Followers

Saturday, December 19, 2009

BAGAIMANA DENGAN JANJI BULAN BINTANG PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU12?

Janji tinggal janji, rakyat diulik dengan macam2 kerenah dan kemelut yang berterusan.Janji2 yang pernah dilafazkan oleh pakatan sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 awal tahun lalu berlalu pergi dengan janji manis begitu sahaja.

Pastinya kesemua jawapan bagi persoalan tersebut telahpun diketahui oleh kita semua.Sudahlah wakil rakyat yang dilantik gagal melaksakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi hinggakan permasalahan penduduk tempatan terbiar begitu sahaja, sudahnya rakyat dihidangkan pula dengan kemelut politik dalaman sekutu pakatan yang tak sudah-sudah.

Rakyat sudah dipamerkan dengan kepimpinan yang berfikiran cetek dan berakal dangkal; gagal menunaikan manifesto yang dicanangkan apatah lagi untuk menambahbaik yang ada sebaliknya, semakin parah pula jadinya.

Tentunya masyarakat masih ingat ketika mula-mula pakatan pembangkang mentadbir kerajaan negeri Selangor; bagaimana parti Pas sebelum berkuasa ingin menghapuskan kilang arak dan lesen rumah urut tetapi apabila berkuasa, bukan sahaja tidak ditunaikan malahan menyokong ladang ternakan babi yang mahu dibina berhampiran perkampungan Melayu yang dahulu turut diselarnya.

Kemudian, kepincangan pentadbiran kerajaan negeri terserlah dengan pendedahan penglibatan adik Penasihat PKR di dalam anak syarikat kerajaan negeri. Namun sejurus selepas pendedahan tersebut, adik ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah meletakkan jawatan di dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) secara serta merta.

Begitu juga, dengan kisah penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Ini belum lagi dengan tercalarnya perpaduan masyarakat apabila hal rumah ibadat, kuil dan azan masjid menjadi isu yang meleret-leret dan berpanjangan hinggakan hampir-hampir mencetuskan rusuhan.

Ini belum lagi diperkatakan berkaitan kepincangan pentadbiran di Pulau Pinang dan Kedah apabila masyarakat turut menyaksikan janji-janji yang ditabur lenyap begitu sahaja.

Sebagai contoh, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang kedua belas tahun 2008 bertarikh 21 Julai 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang berjanji dengan pelbagai usaha dan tindakan bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu dengan pelbagai usaha dan tindakan.

Tetapi, tidak sampai pun setahun, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa mereka gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu atas alasan sukar membuka akaun amanah kerana terlalu banyak prosedur.

Bukan itu sahaja, sehingga kini tiada apa-apa pembangunan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pakatan pembangkang melainkan, mencari kesalahan kerajaan terdahulu.

Lebih teruk lagi, isu kebejatan moral ADUN dan pemimpin atasannya ibarat mendapat ‘sokongan padu’ daripada rakan pakatan sehingga terpaksa menipu rakyat dengan menuduh semuanya konspirasi BN.

Lihat sahaja bagaimana keputusan mahkamah berkaitan pentadbiran Negeri Perak yang tidak berpihak kepada pakatan pembangkang, maka ia dijadikan sebagai satu bahan oleh mereka dengan ceramah-ceramah semasa, kononnya mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan.

Sehingga ke hari ini, hampir memasuki tahun kedua mereka mentadbir, berapa banyakkah janji-janji di dalam manifesto semasa pilihan raya umum ke-12 lalu ditunaikan?

Nilailah sendiri, bagaimana mungkin pakatan pembangkang mahu bercakap tentang agenda dan masa depan parti mereka sedangkan mereka sendiri tandus dan fakir dalam mensyukuri setiap nikmat yang ada.

Pastinya rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan lebih mengerti dan memahaminya…

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..