PARTI DOMINAN BN VS PARTI DOMINAN PAKATAN
Pas menolak mahu bersama umno kerana dituduhnya umno kafir, sebaliknya yang terangan kafir konsinten sejak lebih 50tahun dahulu lagi hingga sekarang menentang dasar2 islam di negara ini DAP dipilih sebagai partner kononnya mahu memperkuatkan islam di negera ini. Pas setelah bersama DAP semakin lantang dan sentiasa mencari jalan bagi menyalahkan Umno dalam soal melaksanakan hukum hudud dengan tujuan bagi menutup kelemahan dan ketidaksetujuan DAP tentang hukum tersebut jika PR dapat memerintah. Hukum ini seperti kita tahu setiasa didendang setiap kali menjelang pilihan raya sejak dari tahun 1990 hinggalah sekarang. Namum pada hari ini tektik mainan hukum hudud pas untok menarik undi orang islam agak lesu dan terbatas tidak seperti sebelum ini. Ramai orang islam sudah mempertikaikan benar atau tidak pas mahu melaksana hukum hudud tersebut. Kalau pas iklas benar2 iklas memperjuangkan hukum tersebut kenapa pas memilih DAP tidak Umno?
Setelah keputusan pas bersama DAP menampakkan kepada kita sirip pas sebenar, kemana halatuju pas dan apa kehendak dan cita2 pemimpin pas . Bila kita perhatikan kenyataan dari beberapa pemimpin besar pas sendiri yang cuba menegur pas dari dalam sebelum ini ada benaranya. Tertapi pemimpin tersebut sudah dibuang dari pas sekarang. Kalau kita perhatikan terlalu besar kesalahan Hassan Ali menegur pas berkaitan dengan islam, raja2 dan kasih kepada negara. Pas sebelum ini tidak pernah kita mendengar menguhukum ahlinya sebaliknya kes Hassan Ali dibuang tanpa pembelaan sebenar seolah ada kuasa lain yang memcampor urusan dalaman pas itu sendiri.
Baca pula disini...
Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.
"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.
"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.
P/S- Sudah jelas kepada kita melalui fakta haram umat islam di negara ini menyokong dan mengundi DAP. Bagi pas jika mahu dan memilih bersama DAP ia akan tetap menerima padahnya dari Allah SWT. Perjuangan pas semata2 mahu kepada kuasa, pergunakan islam bukan untok menegakkan islam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment