Followers

Friday, August 7, 2009

BUDAYA PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG BUKAN UNTOK MENYELAMATKAN NEGARA, BANGSA MELAYU DAN ISLAM



SIRI 1 : JIKA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DAPAT MERINTAH NEGARA INI CORAK PEMERINTAHAN NEGERI SELANGOR SEKARANG ADALAH SEBAGAI CONTOHNYA

Gabungan tiga parti DAP,PKR dan PAS yang diilham oleh Anwar atas nama Pakatan Rakyat banyak menggelirukan rakyat khasnya orang-orang melayu di negara ini. Kononya gabungan ini lebih adil dan telus daripada Kerajaan UmnoBN yang ada sekarang. Gabungan ketiga-tiga parti ini menjadikan DAP sekarang semakin kuat. Prinsip DAP dari dahulu lagi tidak mahu kepada corak pemerintahan Islam, tetapi Pas sanggup juga berkerjasama dengan DAP meletakkan Pas sekarang tidak memperjuangkan Islam dan bangsa melayu lagi. DAP sanggup bergabung demi mahu kepada kuasa untok merealisasikan perjuangan bangsanya. PKR kononnya tugasnya menjadi orang tengah untok melengkapkan dalam gabungan itu. Tetapi sebaliknya kita tahu PKR juga tetap bersama DAP apa cara sekali pun.

Sudah jelas pada kita apa yang berlaku kepada negeri Selangor semenjak Kerajaan Pembangkang mengambil alih negeri itu. Keadaan apa yang berlaku dalam Kerajaan Selangor sekarang boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita semua jika Kerajaan Pakatan Pembangkang dapat memerintah negara ini begitulah akan terjadi kepada negara, agama islam dan bangsa melayu di negara ini.Kerajaan Selangor walaupun MBnya bangsa melayu dan beragama islam tetapi apa yang Khalid buat adalah terpaksa mengikut rentak DAP walaupun ia mengguris hati Pas bersamanya dan kaum melayu Selangor.

Khalid lebih menjaga hati wakil rakyat dan exco DAP (Ronnie Liu) daripada memenuhi tuntutan Pas Selangor dan menolaknya mentah-mentah supaya menggugurkan wakil rakyat itu daripada barisan exco kerana didakwa mengguris hati umat islam dalam soal isu arak. Kita faham segala tindakkan Khalid itu kerana mahu mempertahankan MB nya, kekuatan DAP dalam pembentukkan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jika isu ini memihak kepada Pas sudah tentu Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan tumbang ekoran tindakkan DAP keluar dari pakatan itu. Dalam soal ini DAP lebih berperinsip daripada Pas. Pemimpin Pas hanya pandai berkokok sahaja untok mengaburi mata orang-orang islam, tetapi apabila DAP bersunggut terus diam menikus dan menurut kehendak DAP.

Kenapa Pemimpin Pas tidak tegas berbanding dengan pemimpin DAP yang sanggup keluar dari pakatan semata-mata isu babi dan arak sahaja? Pas terpaksa mengalah mengadaikan agama semata-mata mahu kepada kuasa. Sedangkan DAP tidak ada pilihan lagi jika keluar dari pakatan itu berbanding dengan Pas. Pas boleh keluar bila-bila masa daripada Pakatan Kerajaan Selangor dengan berkerjasama dengan UmnoBN. Pas Selangor tidak rugi apa-apa sebaliknya lebih menguntongkan islam dan melayu. Tetapi sayang sekali pemimpin Pas tetap memilih jalan sukar untok laluan bangsa dan agamanya sendiri. Pemimpin Pas Selangor sanggup memilih jalan sendiwara dari memilih jalan realiti kerana mahukan kepada kuasa dan mengumpul kekayaan peribadi semata-mata berbanding dengan mahu kepada kekuatan agama dan bangsanya sendiri.

P/S : Kesan daripada sikap tamak yang dimiliki oleh pemimpin Pas dan PKR inilah setiapkali pilihan raya kecil diadakan, golongan menoritlah yang boleh menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding tidak kira kawasan majoriti melayu atau cina dan India di negara ini. Bukan dalam soal pemilihan wakil rakyat dan kerajaan yang terbaik yang dipilih. Fikiran rakyat melayu sudah lama diracuni supaya menolak kerajaan UmnoBN sedangkan difikiran kaum lain tetap dengan cita-cita mereka mahu memiliki negara ini walau dengan apa cara sekali pun.

Ulasan...

Blogger Jeffry said...

SLM PERJUANGAN PAK MIE..STUJU BENAR DGN ULASAN PAK MIE. ANUWAR DH BERJAYA MENAMATKAN KETUANAN MELAYU DI M'SIA. DIA JUGAK DH BERJAYA MENGADU DOMBA SESAMA MELAYU. DIA JUGAK DH BERJAYA MENJAHANAMKAN BANGSA MALAYSIA KESELURUHAN DEMI UTK MENYELAMATKAN DIRI DIA DARI TINDAKAN UNDANG2!..SYABAS DAN TAHNIAH PADA ANUWAR!!

August 7, 2009 4:43 PM

Blogger IPOHMALAY said...

semoga permatang pasir memberi indikasi terbaik penolakan orang melayu terhadap PAS

August 8, 2009 1:03 AM

Blogger PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

August 8, 2009 5:58 PM

Blogger IRDINA said...

Salam kwn2 semua...

Pas sebelum PRU12 beriya2 sgt memperburukkan kerajaan UmnoBN memaksa kerajaan dlm parlimen dan janji2 kpd rakyat dlm soal pentadbiran Islam di negara ini jika ia dpt memerintah. Dalam isu di selangor yang selalu dibangkitkan oleh Pas/Pkr adalah isu arak dan babi.

Rakyat cuba memberi kepecyaan dan keyakinan kpd pas dlm soal2 membeteras isu tersebut. Janji2 Pas sebelum PRU12 spt kata kwn2 itu adalah benar. Pas akan menutup terus kilang2 arak,pelacuran dan ternakan babi. Janji2 lain tak payah kita persoalkan, apa yang rakyat Selangor mahu benar2 melihat adalah perubahan utama keatas perkata tersebut.

Apa yang kita tahu usahkan mahu menggurangkan isu2 tersebut, pas lebih2 lagi sanggup bersekonkong dgn DAP yg dikepalai oleh Khalid selaku MB. Dajjal sunggoh ... Rakyat cukup mengharapkan, rakyat kecewa...Pembangkang yg diketui oleh Anwar sdh jelas mahu merusakkan negara, bangsa dan agama demi mencapai cita2nya....


August 8, 2009 6:30 PM



4 comments:

Anonymous said...

SLM PERJUANGAN PAK MIE..STUJU BENAR DGN ULASAN PAK MIE. ANUWAR DH BERJAYA MENAMATKAN KETUANAN MELAYU DI M'SIA. DIA JUGAK DH BERJAYA MENGADU DOMBA SESAMA MELAYU. DIA JUGAK DH BERJAYA MENJAHANAMKAN BANGSA MALAYSIA KESELURUHAN DEMI UTK MENYELAMATKAN DIRI DIA DARI TINDAKAN UNDANG2!..SYABAS DAN TAHNIAH PADA ANUWAR!!

IPOH MALAY said...

semoga permatang pasir memberi indikasi terbaik penolakan orang melayu terhadap PAS

PEJUANG CYBER said...

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

ARIFA said...

Salam kwn2 semua...

Pas sebelum PRU12 beriya2 sgt memperburukkan kerajaan UmnoBN memaksa kerajaan dlm parlimen dan janji2 kpd rakyat dlm soal pentadbiran Islam di negara ini jika ia dpt memerintah. Dalam isu di selangor yang selalu dibangkitkan oleh Pas/Pkr adalah isu arak dan babi.

Rakyat cuba memberi kepecyaan dan keyakinan kpd pas dlm soal2 membeteras isu tersebut. Janji2 Pas sebelum PRU12 spt kata kwn2 itu adalah benar. Pas akan menutup terus kilang2 arak,pelacuran dan ternakan babi. Janji2 lain tak payah kita persoalkan, apa yang rakyat Selangor mahu benar2 melihat adalah perubahan utama keatas perkata tersebut.

Apa yang kita tahu usahkan mahu menggurangkan isu2 tersebut, pas lebih2 lagi sanggup bersekonkong dgn DAP yg dikepalai oleh Khalid selaku MB. Dajjal sunggoh ... Rakyat cukup mengharapkan, rakyat kecewa...Pembangkang yg diketui oleh Anwar sdh jelas mahu merusakkan negara, bangsa dan agama demi mencapai cita2nya....

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..