Followers

Saturday, August 22, 2009

RENONGAN HARI PERTAMA RAMADHAN : BETULKAH PEMIMPIN BANGSA, PEMUSNAH BANGSA DAN PEMIMPIN ULAMA PEMUSNAH ISLAM DIAKHIR ZAMAN?


SUDAH TERANG LAGI TERSULUH MELAYU/ISLAM DIAMBANG PERPECAHAN


Cuba renungkan suasana di palestine, antara Hamas dan Fatah.
Akibatnya "kabillah" islam itu berpecah dua.Bagaimana pula di Iraq? Syiah dan Sunnah?Pecah berapa?Di Iran macamana?

Selepas pilihanraya umumnya yang baru berlalu?

Di Afghanistan pula?
Di Pakistan?

Suasana islam di Malaysia,
Islam dalam PAS dan Islam dalam UMNO...

Pakmie kata, kita sedang dalam perpecahan yang kritikal. SELANGKAH saja LAGI perpecahan yang sebenar-benar akan berlaku...

Kemarahan orang Melayu kepada PAS Hj Hadi sebab sudah mabuk dengan kuasa. Bergabung dengan DAP, mereka jilat sana sini asalkan dapat duduk bersama. Apabila bercakap pasal Melayu, PAS kata mereka hendak bela Islam, tetapi setakat hari ini apa yang dibelanya ialah Arak dan Babi. Yang bertarung dan membela Melayu dan Islam ialah UMNO. Tapi UMNO pula ditabal siang2 lagi oleh Hj Hadi dan Nik Aziz sebagai kafir dan tak boleh masuk syurga sebab Umno menganut Islam Plastik, tidak seperti Pas Islam tempayan. Manusia yang luarbiasa dan mungkin terlebih ilmu sahaja yang dapat menentukan siapa yang dapat masok syurga atau neraka itu kata Tun Mahadhir, bukan Pakmie.

Nik Azizkah, Hj Hadi kah? Datuk Seri Najibkah, Tan Sri Muhyiddinkah? Datuk Seri Hishamuddinkah? Ustaz Nasaruddinkah! Atau Lebai-Lebai yang asyik menunjukkan kepintaran masing-masing, samada di Lounge dalam 5 star hotel atau dibawah pokok Cherry, pemilikan kereta camrey oleh exco2...semuanya membenci suasana perpecahan umat yang berlaku diseantero dunia dewasa ini.


"Namun kebanyakan mereka inilah juga yang sering menyuarakan kenyataan yang berbau perpecahan itu".


Lihat sahaja beberapa hari lepas menjelang puasa, Nik Ajis tergamak mengeluarkan "fatwa" beliau, yang mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Masa masih dalam sekolah menengah dahulu, Hj Hadi pernah mengeluarkan "fatwa" masuk UMNO itu kafir. Dato Shahnon Ahmad, ahli PAS seumur hidup juga pernah mengatakan tuhan itu juga pernah mencarut. PAS pada masa ini dalam keadaan tak sedar, tengah "mabuk" dipermainkan oleh DAP untuk meneruskan lagi perpecahan dikalangan umat islam / bangsa melayu dalam negara ini.


Mainan perilaku Nizar, macamana beraninya DAP terhadap Melayu dan Sultan. Begitu juga Nizar begitu anggkuh dan sombong bersama DAP.

Kelemahan dan kesilapan yang tidak sepaptutnya terjadi kepada bangsa kita ialah kesilapan prioriti. Mereka tidak menganggap "Unity Goverment" itu satu keutamaan dalam pembangunan dan kemajuan bangsa mereka. Kalaupun mereka menyangkal dakwaan ini, itu cuma sangkalan politik semata2 dan sesiapa penghalang usaha itu akan menyesal sampai bila2 suatu masa nanti. Secara ikhlas mengatakan bahawa bangsa kita, khasnya yang menentang kerajaan UmnoBN tidak menganggap Persatuan dan Kesatuan Bangsa Melayu itu Penting... Kerana itu mereka tidak mengenakan had atau batas-batas tertentu dalam bertindak dan bersuara. Mereka bertindak dan bersuara secara sebebasnya, sehingga bangsa mereka hancur lebur dan tidak lagi berpadu erat. Keutamaan bangsa kita ialah harta dan kuasa. Sekalipun ianya PAS atau PKR, atau juga UMNO.


"Pakmie ingin jelaskan disini bahawa memang sepatutnya UMNO yang diberikan ruang secukupnya untuk mempertahankan kuasa...kerana jasa parti itu selama mengemudi kemajuan bangsa dan agama dalam negara ini, dan sangat terbukti kejayaannya".


Kalau Nik Aziz atau Hj Hadi nak menjadi salah seorang pemimpin negara dalam kerajaan, bukannya dengan cara melawan, sebaliknya bersama-sama menjadi menteri dalam kabinet. Sedang Anwar itu harus berhenti saja dalam politik negara memandangkan, sejak beliau dituduh liwat, belum ada satu pun yang terhasil dari mindanya. Malah merosakkan dan mencelarukan perjuangan kesatuan bangsa dan agama.
Umat islam di Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti di Palestine...Tidak ubah seperti di Pakistan...Tidak ubah seperti di Afghanistan!!!Bercakaran sesama sendiri kerana kuasa dan harta.

Termasuk Nik Aziz yang digelar ulamak d
an Hj Hadi yang saban hari menganjurkan Tazkirah di madrasah peliharaannya. Begitu juga Nik Aziz setiap pagi jumaat menganjurkan ceramah agama yang kononya tidak ceramah politik di bangunan Jaafar Rawas Kota Bharu, jika ianya bermotifkan politik tidak kah ini pemecah Islam/melayu?

Sudah lama usaha DAP untuk memecahbelah dan menghancurkan kesatuan bangsa melayu di negara ini. Bagaimana setuju?
Sudah tentu DAP akan melenting marah dan menafikannya kata-kata Pakmie ini.

Namun jika pun tidak betul...tidakkah Nik Aziz dan Hj Hadi Awang serta yang lain juga ( yang bergelar pemimpin ) perlu berhati-hati? jika ramalan ini tepat bagaimana?
Bukankah anda semua kedua2 pemimpin yang bergelar "Pemimpin Besar Plastik" dan Pemimpin Besar Tempayan itu yang akan bertanggongjawab sepenuhnya diatas kemusnahan Melayu/Islam di negara ini suatu masa nanti?

P/S : Walaupun kita semua sudah tiada didunia ini, tetapi sejarah tidak boleh ditipu...harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama baik tetap dikenang dan dijulang, nama buruk tetap dihina dan dicaci...

Ulasan..
Blogger YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan,

Kalau dilihat suasana sekarang, kebanyakan negara Islam dan umat Islam berkecai kerana ketamakkan pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri.

Kita lihat juga bagaimana rakyat menderita di negara-negara Islam Benua Afrika, kerana kerakusannya pemimpin, rakyat yang berpecah dan berbunuhan sesama sendiri.

Inilah akan berlaku jika pemimpin-pemimpin PAS & Melayu PKR masih dengan sikap tamak dan rakus.

August 22, 2009 3:46 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Kwn2 seperjuangan...SLMT BERPUASA.

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


"Selamat Menjalani Ibadah Puasa..."Maaf jika ada kesilapan yg disengaja dan tdk disengajakan..

August 22, 2009 4:34 PM

Delete
Blogger Anakkhas said...

Betul ke pak mie?
alamak dah la lama tak balik kampung nie.


August 23, 2009 4:40 AM

Delete
.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan,

Kalau dilihat suasana sekarang, kebanyakan negara Islam dan umat Islam berkecai kerana ketamakkan pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri.

Kita lihat juga bagaimana rakyat menderita di negara-negara Islam Benua Afrika, kerana kerakusannya pemimpin, rakyat yang berpecah dan berbunuhan sesama sendiri.

Inilah akan berlaku jika pemimpin-pemimpin PAS & Melayu PKR masih dengan sikap tamak dan rakus.

PaKMie said...

Kwn2 seperjuangan...

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


"Selamat Menjalani Ibadah Puasa..."Maaf jika ada kesilapan yg disengaja dan tdk disengajakan..

Unknown said...

Betul ke pak mie?
alamak dah la lama tak balik kampung nie.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..