Followers

Saturday, February 6, 2010

IDEA DUDUK SEMEJA NIK AZIZ HANYA BONEKA

IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG...IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN


Untuk menilainya, lihatlah sendiri kronologinya...

1. 5 Jun 2009 – Presiden PAS, Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.
2. 5 Jun – Calon Timbalan Presiden, Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu dan melihat ia tidak sesuai dilaksanakan.
3. 6 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menegaskan bahawa kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO merupakan keputusan yang dibuat oleh parti dan bukannya beliau sebagai individu. Mengenai idea kerajaan perpaduan beliau menjelaskan, ia membabitkan soal perbincangan tentang isu yang boleh memberikan kebaikan kepada negara.
4. Abdul Hadi memaklumkan bahawa konsep kerajaan perpaduan diiktiraf dan diterima oleh DAP dan PKR. ‘Namun dalam reaksi segera mereka, DAP dan PKR menafikan perkara tersebut. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyangkal dakwaan Pas bahawa PKR menyokong pembentukan kerajaan perpaduan. ”Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Abdul Hadi bahawa parti berkenaan positif mengenai kerajaan perpaduan. 5. 7 Jun – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan membincangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Presiden akan datang.
6. 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan keterbukaan UMNO terhadap konsep kerajaan perpaduan hasil idea Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menutup ruang untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak.
7. 8 Jun – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan. Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya. Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan. Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.
8. 9 Jun – Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.
9. 9 Jun – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti bercakap mengenai hal kerajaan perpaduan. Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.
10. 10 Jun – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO. Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang. Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
11. 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’. Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.
12. 11 Jun – Idea kerajaan campuran masih kabur, malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak-dalik sewaktu mengulas mengenainya. Walaupun diasak, Abdul Hadi berkata, beliau akan membuat penjelasan sekiranya ditanya oleh ahli parti dan kepimpinan pakatan pembangkang.
13. 14 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal. Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.
14. 12 Jun – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.
15. 16 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam komen terbarunya menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu perpaduan dan UMNO tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh membawa kepada kebaikan negara.
16. 16 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa pula ketika mengulas penegasan Najib tersebut menyifatkan ia kenyataan satu langkah ke hadapan.
17. 16 Jun – Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PKR bersedia berbincang dengan Perdana Menteri dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.
18. 17 Jun – Datuk Nik Aziz yang bantah habis bincang perpaduan dengan UMNO minta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar PAS dan masuk UMNO.
19. 17 Jun – Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar kata Presidennya ada kebijaksanaan selesaikan isu kerajaan perpaduan tetapi enggan ulas kenyataan Nik Aziz suruh Nasharudin keluar parti. 20. 17 Jun – Menteri Besar Kedah, Azizan Razak kata tidak wajar Nik Aziz buat kenyataan melulu minta Nasharudin letak jawatan.
21. 18 Jun – Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO . Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.
22. 18 Jun – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bayangkan tidak akan campur rundingan perpaduan kerana anggap ia adalah inisiatif PAS dan bukannya pakatan pembangkang.
23. 20 Jun – Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali kata PAS tidak berminat untuk berbincang dengan UMNO berkaitan perpaduan buat masa ini. 24. 20 Jun – Kenyataan berbeza, Lim Kit Siang kata beliau tidak menentang UMNO-PAS berbincang tetapi persoalkan apa tujuan dua parti Melayu duduk semeja?
25. 21 Jun – Nik Aziz kata beliau sedia ampun UMNO jika UMNO meminta maaf kerana ‘tikam belakang’ PAS dulu (PAS terpecat dengan sendirinya daripada anggota BN kerana enggan menyokong BN di persidangan Dewan Rakyat).
26. 21 Jun – Nik Aziz ulang pendirian menentang kerajaan perpaduan kerana ia tidak dibawa menerusi saluran yang betul.
27. 22 Jun – Anwar Ibrahim maklumkan bahawa pakatan pembangkang yang selesai bermesyuarat memutuskan tolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN. Anwar kata idea perpaduan tersebut adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak. 28. 22 Jun – Presiden PAS, Hadi Awang kata jika ada perbincangan dengan kerajaan iaitu BN/UMNO ia hanya akan membabitkan isu nasional dan PAS patut diberi hak berbincang. Hadi salahkan UMNO dengan mengatakan bahawa cara UMNO bicarakan soal perpaduan seolah-olah untuk gunakan PAS dan bawa PAS tinggalkan pakatan campuran.
29. 22 Jun – Kenyataan bersama, semua parti dalam pakatan campuran ulangi komitmen untuk terus bersama perkasakan pakatan campuran bagi bentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
30. 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terima keputusan pemimpin pembangkang tolak runding perpaduan dan katanya BN hanya sahut cadangan PAS sahaja.
31. 22 Jun – Nik Aziz tarik balik semua kenyataan terhadap Nasharudin selepas bersemuka dan ulangi keputusan pakatan campuran tolak kerajaan perpaduan.

Kesimpulan: Pemimpin PAS yang berbalah, umumnya mereka memulakan dengan cadangan dan apabila UMNO menghulur tangan secara terbuka, pelbagai syarat dikenakan lantas apabila tidak dipenuhi maka UMNO dipersalahkan. Peliknya, UMNO/BN dituduh buat fitnah dan terdesak!...Letih-letih...

Umno online.

4 comments:

Mohd said...

UMNO jangan jadi bodoh sekali lagi.
UMNO mesti tolak bulat2 cadangan TGNA yg nak berunding!

AbgTuah said...

SALAM PAK MIE..

MEMANG BONEKA DAN PALSU KATA-KATA NIK AZIZ NIE..

DAH BANYAK KALI TERKENA..KITA HARUS LAH BERASPADA..

NIE MESTI TAKTIK DIVERSI NI AZIZ

MENDIVERSIKAN BERITA PANAZZ KEPADA BERITA MESYUARAH UMNO-PAS.

Jeepers Creepers said...

kali ni nik aziz dah terdesak.dia tahu pakatan dah berterabur. kalau dia tak buat sesuatu sekarang, hancurlah jawatan dia dalam pas.

Anonymous said...

aku pk nik ajis dengki kot. idea adi dia tolak.. dia wat idea baru bulih. cian ko nasa dulu kena kutuk.pastu lonie dia bagi idea nak dok semeja ngan umno tak apa.. meme kaki dengki tak leh tengok org lebih idea dari dia .tu aku rasa.

dulu ore tino tok leh masuk tanding ngaji aurat. bakpo tahun 2010 nok jadi ko bulih pulok. undang2 PAS ni ada tarikh luput ko. aku masih ingat juga dulu . DK tok molek.. tapi tengok DK di kelate org dok maIN molek ehdoh jah.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..