Followers

Friday, May 14, 2010

P212 : NIK AZIZ ULAMA ANGGUK KEPADA DAP

KUALA LUMPUR 13 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai ‘ulama angguk’ kerana merelakan tindakan DAP mempermainkan isu Allah pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Pas khususnya Nik Abdul Aziz hanya menjadi ‘pak sanggup’ dan terus bersubahat dengan DAP yang menjadikan kalimah Allah sebagai modal kempen pilihan raya.

“Walaupun penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam pernah ditentang hebat umat Islam sebelum ini, Pas masih tetap bersekongkol dengan DAP.

“Pas jelas telah merelakan kemurnian agama Islam dijadikan mainan kempen dan bahan untuk memancing undi,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya Nik Abdul Aziz yang dianggap sebagai tok guru atau ulama oleh penyokong Pas menasihati pemimpin DAP supaya jangan mempolitikkan isu agama termasuk kalimah Allah.

“Kita khuatir pengertian kalimah Allah itu akan disalahtafsir oleh rakyat jika terus dimainkan dalam gelanggang politik.

“Sebelum ini Nik Abdul Aziz begitu lantang mempersoalkan pihak yang memperlekeh kedudukan agama Islam tetapi kini sebaliknya yang berlaku,’’ katanya.

Syed Ali berkata, Pas dan DAP perlu memahami bahawa majoriti pengundi di Parlimen Sibu adalah berketurunan Cina manakala Melayu dan bumiputera lain hanya minoriti.

Utusan online

3 comments:

Anonymous said...

pakmie,
dlm ajaran islam tidak ada hukum dlm perkara pengunaan kalimah allah
maka dia adalah pertikian dlm peringkat tanah melayu sehaja.jadi
perkara ini utk buat modal politik saja, utk balah sama sendiri, dan kalau2 lah ada ayat quraan hadis ke;tulong siar sepaya kita dapat kungsi bersama. kalau tak jumpa tak payah dok buat isu lah nampak sangat kejahilan kita rakyat malaysia dlm hukum hakam islam sedangkan yg terang2 salah tidak saudara ungkit seperti kerajaan menghalalkan judi dgn melesenkan
hanya utk satu sharikat judi saja.
ini pon buleh di pertikaikan.

Kuda Perang said...

Xpernah pula ada diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW melarang masyarakat Yahudi atau Nasrani menggunakan kalimah Allah pada zaman baginda...
Tapi walaubagaimanapun... duit didahulukan, judi diutamakan... Soalan cepumas: ADAKAH ANDA MENYOKONG MENTERI KEWANGAN DATO SERI NAJIB TUN RAZAK MELULUSKAN LESEN JUDI PERTARUHAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA (KPD BERJAYA GROUP)?
tolong jawab..

Wake UP! said...

Oleh kerana sudah jelas Nik Aziz ni jadi tukang angguk kepada DAP, di mana lagi bukti dia ni seorang Islam sejati?

Kalau wahabi tu tetap wahabi.

take care of your own communist party

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..