Followers

Saturday, December 26, 2009

ADAKAH MASALAH KEKELUARGAAN MENDESAK NIK AZIZ MELETAK JAWATAN MB?

KETIGA-TIGA PM DIKECAM DENGAN KENYATAAN BURUK NIK AZIZ

Pas adalah sebuah parti yang disanjungi oleh golongan rakyat yang mudah terpengaruh dengan pendekatan islam. Sejarah tertubuhnya parti pas ekoran dari ketidakpuashatian pemimpin mereka dikala itu terhadap Umno. Pas juga suatu masa dahulu menentang kemerdekaan negara ini. Kerana kebijaksanaan pemimpin Umno terdahulu Sabah dan Serawak juga tidak terkeluar dari Malaysia walaupun pas cuba menghalangnya.

Tetapi sekarang pas sudah melupai semua itu. Pemimpin2 mereka cuba melupai dari pengetahuan rakyat. Seolah2 pas lah yang betul, paslah yang berjuang untok meletakkan negara ini ketahap hari ini. Sekian lama Umno memperjuangkan mentadbir negara ini dengan baik ditutupi oleh pemimpin pas kononnya parti itu menghalang kekuatan islam dan perpaduan bangsa melayu.

Terlalu agresif pas mahu menjatuhkan Umno. Tun Mahadir, Pak Lah dan terbaru DS Najib sebagai PM semuanya tidak betul. Nik Aziz sepanjang pentadbiran sebagai MB lebih 19tahun menganggap Tun Mahadhir sebagai mahafiraun, zalim. Pak Lah yang mengambil pendekatan yang agak sederhana dilontar dan dimalukan dengan islam hadharinya. DS Najib walaupun masih tidak sampai seratus hari memegang jawatan PM dituduh macam2 dan terbaru sehingga mendoakan DS Najib pecah perut. Semua PM dizaman Nik Aziz menjadi MB semuanya tidak betul, melebelkan ajaran sesat dan biar Umno pergi jahanam.

Baik sangatkah pemimpin pas...baik sangatkah Nik Aziz? baikkah orang yang berketerampilan kepura-puraan? berselindung disebalik agama membuatkan orang jadi keliru. Kata-kata umpama malikat, tidak ada salah semuanya betul. Apakata pemimpin pas kepada Umno selama ini semuanya terjawab sendiri ibarat meludah kelangit terkena dibatang hidung sendiri. Dulu keta kepada Umno kapir kerana bersama MCA dan MIC, dulu kata Tun Mahadhir kroni, dulu kata kepada Pak Lah menurut kata menantu dan kini kata kepada DS Najib jahat sebab tidak bagi duit royalti minyak walaupun diberi duit ehsan dan perutukkan berbillioan ringgit kepada Kelantan.

Pas sudah lupa, buat apa duit ringgit kata2nya kepada rakyat di Kelantan sebab ianya tidak boleh dibawa ke akhirat, tetapi Kerajaan Pusat tidak meluluskan duit royalti terus mendoanya pecah perut. Siapa yang sebenarnya yang lebih gila kepada kekayaan pemimpin pas atau rakyat?

Kemerlut pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan terus kucar kacir tanpa kesudahan. Kealpaan tuduhan Nik Aziz keatas Tun Mahadir memakan dirinya sendiri dengan perlatikan menantunya sebagai CEO di PMBK. Walaupun desakan tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. Masalah ini pada hari ini sudah berjangkit bukan setakat menantu sahaja, anak2 Nik Aziz sendiri pun sudah mencampori urusan kerajaan negeri. Desakan pemimpin pas pusat dan negeri tidak dihiraukan oleh Ariffahmi malah sanggup menegur tindakan kepimpinan pemuda pas yang mendesaknya sebagai tidak bijak dan tidak sewajar bertidak sedemikian terhadapnya.

Keluarga dan anak2 Nik Aziz termasoklah isteri Ariffahmi sendiri mempertahankan keputusan ayahnya itu sekaligus menuduh pemimpin pas lain tidak menolong bapanya dibiarkan bersendirian. Apakah pemimpin pas kelantan sudah jelak dengan kepimpinan Nik Aziz sebagai MB? hanya Husam Musa sahaja yang mungkin dapat menjawabnya.

Khabar yang bertiup kencang kemungkinan Nik Aziz akan meletak jawatan beberapa bulan lagi. Ada pihak2 tertentu cuba berjumpa dengan pihak istana bagi membincangkan isu MB ini. Sama2lah kita tunggu kesahihannya awal tahun hadapan. Samada ianya benar atau tidak itu tidak penting bagi kita, yang penting kebesaran Allah SWT mengatasi sejauhmana keiklasan Nik Aziz sepanjang pemeritahannya dan sejauhmana kebenaran keburukkan kenyataan Nik Aziz terhadap ketiga2 PM selama ini.

2 comments:

perkasan said...

Salam..Pak Mi bagi saya inilah balasannya bila kita selalu jaga kain orang sekarang kain sendiri dah terlodeh...marilah kita buka minda fikir secara ilmiah sbb kita berada di abab ke 21. Sejak dulu lagi org HamPAS ni menggunakan ayat al quran utk bermain politik sehinggakan keluarga sendiri perpecah, suami isteri bercerai disebabkan ideologi berbeza....sungguh sedih. Islam tidak mengajar kita sampai sebegini..tapi inilah hakikat hamPAS. Saya tolak idealogi sebegini.

Darulehsan said...

anda sungguh bacul pakmie. anda hanya siarkan komen yg menyokong anda sahaja.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..