Followers

Saturday, February 6, 2010

UNITY GOVERMENT NIK AZIZ...MENAMBAH LUKA ATAU SEKADAR MENUTUP PARUT?

Cadangan Nik Aziz hanya gula-gula, tutup kemelut pembangkang...

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdamai dengan UMNO hanyalah 'gula-gula' untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, justeru tidak mungkin sewenang-wenangnya beliau mahu menamatkan perseteruan itu.

''Sukar untuk mentafsir Nik Abdul Aziz, kerana beliau boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah untuk membuat sebarang keputusan.

''Sememangnya kita terkejut dengan cadangannya semalam, tidak ada ribut dan angin tiba-tiba ubah pendirian sedangkan selama ini beliau yang menjadi penghalang besar untuk Pas dan UMNO berdamai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini menolak usaha kerjasama Pas dengan UMNO melalui hujahnya bahawa Pas akan masuk perangkap UMNO dan kerajaan perpaduan hanyalah boneka UMNO, tetapi pendiriannya semalam berubah malah akan berasa gembira jika perbincangan itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan pemimpin paling popular dalam Pas itu telah menimbulkan kemusykilan banyak pihak.

''Nik Aziz benar-benar memeningkan kepala ramai orang, dia sudah tidak tahu apa dia sendiri cakap, adakah ini strateginya untuk tarik sokongan atau pun sebaliknya, kita belum pasti.

''Pendirian beliau tidak menentu, dulu siap letakkan syarat jika UMNO mahu duduk semeja dengan Pas, tapi semalam tiada sebarang syarat pula, apa sebenarnya beliau mahukan,'' katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang pula mengalu-alukan cadangan baik Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berharap, kali ini Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya itu.

''Kita minta supaya Nik Abdul Aziz tidak mempolitikkan cadangannya itu kali ini kerana jika tidak, beliau akan memburukkan imejnya sendiri sebagai guru agama yang disegani.

''Di pihak UMNO, saya merasakan mereka dari awal telah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas tetapi kali ini terpulang kepada UMNO untuk mentafsir bahawa ia sebagai satu muslihat atau sebaliknya,'' kata beliau.

Ulasan Pakmie...


Cadangan yang baik, tetapi belum tentu iklas atau tidak...sebab Umno biasa dah kena hehe...Pelbagai andaian boleh dibuat dari kenyataan Nik Aziz, budak hingusan pun tahu bila teliti balik cara dan bagaimana beliau bercakap dan menggeluar kenyataan sebelum ini. Secara awal dan ringkasnya Pakmie setuju apa yang Ibrahim Ali bagi komen tentang kenyataan tersebut "Nik Aziz tidak tahu apa yang beliau cakap..."lagi satu...berpolitik mahu untong semata, tidak mahu rugi...buatlah apa saja asal untong! buatlah apa saja asal orang menyokong kita...sampai berkawan dengan syaitan pun dibolehkan.

Susah kita hendak agakan iklas atau tidak sebab beliau 24jam bermain politik. Semua perkara berpolitik! makan politik...tidor politik...liwat politik...Berkaitan dengan islam sekali pun dia masih berpolitik...Penggunaan isu kalimah Allah oleh orang bukan islam ditentang habis-habisan oleh Umno dan Kerajaan dari awal lagi, akhirnya Umno juga yang kena bahkan ada pemimpin pembangkang yang menuduh Umno menjadi dalang membakar gereja. Suatu ketika dahulu menggeluar kenyataan "pergi jahanam sama Umno, seminggu selepas itu ikuti majlis DS Najib ke Pekan dengan memuji2 layanan DS Najib pula..."

Terbaru dalam soal tidak mahu duit ehsan menggantikan duit royalti sehingga tidak membenarkan kerajaan negeri campor tangan dengan tidak menghantar wakil untok bincang bagaimana cara agihan duit itu kepada rakyat Kelantan. Apabila Kerajaan pusat istihar duit ehsan akan disalurkan kepada Kelantan sebanyak 20juta, apa pula Hussam Musa kata sepatutnya 40juta bukannya 20juta...

Pemimpin pas Kelantan tidak bersunggoh2 mengatasi masalah rakyat yang rata2 dibawah paras kemiskinan. Mereka sibuk berpolitik kesana kemari untok menjaga pangkat dan kuasanya, biar pun apa nak jadi kepada rakyat.

Ada juga orang kata agaknya Nik Aziz terkejut beruk mengikuti pembicaraan liwat Anwar dihari pertama tempohari sebab itu tiba2 mengajak Umno duduk semeja berbincang tentang islam yang sudah sekian lama di persetujui oleh Umno tetapi Nik Aziz sendiri juga yang menjadi penghalangnya...akan adalah selepas ini apa2 yang Nik Aziz akan kata bila pemimpin Umno bagi komen kenyataan beliau itu. Mungkin dengan syarat Umno menerima dasar islam pembawakan pas baru Nik Aziz boleh terima hehe...kita tunggu dan lihat. Pemimpin tiga empat kerat dan erdogan macamana takkan diam membisu kot...?

Masalah yang berlaku dalam pembangkang bukan sahaja dalam pas, dalam DAP dan dalam PKR juga atau pun Nik Aziz cuba mengalih isu dari pandangan rakyat. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sedang menghadapi proses pembicaraan tuduhan kes liwatnya bersama Saiful.

Akhir, Pakmie cuba mengulas dari apa kenyataan Nik Aziz keluarkan. Banyak entry dalam blog ini berkisar tentang ulusan2 kenyataan pemimpin2 tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. Ada juga rakan2 meninggalkan komen mengutuk penulis sebab menyentuh tentang Nik Aziz dan rakan2 pemimpin pas yang lain. Bagi penulis...jika kita tidak mahu kaki kita disepak jangan kita cuba bermain bola. Kalau pemimpin bercakap macam2 yang tidak betul, takkan kita yang masih boleh berfikir tidak boleh menegurnya? kita iklas cuba bagi pandangan membetulkan kepada kawan2 yang lain. Begitu juga kalau kita rasakan kita seorang bertaraf Tok Guru kena jagalah setiap tutur kata kita, sebab islam bukan hak milik kita seoarang. Ini tidak bila bercakap boleh mengalah Tok Jahil. Orang2 islam yang lain akan tetap mempertahankan jika ada orang cuba memutarbelitkan islam itu sendiri. Jangan politikkan agama dalam mencari pengaruh. Kita juga sama2 ada kuasa, marilah kita guna kuasa kita dengan menolak jauh2 pemimpin yang haprak ini.

Add to Google

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..