Sebab itu kita kena ambil kira juga tentang kebaikan orang lain, kalau Nik Aziz tu orang Umno sudah tentu puak2 pas bersorak2 bertepuk tangan Nik Aziz pergi ke Mekkah pun guna duit rasuah begitulah jahilnya pemimpin Umno, yang biasa celupar hal2 begini adalah Nik aziz sendirilah. Memukul dulang paku serpih mengata orang dialah yang lebih, hari ini Allah tidak makbulkan permintaannya ke tanah suci patut jadi iktibar dan pengajaran jangan main salah orang, salah terbentang sebesar gajah pada diri sendiri tidak nampak.
Orang2 yang Nik Aziz sayangi itulah perusak Nik Aziz sendiri, mereka2 inilah yang melalaikan Nik Aziz. Sehingga Nik Aziz sudah senja masih lagi diguna2 macam orang muda disuruh berlari2, kesian Nik Aziz silap2 haribulan pergi dari arena politik dengan cemuhan dari rakyat. Allah maha kuasa masih sayangkan umatnya, dikalangan pembodek itu ada juga yang iklas mahu melihat Nik Aziz pergi meninggalkan politik dengan baik dan disanjungi rakyat sebab itulah dari segi positifnya Allah SWT tidak mengkabulkan permintaan Nik Aziz ke Mekkah menggunakan sumbangan dari orang yang berkepentingan dengan Kerajaan Negeri. Anda cuba bayangkan jika Nik Aziz dicekup SPRM? seorang yang disanjung pejuang islam, Musyidul Am, Menteri Besar , Ulama dan tua lagi di tangkap SPRM, sudah tentu seluruh umat islam akan terasa malu bukan setakat puak2 pas sahaja.
Sepatutnya kumpulan yang pro Nik Aziz terhutang budi kepada mereka2 yang menyedarkan Nik Aziz dari ulikan tidur dari mereka2 yang berkepentingan itu. Jangan mudah menuduh sesaorang walaupun kita rasa kebenarannya ada kepada kita. Kita semua kena ingat tidak semua yang kita pernah anggap jahat itu semuanya jahat ada juga dikalangan yang pernah kita anggap jahat dan kapir itu terlebih baik dari kita, tengok apa yang sudah jadi sekarang, satu persatu Allah SWT mengaibkan kita dikalangan kita sendiri kalau tidak masakan perkara2 dalam seluar atau dalam selimut kita ada orang tahu? Sesungguhnya janji2 Allah itu benar...kita manusia adalah sama sahaja, salah dan silap ada dimana2 terimalah hakikat ini jangan menuduh orang bukan2 dengan meletakkan diri dan kumpulan kita sahaja yang betul. Allah SWT terlalu benci kepada manusia yang bersifat ego dan bangga diri.
Siapa yang tidak mahu kepada peyatuan melayu dan Islam, siapa yang mengagalkan UG? cuba perhatikan satu persatu apa terjadi kepada pakatan rakyat (Khasnya pas) selepas keputusan pas menutup buku dengan Umno tentang perpaduan itu?Sebelum ini dalam blog ini ada menulis tentang satu etikel " Pas akan turut rebah jika UG Umno-Pas digagalkan" Bukankah kesepaduan sesama manusia itu dituntut oleh Islam? inikan pula sesama islam dan melayu. Kerajaan dibawah pimpinan DS Najib beberapa kali membuka ruang demi perpaduan islam dan melayu tetapi dilontarkan perkara yang tidak sepatutnya pula kepada Kerajaan.
Baca kenyataan ini...
KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.
"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.
"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.
Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."
Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.
Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.
Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.
"Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.
"Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini," katanya.
Ulasan...
Salam bro, begitulah jadinya kalau terlalu takbur dengan ilmu dan menggunakannya untuk kepentingan diri..... akhirnya dia tertipu dengan ilmunya sendiri.....
November 14, 2009 11:34 AM