Followers

Saturday, February 20, 2010

50 MP AUSTRALIA : SIKAP HADI BERBEZA....


Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju atau tidak… tetapi itulah pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang.Presiden PAS itu menyuarakan pandangannya tentang isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim."Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.Hadi yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu menegaskan beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Ulasan Pakmie

Pada kasarnya bila kita membaca dan menghayati kenyataan Haji Hadi tersebut memang bercanggah dengan kenyataan katanya sebulat suara yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang beberapa hari lepas. Dalam kenyataan sebelumnya wakil rakyat pembangkang sebulat suara menyokong isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Anwar.

Haji Hadi yang pernah dianggap oleh Nik Aziz sebelum ini termasuk dalam beberapa kerat pemimpin pas yang menyokong kerjasama Umno-pas.Sehingga Nik Aziz mendesak supaya EGM diadakan bagi membersih golongan ini, tetapi peluru yang diarah terkena Kalid Samad dan serpihannya sikit2 terkena kepada Hasan Ali. Dalam pakatan kalau pemimpin cuba menegakkan sesuatu kebenaran dengan keiklasan dianggap sampah. Kalau keluar parti dianggap pula pengkianat. Anwar pula bersuara tersilap pilih calon setelah ada wakil rakyatnya keluar PKR. Sedangkan Anwar sendiri bergelut dengan kes liwat sehingga hari ini tidak dipertikai langsung oleh wakil2 rakyat mereka. Patutkah Anwar bersuara sedemikian sedangkan beliau sendiri berdepan dengan kes salah laku yang membabitkan maruah islam? Jwabannya terlalu mudah sahaja...sudah tinggal berapa orang pemimpin PKR terdahulu yang masih bersama Anwar? Zahrain juga merupakan orang kuat dan orang harapan Anwar.

Namun kalau kita melihat isu GU Umno-pas yang terdahulu, kita hanya mampu tersenyum sendirian bila Haji Hadi membuat kenyataan menentang gesaan MP Australia itu. Bila didesak oleh DAP supaya Haji Hadi memberi penjelasan diatas kenyataannya dan disokong oleh Nik Aziz bersama Anwar maka presiden pas itu terus lentuk umpama ular takutkan buluh. Adakah Nik Aziz akan menggeluarkan kenyataan beliau tersilap pilih presiden seperti Anwar kata tersilap pilih calon bila ada wakil rakyat mereka keluar dari PKR? Kita sama2 tunggu...

Negara Australia tidak seperti negara Malaysia. Gay adalah hak individu, mereka tidak mengharamkannya jadi tidak peliklah jika 50 MP beliau menyokong dan berpihak kepada Anwar Ibrahim. Walaupun Ibrahim Ali tidak menyangka sebodoh itu MP Australia tersebut menganggu urusan negara ini, tetapi apa kata pula kalau mereka2 itu (MP) berjuang demi setiakawan mereka? salahkah 50 orang MP tersebut? yang jelas... bodoh dan dugunnya wakil2 rakyat yang menyokong gesaan membebaskan liwat Anwar bukannya 50 MP Australia itu!

Adakah kita dapat menghidu kenapa Haji Hadi sanggup kesorangan berdepan dengan masalah kes liwat Anwar? demi menegak kebenaran segalanya boleh berubah...

1 comment:

ISAC said...

Sikap "ke hero ran" begini yang kita tuntut dari golongan Ulamak. Ulamak perlu bersikap patriotik dan memimpin umat untuk mencari kebenaran. Siapa bersalah di antara DSAI & Saiful serahkanlan kepada mahkamah. Mungkin boleh dibuat solat hajat memohon Allah tunjukkan siapakah yang benar...

Memang Umno/BN ada kalanya tersilap,
Memang kita tidak perlukan sokong yang membawa rebah,
Memang kita pelukan pembangkang yang professional,
Tetapi dalam isu "patriotik" dan mencari kebanaran rakyaat Malaysia perlu bersatu!!!

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..