nama Islam, Salafi, Tajdid, mazhab Syafei tulen dan lain-lain, tetapi pada hakikatnya mereka ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid Nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. jahanam . Ada sebahagian Wahabi yang melampau mengatakan bahawa daging yang disembelih pada malam maulid untuk diberi makan pada orang ramai pada malam itu, daging tersebut lebih haram dari daging babi. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk dan idola mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj MohdAlwi.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..