Followers

Monday, December 14, 2009

PEREBUTAN KUASA MELEMAHKAN PERPADUAN ISLAM

Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi.
''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam.
''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka.
Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindakan yang hanya akan lebih melebarkan lagi jurang perpecahan tersebut.
Tegas beliau, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.
''Manusia ini akan jadi melampau kerana mereka berasa mereka kuat. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini.
''Jangan biarkan perpaduan kita lemah kerana terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan pujian-pujian yang ada muslihat lain," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap orang Melayu yang terlalu berlembut menyebabkan pihak-pihak berkepentingan tersebut semakin berani.
Utusan online
Ulasan
Perpaduan melayu di negara ini diperkotak katik oleh pemimpin melayu sendiri. Demi perebutan kuasa politik pemimpin tersebut sanggup membuat apa sahaja,waima menggunakan agama sekalipun. Sikap kita sahaja yang betul orang lain semua salah, kita dan kumpulan kita sahaja mengikut ajaran islam sebenar orang lain semua islam tiruan.
Mainan agama pendekatan pas mencari pengaruh menyebabkan terlalu sukar untok orang melayu bersatu. Pas sanggup mempolitikkan agama mengikut acuannya. Setiap kali menjelang pilihan raya maka akan terbitlah kenyataan2 yang mengelirukan tentang islam dari pemimpin2 pas. Masyarakat terus berpecah, keluarga dan sanak saudara tidak bertegur sapa.
Biasanya kenyataan2 yang menggelirukan umat islam yang di keluarkan oleh pemimpin pas mengikut keadaan masa dan ia sering berubah2. Kalau dahulu pada tahun 1990 semasa pilihan raya Umum pas menggeluarkan kenyataan undi Umno adalah kapir sebab Umno bersama orang2 tidak islam. Pada tahun 1994, dendangan hudud pula berkemandang.
Fatwa2 mengikut citarasa islam sendiri yang sengaja di reka2 semata2 untok mendapatkan pengaruh politik. Orang dalam barisan tidak boleh jadi iman, sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan dan macam2 lagi menyebabkan bercerai berai kasih sayang anak dengan ibubapa kesan dari fahaman politik sempit dikalangan orang melayu. Pemimpin2 pas kena bertanggongjawab perkara ini. Pada hari ini pemimpin pas mengatakan kepada Umno yang membuatkan islam berpecah, apakah cara pembawakan politik pas itu untok perpaduan ummah?

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..