Followers

Friday, November 23, 2012

DOA HANCUR SESAMA ISLAM : ADIK KURANG WARAS ATAU KARPAL SUDAH BERJAYA MENG DAP FIKIRAN NIK AZIZ ?...



ISLAM terus menjadi mainan Pas. Parti itu semakin lama semakin tegar mempolitikkan agama demi matlamat mereka membantu DAP dan PKR ke Putrajaya. Semakin dikecam masyarakat, semakin galak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya memanipulasikan agama.
Kali inI, Pas meminta doa  agar Allah  SWT menjahanamkan UMNO dan BN  sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun,  Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,  sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan  Muhamad IV, Kota Bharu, beberapa hari lepas.
Doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu  adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah  bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta  negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf  negara Islam paling maju dan komprehensif di  bawah pentadbiran kerajaan sekarang. Berikut adalah teks doa tersebut;

 Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini.

Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.

Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.

Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.

Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN

Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..