Penangkapan bekas Mufti Perlis oleh Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi menjadi tanda tanya. Dalam majlis tersebut Dr Asri menyampaikan ceramahnya kepada hampir 1, 000 orang di Ulu Klang, turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah wakil rakyat PKR Dr Zuraidah dan Shaari Sungip.
Bolehkah JAIS menahan Dr Asri menyampaikan ceramah tanpa tauliah, sedangkan ceramahnya pula di banglo milik persendirian bukannya di masjid atau surau.
Bagaimana pula JAIS boleh menangkap penceramah dalam majlis yang dianjurkan oleh parti pemerintah negeri?
Siapakah "tangan ghaib" yang dimaksudkan oleh Dr Asri itu? adakah ini juga merupakan satu taktik Anwar untuk mengalih tumpuan umum terhadap perbicaraan beliau yang akan berlangsung minggu ini.
Menggunakan jentera PKR yang bersahabat dengan Dr Asri untuk menyampaikan kuliah isyak di rumah, mereka akhirnya mengatur himpunan ceramah yang besar.
Dr Asri sendiri khabarnya tidak mengetahui ada ceramah sebesar itu dan dihadiri oleh wakil rakyat PKR.
3 comments:
ada orang di YADIM panas punggung...
http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/11/kes-dr-asri-maza-dengan-jais-blogger.html
adakah kerajaan PR terlalu lemah untuk memerintah sebuah negeri...
Salam sahabat...
Yg jelas isu di Selagor ni tak habis2. Selepas PRU12 sampailah skrg tak habis dgn isu2.
Nampaknya mkn gaji/elaun butalah wakil rakyat pembangkang,bila masalah wakil rakyat buat kerja...
Pentdbiran Khalid yg lemah!
Post a Comment