Followers

Tuesday, December 1, 2009

DOA MUSIBAH TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI?



NIK AZIZ TERLENA DENGAN BISIKAN SYAITAN PAS

Lenggok dan gaya politik Nik Aziz amat membahayakan umat islam di negara ini. Bila sahaja pas menghadapi masalah Nik Aziz cepat2 menutup kes dengan kenyataan2 berupa kontrovesi bagi tujuan mengalih pandangan dan pemikiran umum keatas isu tersebut. Pergolakan hebat Pas Kelantan bermula lebih awal iaitu kira-kira April 2009 lalu apabila Nik Abduh Nik Aziz yang juga merupakan AJK Pemuda Pas Pusat mendakwa terdapat sekumpulan penasihat di sekeliling Nik Aziz. Nik Abduh dengan keras mengkritik kumpulan ini dalam blog beliau.

" Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH. Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!"

Kalau kita tengok apa yang berlaku keatas kempimpinan pas Kelantan sekarang adalah merupakan proses pembalasan dari Allah keatas pemimpin pas. Allah SWT tidak kira siapa yang membuat kesalahan tetap tidak terlepas dari hukuman samada ianya ulama politik,exco Janapari(kambing) atau penasihat yahudi.

Apabila Arif dipecat dari PMBK maka ia kemenangan moral buat Hussan dan Anwar serta megingatkan kumpulan lain dalam Pas bahawa mereka masih kuat dalam merencana untung nasib seseorang di dalam Pas. Bagi Husam Arif dan Nik Abduh menggugat pengaruh beliau ke atas Nik Aziz.

Mengapa PMBK bayar gaji Syed Azidi sedangkan beliau bekerja untuk Husam? Gaji wakil rakyat pun sekadar RM 7 ribu sebulan mengapa Syed Azidi dibayar gaji begitu tinggi hanya untuk menulis blog memuji dan memuja Husam? Arif sebelum ini pun merestui perlantikan pegawai media beliau Syed azidi walaupun gajinya di bayar oleh PMBK berjumlah RM 15 ribu sebulan.

Syed Azidi adalah Trojan Horse Husam dan Anwar untuk melemahkan kedudukan kaum keluarga Nik Aziz. Perletakan jawatan Ariffahmi merupakan satu kejayaan kepada Husam dan Anwar. Namun tanpa mereka sedari kejayaan tersebut hanyalah satu pertarungan kecil. Belum tentu mereka akan menang dalam perang besar kerana kumpulan yang kecewa dengan Pakatan Rakyat dalam makin membesar setiap hari.

Nik Aziz mahukan DS Najib dan Umno dikenakan musibah jika tidak memberi duit royalti minyak kepada Kelantan.Ini perangai standad Nik Aziz, sengaja menimbulkan kontrovesi untok mengalih pandangan bagi mengurangkan kebencian kepada pas. Isu penajaan duit rasuah bagi mengerjakan fardu haji, perlantikan menantu sebagai CEO dalam PMBK, krisis dalaman yang pas Kelantan hadapi dan yang paling menakutkan Nik Aziz adalah desakan keatasnya melepas jawatan dalam pas dan MB Kelantan.Nik Aziz ternyata hilang arah bila dengan sengaja menimbulkan ceriter dengan menyalahkan "kolonel mat" cuba menjatuhkan kerajaan kepimpinan pas di Kelantan. Belum pun reda, pada hari raya haji yang baru lepas dalam kutbah Nik Aziz membangkit kembali soal duit royalti minyak walaupun DS Najib sudah meluluskan dengan mengantikan dengan duit ehsan sebanyak 1bilion kepada Kelantan.Nik Aziz cuba mengajak rakyat membecikan kerajaan, rakyat sekarang tidak bodoh lagi. Kelantan walaupun dibawah kerajaan pas, dalam RM ke9 Kerajaan pusat telah pun meluluskan sebanyak 7billion kepada Kelantan.

Kepincangan terserlah gila kepada kuasa, kalau dahulu beliau mendesak Tun M meletak jawatan kerana sudah tua dan nyayuk. Lantang mengkritik Pak Lah kononnya lemah. Menuduh dan mengata kepada Berahim Ali makan duit haram kerana bertanding atas tiket bila menang menyokong dasar2 Umno.Mendesak supaya mengadakan EGM bagi menyingkir pemimpin "dua kerat" dalam pas yang menyokong UG Umno-Pas pemimpin yang dimaksudkan itu adalah presiden dan timbalan presiden pas sendiri.Menyokong plan pembohongan besar Anwar sekaligus menyelar Mustafa Ali dan Haji Hadi kerana menghalang plan 916 Anwar ke Putera Jaya sebagai PM.

Berita dari Kota Darulnaim - Pagi tadi, beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan itu dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK). Difahamkan ia turut disertai kumpulan ahli-ahli Pemuda dan Puteri Umno. Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota- anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut.

"Nik Aziz juga sudah terlalu lama memerintah sehingga berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," kata Che Johan lagi. Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi terhadap kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion. Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.

Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran JRPK.

Rancangan mengadakan demonstrasi itu dilaporkan disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam.

Malaysiakini

P/S :
Kini, sebilangan besar rakyat Malaysia menyuruh Nik Aziz meletak jawatan sebagai Musyidur Am PAS dan Menteri Besar Kelantan demi menjaga kesucian islam, perpaduan ummah, kekuatan bangsa melayu dan menjaga keamanan negara. Tok Guru pondok Genting pun sudah berkata bahawa akidah Nik Aziz sudah lari dari perjuangan islam yang sebenar!

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, Nik Aziz sudah terlalu nyanyuk..... memang patut pun kalau rakyat Kelantan paksa dia berundur....

Darulehsan said...

apa nak heran dgn golongan minoriti yg mendesak nik aziz meletak jawatan. kalau ada bukti silakan dakwa. saya sentiasa mendoakan negeri kelantan tidak ditadbir oleh bn. walaupun saya bukan rakyat kelantan.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..