Followers

Thursday, February 5, 2009

AGAMA ISLAM DIHINA LAGI

Akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam – menyamakan perkataan “Tuhan” dengan “Allah” dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia – yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita – mempertahankan nama Allah.


Kini Bloggers hendaklah mengeluarkan pandangan dan mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam (tidak kira dari mana-mana parti politik) harus bertegas dan serius mempertahan agama Allah ini dari terus diperlekehkan oleh pihak yang berniat jahat.


Nampaknya semakin biadab serta berani mereka menghina agama kita. Suatu ketika dahulu, nabi junjungan kita juga menerima nasib yang sama, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar karikatur Nabi Muhammad SAW - satu penghinaan yang sangat jelek dan kurang ajar. Kali ini - wujud segolongan lagi yang cuba menghina dan menyamakan Allah dengan takrifan "Tuhan" yang mereka fahami. Sangat berani mereka mempermainkan nama Allah secara terang-terangan. Dan kini, nama Allah pula menjadi sasaran mereka. Kebiadaban ini tidak boleh dibiarkan lagi. Ayuh! mari sama-sama kita protes dan pertahankan Tuhan dan Nabi kita!


Kerajaan harus bertindak segera,

1. Tutup penerbitan akhbar Herald Catholic dengan segera.

2. Gunakan ISA kepada mereka yang jelas berniat jahat dan mempunyai agenda menghancurkan Islam.

3. Satukan umat Islam di Malaysia dalam menentang penghinaan tersebut.


4. Gubal undang-undang anti-Penghinaan Islam dengan segera. Pastikan hukuman yang berat ke atas mana-mana pihak yang cuba mencemarkan kesucian Islam.


5. Kerah dakwah dan penerangan Islam secara besar-besaran di seluruh negara, agar masyarakat bukan Islam memahami Islam secara dekat dan betul - lakukan "target" atau sasaran dakwah dalam bentuk jangka masa, seperti sebulan, setahun dll, dari aspek jumlah sasaran kemasukan orang bukan Islam ke dalam agama Islam (bukan paksaan).


Makanya, selama ini, para da'i atau pendakwah tidak meletakkan sasaran terhadap berapa ramaikah yang mereka mahu dalam tempoh setahun atau sebulan untuk orang bukan Islam menganut agama Islam. Kita hanya berserah semata-mata tanpa ada sasaran dan target. Kita bijak dan pandai berdakwah tetapi tiada strategi. Kita menjadi lemah juga disebabkan cara kita berdakwah tanpa menyusun dan mempunyai strategi juga sasaran kerja.



"Kejahatan yang disusun dengan baik, mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun" - kata-kata Saidina Ali.




No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..