Jika kita setuju, ayuh silalah meneruskan pembacaan blog Pakmie jika tidak tak usahlah sahabat-sahabat membaca apa yang Pakmie paparkan diruangan ini. Sebab ia tidak memberi kesan yang baik kepada kita semua bahkan merugikan masa kita menatapi isi blog-blog yang tujuan membina dan baik tetapi kita juga tidak dapat menerimanya.Sedangkan kita masih tetap dengan cara kita keegoan kita dengan otak berkarat kita itu. Entry yang bertajuk "GENG NIK AZIZ MENJADI PENING DENGAN KEHENDAK DAN KEPUTUSAN YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN- KATA-KATA NIK AZIZ MENYEBABKAN SYAITAN SEMAKIN GEMOK". Ini adalah tajuk mengulas atau mengupas isu yang Nik Aziz sudah perkatakan. Kenapa saudara menganggap Pakmie menulis sesuatu perkara yang Pakmie tidak tahu? dan tajuk inilah yang membuka selera saudara sendiri untuk membuat komen dan luahan pandangan saudara. Syabas sekali lagi Pakmie ucapkan dan Pakmie menyambut baik kehendak ilahi yang dibawah ketentuannya.
Siapakah Nik Aziz pada kita dan di sisi Allah SWT? Nik Aziz memegang tanggungjawab yang besar berpuloh-puloh ribu sebulan Nik Aziz mendapat upah dari hasil kerja mereka. Kalau dibandingkan sekadar Pakmie menegur ke arah kebaikan sebagai hamba rakyat marhean di negeri sendiri itu merupakan kesalahan melebihi kesalahan yang Nik Aziz perkatakan, Pakmie sedia menerima pembalasan Allah SWT diakhirat nanti.
Nik Aziz sebagai MB yang mengetuai Kerajaan Kelantan sejak lebih 20 tahun tidak pernah memperbetul dan mengakui kesilapan beliau yang lepas-lepas.Apakah Nik Aziz tahu dan sedar apa yang telah beliau perkatakan? apakah Nik Aziz tahu berapa ramai orang tersesat dengan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan? keluarga Pakmie juga ada termasuk dalam golongan yang Pakmie maksudkan itu. Tidak kurang juga yang sudah meninggal alam ini menemui Allah SWT tanpa bertegur sapa dengan sanak saudara semata-mata menyokong Pas! perbetulkan kesilapan saudara, perkatakan sesuatu yang pahit demi kebenaran, jangan perkatakan sesuatu yang pahit demi menegakan kerakusan dan tamak pada kuasa dunia.
Cuba saudara Wong pencen semak balik setiap kata-kata Nik Aziz yang mengelirukan bermula dari saudara mengenali beliau dan sampailah ke hari ini. Untuk Pakmie paparkan semuanya disini rasanya tidak penting sebab Pakmie juga tidak suka mencari kesalahan orang lain.
Kenapa Nik Aziz masih tidak faham dengan perlatikan Ds Zamry MB Perak, kenapa Nik Aziz mengatakan kepada Ds Zamry MB mahkamah? apakah Ds Zamry yang beriya-iya mahu kepada jawatan MB dan adakah Ds Zamry yang mambawa kes tersebut ke mahkamah wajib juga Nik Aziz berfikir dahulu sebelum ingin mengata sesuatu kepada sesaorang. Nik Aziz juga berkata Umno tidak bertamadun, Umno zalim dan Umno wajib ditentang, bukan sekali dua kata-kata seperti ini kedengaran dari Nik Aziz. Berapa ramai penyokong Pas dari kenalan Pakmie yang tersesat sehingga sanggup meletak jawatan semata-mata tidak mahu berkerja dengan kerajaan UmnoBN. Tetapi kenapa Nik Aziz sampai sekarang masih lagi menerima hasil dari kerajaan pusat? disebabkan kemiskinan tanpa kerja yang tetap, keluarga jadi jatuh miskin dan bercerai berai meninggalkan anak isteri masing-masing ( Kebanyakannya di kalangan mereka itu sekarang sudah sedar dan memberi sokongan padu kepada Umno).
Pakmie tidak mahu bangsa, Agama dan negara ini dikuasai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jika dirasakan semua kita buat itu betul sebenarnya pemimpin seperti ini tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Pemimpin mesti menerima kritikan, pemimpin mesti bertindak dengan bijak, pemimpin mesti lebih ilmu daripada pengikut, pemimpin mesti bercakap berlandaskan kebenaran, pemimpin juga jangan terlalu emosi dan celupar!
Pemimpin tidak sesekali boleh bercakap sesuka hati. Ramai lagi orang-orang yang lebih layak yang mempunyai sifat-sifat yang baik yang boleh mentadbir sesebuah kerajaan walaupun mereka-mereka itu tidak dari golongan kita. Terimalah takdir qoda dan qadar Allah SWT pastinya kita akan selamat dunia dan akhirat.
Ikhlas dari Pakmie...maaf jika tidak menepati kehendak saudara. Pakmie cuba menulis dengan baik tetapi diatas kesibukan masa setakat itu sahaja yang Pakmie mampu untok kali ini, kita jumpa lain masa. Setiap dari penulisan dalam blog ini Pakmie cuba melihat sesuatu itu dengan mata hati tidak melihat dan menilai sesuatu itu dengan cara fizikal semata-mata.Sebab bagi Pakmie dalam politik kita seharusnnya juga memahami perkara yang tersirat jangan pula kita hanya terus menerima sesuatu perkara yang tersurat semata-mata.Kita jangan terlalu ekstrim, kelak kita akan tertipu dan diri kita sendiri akan menyesal...
PaKMie
Sekadar manakah ilmu PaKMie berhubung dengan sifat syaitan itu yang membolehkan PaKMie menyatakan syaitan semakin gemok.
Mengapa pula sehingga sanggup mengatakan bahawa Nik Aziz cuba menolak dan mempertikaikan keputusan yang sudah ALLAH SWT tetapkan? Bukankah segala yang berlaku, samaada kita tahu atau tidak, hanya berlaku dengan KEHENDAKNYA jua? Perbuatan Nik Aziz mempertikaikan keputusan mahkamah adalah dengan KEHENDAKNYA jua.
Terpaparnya apa yang ada dalam laman blog PaKMie juga hanya dengan IZINNYA jua. Sekadar menyatakan pandangan dan pendapat, cukup untuk dikira sebagai mempertikaikan KETETAPANNYA? Bukankah PaKMie sendiri juga sering mengemukakan hujah dan pandangan bagi menepis hujah dan pandangan orang lain?
May 26, 2009 5:53 PM