Tahun 2009 sudah berlalu.Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan yang dapat kita hasilkan.
Pentadbiran kerajaan pusat terus diselubungi kesan dari keputusan pilihanraya umum Mac 2008. Suhu politik agak panas naik mendadak, mengakhibatkan pertukaran PM dari Pak Lah kepada DS Najib. Keputusan sembilan PRK mengambarkan kepada kita ketidaktentuan fikiran pengundi atau rakyat di negara ini.Malam 14 Disember mengakhiri penutup tahun 2009 negara yang nyaris dilanda badai.Sebenarnya tidak ramai yang sedar betapa besar implikasinya pada senario politik jika Bajet 2010 terbabas di Dewan Rakyat malam itu.Jawabnya pastinya kecoh,gamat dan tidak berhaluan.Ada yang bertanya apa agaknya yang bakal ditempoh sepanjang tahun 2010 ini.
Mungkinkah suhu politik tahun 2009 akan berterusan sampai pilihanraya umum ke 13?. Pembuka.bicara tahun 2010 menyaksikan perbicaraan 25 Januari kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedengaran desas desus dari penyokong pakatan pembangkang Anwar akan menawan Putera Jaya. Dikalangan penyokong BN pula, tipu daya 16 September Anwar sudah memberi jawaban segala2nya. Manakala ada juga dari mulut orang2 yang tiada kaitan dengan parti politik kes liwat Anwar-Saiful pengakhiran buat Anwar di Sg Buluh. Pada tahun ini juga adalah tahun menjelang pilihan raya ke13, Dari kacamata politik Pakmie tahun 2010 adalah tahun penentuan segala cabaran pada tahun 2009.
Selamat tahun baru 2010 buat semua pelayar dan pembaca blog ini. Semuga tahun 2010, tahun bermaaf-maafan dan tahun keberkatan buat kita semua...
2 comments:
selamat tahun baru
AYUH KITA BERJUANG..KITA PATAHKAN HUJAH KHALID SAMAD.
http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html
Post a Comment