Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR
DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini, untuk meraih perhatian rakyat.
Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor 2010, akibat tindakan yang disifatkan:
“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.
1 comment:
Salam Ramadhan dan salam ziarah,
Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan pelihara negara kita yang tercinta ini.
Post a Comment