Followers

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN SAHABAT2 SEKALIAN - PaKMie

من أخطاء الصائمين والقائمين - KESILAPAN yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat DI BULAN RAMADHAN


Salam Ramadhan dan salam sejahtera kepada sahabat2 bloggers sekalian...

Pertama, Pakmie dan rakan2 mengucapkan selamat berpuasa pada esok hari bagi umat islam, dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan yang dijanjikan maghfirah(keampunan) oleh ALlah SWT. Untuk itu kita hendaklah mendirikan Ramdhan dengan sempurna dan seiklas hati.
Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ini jelas sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ]

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.
2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.
4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).
7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.
9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.
10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
11. (YANG NIE ADA PILIHAN.....cuma yang terbaik) Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk me-lakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BERAGAMA ISLAM dari www.Pakmie.blogspot.com, maaf zahir dan batin walaupun dimana jua anda berada.

Ulasan..
Blogger a kl citizen said...

salam ziarah dan selamat berpuasa>>> OK Tq, Selamat berpuasa juga...

August 22, 2009 10:51 AM

Delete
.

1 comment:

Guru said...

salam ziarah dan selamat berpuasa

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..