ADAKAH PAS KELANTAN SUDAH MENJADI MILIK NIK AZIZ?
Bila pemimpin politik melayu bersemangat dengan lantang mahu memperkuatkan islam dan melayu maka kita terus terpikat dan memberi sokongan kepadanya. Umno dan pas mewakili politik terbesar orang melayu. Kedua2 parti tersebut ditubuhkan bertujuan bagi memperkuatkan islam dan melayu, tetapi sejauhmanakah kebenarannya? sama2lah kita menilainya. Tidak kurang juga dikalangan pemimpin politik melayu menggunakan melayu itu sendiri untok mencapai cita2nya. Asalkan cita2nya berjaya, apa nak jadi kepada islam dan melayu itu belakang kira.
Suatu ketika dahulu Tun Mahadhir menatang Anwar bagaikan minyak yang penuh, mengangkat dan menjujung seterusnya diberi jawatan TPM diatas sikap kelantangannya membela melayu dan islam di negara ini. Jauh sekali untok Tun Mahadhir mendoakan kepada Anwar seperti yang Nik Aziz lakukan terhadap DS Najib. Nak Aziz bertindak bukan setakat itu sahaja, beliau juga mengajak rakyat Kelantan supaya mengaminkan doa musibahnya itu. Sebaliknya juga Allah tetap menghukum Anwar secara tunai diatas sikap buruknya itu.
Kalau dahulu Anwar berjuang memperkuatkan islam dan melayu dalam Umno, tetapi sekarang Anwar bersama pas pula berjuang perkuatkan islam dan melayu. Hari ini Anwar melaung2kan kononnya perjuangan Umno selama ini tidak berjuang untok islam dan juga melayu. Tetapi sejarah Anwar kita masih ingat, bukan beliau yang meninggalkan Umno kerana keburukkannya sebaliknya beliau meninggalkan Umno kerana dibuang kerana sikap buruknya sendiri.
Islam dan melayu akan hancur jika kita terus memberi sokongan kepada Anwar, Nik Aziz dan kuncu2nya. Nik Aziz dan juga pemimpin pas yang lain lebih kepada menggunakan agama untok mengelirukan umat islam dan Anwar menggunakan PKR untok melengkapkan kuasa. Pas dan DAP boleh bersama dalam Pakatan Rakyat sedangkan pas suatu ketika dahulu pernah mengkapirkan Umno semata2 kerana bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN. Melayu akan hilang kuasa dengan sendirinya jika kita terus memberi sokongan kepada pakatan rakyat. Anwar memang pandai dan bijak, dalam satu jam beliau boleh tabur bermacam2 janji, dengan DAP beliau berjanji lain dan dengan pas beliau boleh berjanji lain tanpa memikirkan nasib islam dan melayu dimasa akan datang.
Dap sekarang sudah berani mempersendakan pemimpin melayu. Pemimpin DAP bertindak mengaibkan dengan memijak gambar wakil rakyat bebas(melayu), menghina intitusi raja, menyamakan islam dengan agama lain. Sebaliknya Anwar selaku penasihat pakatan rakyat diam membisu tindakan biadap DAP tersebut. Nik Aziz pula bertindak terang-terangan menghina Umno. Cara tindakan dari kenyataan mengarut Nik Aziz amat bahaya kepada umat islam itu sendiri, berkatkah Nik Aziz? kalau berkat masakan negeri Kelantan jauh ketinggalan kemiskinan dari negeri lain. Kadar jenayah, penyakit aid dan sosial tinggi berbanding dengan negeri lain.
Kerjasama Umno-pas suatu ketika dahulu, siapa yang kuat menentangnya? siapa lagi kalau tidak Nik Aziz dan Hussam Musa. Perkara ini tetap tercatit dalam sejarah tanah air. Andaikata islam dan melayu dimasa hadapan di negara ini hancur kumpulan inilah yang bertanggongjawabnya. Hari ini jika kita terbaca kesah perpaduan dalam blog Hussam, terasa pula kepelikkannya. Hussam mengatakan kita sesama islam dan melayu adalah bersaudara, umpama adik dengan abang. Sedangkan orang yang paling tidak setuju dan lantang menghalang idea perpaduan Umno-pas suatu ketika dahulu adalah geng Hussam sendiri. Kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menguriskan perasaan presiden dan timbalan presiden pas dimasa itu. Sampai Nik Aziz sanggup mendesak suapaya EGM diadakan bagi membersihkan pas dari "Pemimpin dua tiga kerat" tersebut.
2 comments:
salam pakmie
kalau tidak kerana anwar aljuburi, tidakkan ada watak2 spt kor ming, ngeh, hindraf & sebagainya
KUNJUNGAN WIDA' KE MASJID AL-FALAH USJ 9
OLEH AL-MUKARRAM AL-QARI
SYEIKH MUHAMMAD JIBREL AL-MISRI
Setelah beliau berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan ibadah Qurban di Masjid Al-Falah ini pada hari Tasyriq yang lalu dan bersama-sama meraikan majlis tersebut di sebelah malamnya, maka beliau sekali lagi mensudikan diri bagi merapatkan silaturrahim dengan warga MAF sekaligus mengakhiri percutian beliau di negara ini selama 2 minggu yang lalu. Sebagai wida' buat kali ini, beliau akan berada di MAF,
.
pada:
Khamis 10 DISEMBER 2009
bersamaan
23 ZULHIJJAH 1430h
selepas solat Maghrib.
.
Kehadiran Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai.
http://pondokhabib.wordpress.com
Post a Comment