Followers

Friday, December 4, 2009

KERANA HARTA DUNIA - TINDAKAN NIK AZIZ SEMAKIN BERCELARU!

DOA POLITIK DIPAGI JUMAAT - DOA SAMPAI PECAH PERUT JIKA TAK BAGI WANG ROYALTI MINYAK
Perhimpunan auta Nik Aziz berakhir dengan doa pecah perut kepada kepimpinan kerajaan BN kerana tidak memberi wang royalti minyak kepada Kelantan.TPM berkata, kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keIslaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar Mursyidul Am. "Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak. Pakmie pula berkata Nik Aziz bertindak sedemikian sebab SUDAH KESUNTUKAN MASA DAN SEMAKIN TERDESAK. Nik Aziz sunggoh hebat, kehebatannya bermula ketika memegang jawatan MB tahun 1990. Pegang sahaja jawatan MB terus mengarahkan supaya memanggil dirinya sebagai Ulamak. Bermula dari situ maka banyaklah fatwa2 yang telah memecah umat islam di negara ini. Bukan Ulamak untok menguatkan islam tetapi Ulamak untok melemahkan islam itu sendiri. Ulamak kepada kumpulan mereka sahaja, lebih sesuai dengan gelaran Ulamak politik.

Pagi tadi perhimpunan diadakan disekitar Jalan Dato Pati Kota Bharu, kehadiran beribu orang termasuk cina dan India dengan tujuan memberi sokongan moral simpati kepada Nik Aziz kerana tidak dapat menunai fardu Haji pada tahun ini kerana duit dari kontrakter dan simpati keatas pemecatan menantunya sebagai CEO di PMBK. Soal wang royalti tidak timbul sangat pada rakyat Kelantan, sebab sudah diganti dengan wang ehsan. Rakyat lebih memahami selama ini pun rakyat hidup dengan bantuan Kerajaan Pusat. Dalam RM ke9 Kerajaan Pusat memperuntukkan 7billion untok Kelantan.

Hebat Nik Aziz, hebat Anwar Ibrahim lagi tahun 1999. Perhimpunan simpati terhadap Anwar melebihi 200,000 orang. Jumlah yang hadir di Stadium Mohd ke-4 semasa majlis solat hajat kes liwat Anwar-Saiful anjuran pas pada tahun lepas lebih ramai dari perhimpuan pas pagi tadi. Maknanya auta Nik Aziz tidak boleh lagi mengatasi auta Anwar.

Kita jangan bandingkan dengan perhimpuan selasa lalu di depan pejabat MB. Perhimpunan itu yang diakui sendiri oleh Nik Aziz yang mana yang hadir hanyalah budak2 nakal sekadar berkumpul bermain dibawah pokok jati sahaja. Sedangkan perhimpunan yang dianjurkan oleh pas pagi tadi bermula dengan ceramah agama yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri. Perhimpunan selasa lalu terdiri dari rakyat yang prihatin, yang tidak sanggup melihat kepincangan Nik Aziz berterusan diusia yang sudah tua itu sahaja. Nik Aziz berjawatan MB sedangkan DS Najib Perdana Menteri. Nik Aziz juga tidak presiden, kalau dikira percalonan ketika menentang Haji Hadi dimuktamar baru2 ini pun hanya sekadar mendapat satu percalonan sahaja sedangkan DS Najib adalah presiden Umno yang mewakili berjuta rakyat di negara ini.

Lagi pun pemimpin pas pulak ia tidak seperti pemimpin Umno. Kalau pemimpin Umno sibuk mencari jalan untok kebaikan rakyat, pemimpin pas pula sibuk mencari jalan bagi menjatuhkan Kerajaan Pusat. Manakala dikalangan penyokong pula, penyokong pas lebih taksub kepada pemimpin mereka. Apa kata Nik Aziz semuanya dianggap betul, tidak hairanlah pada tahun 2004 Nik Aziz kata Allah pun mengajar mencarut dan pada tahun 2009 Allah pun menyuruh kita memaki hamun orang, penyokong mereka boleh setuju waima kalau Nik Aziz suruh terjun perigi buta sekalipun puak2 ini akan terjun sebab Nik Aziz suruh, begitulah hebatnya Nik Aziz!

P/S : Kerana harta dunia, Nik Aziz sanggup mendoakan sesama islam sampai pecah perut. Pakmie rasa nak tergelak, masok kampong memberitahu rakyat buat apa harta dunia tidak boleh bawa ke akhirat tetapi hari ini lain pulak bunyinya, kalau kerajaan pusat tak bagi wang royalti tersebut nak doa biar pecah perut...rakyat relex aja, dia yang sibuk! apasal? sepatutnya rakyatlah berdemotrasi ini dia pula yang mengarahkan rakyat berdemotrasi so Fikir2kan lah...
Justify Full

2 comments:

Ms Pearl said...

nik aziz terkana penyakit merbahaya

iaitu penyakit over confident and penyakit Riak

too bad takde vaksin for these two penyakit.

Darulehsan said...

Dalam ucapannya TGNA seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, TGNA antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.
TGNA mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.


MUNGKIN ANDA TIDAK DAPAT MEMBACA MAKNA YG TERSIRAT TENTANG DOA NIK AZIZ PADA PERHIMPUNAN TERSEBUT

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..