Followers

Saturday, January 16, 2010

ANTARA NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM

PEMIMPIN PAS DAN PKR BERTANGGONGJAWAB MEMECAHBELAH UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU
Nik Aziz mengecam penulis blog tidak tepat pada masanya. Sikap suka menunding jari menlontar kesalahan kepada orang lain ini menyerupai gaya Anwar Ibrahim. Tiada bezanya seorang yang berstatus ulama dan tok guru dengan seorang yang dituduh peliwat tersebut. Kalau Anwar terkenal dengan seorang yang bijak mencipta isu untok mengalih pandangan rakyat dalam masa yang sama memanipulasi isu tersebut supaya rakyat membenci kerajaan manakala Nik Aziz pula pakar dalam mengisi ruang kelemahan pemikiran seorang islam.

Semenjak bila pula Nik Aziz pandai mengecam penulis blog? dan blog siapa yang Nik Aziz kecam? Peranan penulis blog yang pro-pembangkang menyumbang kejayaan besar pembangkang dalam PRU12. Bukankah penulis blog kickdeffela pernah dipuja diangkat dan dijujung kerana berperanan menghentam kerajaan dibawah pimpinan PM Paklah? Tetapi blog tersebut pada hari ini dicop celaka oleh Nik Aziz kerana membongkar rashia penyelewengan dalam PMBK dan kerajaan pimpinan Nik Aziz. Syukur alhamdulilleh tidak payah pemimpin Umno bersusah payah mencerita keburukan pas, pekongnya didedah sendiri dikalangan mereka. Allah itu maha berkuasa, semenjak doa pecah perut Nik Aziz satu persatu keburukan pas dan pentadbiran Nik Aziz dilondeh yang hebatnya dilondehkan oleh rakan rapat kesayangannya sendiri Hussam Musa. Semasa Nik Abduh membuat menulis dalam blognya menyatakan penulis blog pro-pas suka memfitnah suatu ketika dahulu semua pemimpin pas diam membisu. Tentang kapak melayang kickdefella pun Nik Aziz diam tetapi bila pendedahan kickdefella terkena batang hidungnya sendiri terus mengecam penulis blog dan celako.

Kenapa Nik Aziz tidak mengecam penceramah2 pas yang suka memfitnah kerajaan UmnoBN? kenapa penulis blog sahaja yang dikecam? tentunya kita semua sudah dapat mengagak. Kenapa Mohd Sabu dianggap oleh Nik aziz sebagai seorang penceramah hebat? Tidak payahlah Pakmie memberitahunya disini, pergilah sendiri mendengar ceramah beliau, kalau tidak memburuk kerajaan dalam ceramahnya itu bukanlah mohd Sabu namanya. Irama hudud dendangan Mohd Sabu suatu ketika dahulu sewaktu beliau bersama pemimpinan kerajaan negeri Kelantan mengangkat namanya antara penceramah yang paling top ten dikalangan penyokong pas. Nik Aziz sendiri mengakui Mohd Sabu memiliki kepetahan bercakap yang luar biasa dianugerah oleh Allah. Mohd Sabulah yang menjulang dan meletak nama al-juburi kepada Anwar Ibrahim sehingga kekal sehingga hari ini. Tiada apa untok kita berikan kepada mereka berdua ini kecuali sekadar tahniah kepada Mohd Sabu dan tahniah kepada Nik Aziz...

Kita masih ingat Anwar mengabui mata masyarakat dengan penubuhan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September 2008 dan serangan terhadap Biro Tatanegara (BTN).Isu 16 September dicipta bagi mengalihkan perhatian terhadap pertentangan pendapat di kalangan PKR negeri berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain. Sementara itu, isu BTN pula untuk mengalihkan perhatian masyarakat menjelang sebutan kes liwatnya.Sebelum perbicaraan kesnya pada 1998 bertindak dengan menyerang dan melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai 'Mahafiraun' dan 'Mahazalim', akhirnya rakyat lebih banyak bercakap tentang itu berbanding dengan perjalanan kes beliau.Ketika dalam penjara menuduh kerajaan mengenai penggunaan racun arsenik kononnya untuk membunuhnya. Anwar terlalu bijak dan berjaya simpati dari rakyat menyebabkan dalam PRU tahun 1999 kekalahan teruk kerajaan UmnoBN. Soalnya sekarang benarkah kenyataan Anwar itu? kalau benar rasanya sudah lama Anwar mati kerana kesan keracunan tersebut. Apakah Anwar akan mencipta satu lagi isu baru menjelang tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini?

Kedua-dua pemimpin tersebut seharusnya ditolak. Nik Aziz mengakui kerajaan negeri kerugian keseluruhan berjumlah RM50 juta kerana kesilapan perhitungan CEO PMBK.Kesilapan kerana teknikal...bila masa Nik Aziz ada kesilapan?mudah pula dia mengakuinya, sedar pula dia. Tetapi kenapa kalau bersabit dengan Umno Nik Aziz tidak boleh maaf? Sedangkan kerajaan pusat melibatkan perbelanjaan berbillioan ringgit dan kerajaan negeri Kelantan cuma melibatkan 400juta sahaja pun Nik Aziz tidak mampu mentadbirnya. Kerajaan kelantan dibawah Nik Aziz ternyata tidak mampu dalam dua perkara besar, pertama peyatuan sesama islam dan kedua pentadbiran yang lemah kerana telalu banyak bermain politik! Kita semua tahu bagaimana Nik Aziz dan Anwar menangani penggunaan nama Allah oleh bukan islam. Usaha Kerajaan Umno bagi menghalang nya tidak disokong, sebaliknya menganggap Umno yang salah. Islam pada pas hanya make-up sahaja, untok dilihat cantik dan menarik supaya orang tertarik sedangkan dikalangan pemimpinnya mempunyai seketul hati yang gelap...

4 comments:

sesenang sesuka said...

1. Wahai rakyat Kelantan, sedarlah selama ini kamu semua tertipu dek mainan PAS. Sekarang sudah jelas PAS tidak tahu mentadbir, inikan pula teringin hendak mentadbir sebuah negara.

2. Bagi penyokong PKR pula, cuba fikir sejenak. Kenapa Saiful dan Najib sanggup bersumpah di masjid sedangkan bapak syaitan Anwar tidak berani. Jika dia berani bersumpahlah dimana-mana masjid. Tunjukkan dia benar. Ini tidak buat dalih, tangguh, gunapakai nama ulama dan akhir sekali gunapakai juga mahkamah syariah. Apa nii..........

Unknown said...

Ha ha ha kita tunggu pilihanraya nanti..hahahaa

perkasan said...

jange jadi lembu kena cucuk hidung...sampai makan rumput yang kering...puak ni, bak kata pepatah basuh berak tak sendiri tak cuci dah cuba basuh berak org lain.

Unknown said...

Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.


Sekian, Salam Ikhlas dari,
UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..