Followers

Monday, February 9, 2009

SIRI 1 : SUDAH TERLAMBAT TAPI BELUM TERLEWAT

Ada juga dikalangan golongan penyokong parti pembangkang mengatakan jalinan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan rakyat tidak kekal lama. Golongan ini mungkin lebih terbuka agaknya berbanding dengan penyokong yang ada dalam parti itu. Dalam dalema yang dihadapi oleh pakatan rakyat hari ini menampakkan golongan ini lebih rasional ada pro dan kontranya dalam memberi pandangan masing-masing. Terutamanya bermulanya isu kejatuhan kerajaan pakatan pimpinan MB Nizar di Perak, kebiadaban Karpal Singh dan nasib parti yang pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim itu.

Kalau dilihat sejarah awal penubuhan PR adalah selepas PRU12 iaitu bulan april 2008. Pakatan ketiga-tiga parti politik itu bagi mencukupi kerusi DUN supaya dapat membentuk kerajaan yang sebelumnya dikuasai oleh Umno BN (kecuali Kelantan). Hasil daripada pakatan itu 5 negeri di Malaysia jatuh kepada parti pembangkang. Elok jugalah sekurang-kurangnya boleh dijadikan rule model kepada negeri-negeri lain dibawah kusaan BN. Dalam Parlimen juga pembangkang dapat mengurangkan majoriti 2/3 BN mengusai kerajaan pesekutuan.

Golongan ini suka memerhati dari jauh gelagat pemimpin yang ada tidak kira dari mana-mana parti dalam Negara. Sikap suka menganalisis dan tidak fanatik menyebabkan golongan ini lebih berilmu dan lebih tepat dalam membuat analisis bagi menentukan halatuju pemimpin dalam parti yang mereka wakili.

Kekecewaan kerajaan Umno BN dalam menangani isu-isu besar dalam negara disemak sebaik mungkin. Mana-mana pemimpin yang tidak berupaya dan tidak sepatutnya dikekal lagi dalam Bahagian tetapi masih tetap diberi kuasa. Ini menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakyat kepada Kerajaan. Biasalah dalam politik, permasalah yang timbul bersabit dengan politik akan diselesaikan digelanggang politik juga. Inilah yang menyebabkan lahirnya berbagai golongan dalam bahagian. Walaupun pada hakikatnya mereka tetap Umno dan sayangkan perjuangan tetapi sebaliknya apa yang berlaku mengundi pembangkang dalam PRU12 dan dikedua-dua PRK yang lepas.

Sebab itulah dihari ini rakyat dalam negara tidak mengambil peduli sangat tentang apa pembangkang lakukan dikelima-lima negeri tersebut. Rakyat marhein tahu, cuma hati nya belum terubat lagi dek kealpaan dan kerakusan kuasa pimpinan dalaman Umno BN itu selama ini. BN tetap lagi berkuasa dalam negara walaupun ia sebenarnya adalah lemah. Kerana kuasa lajak dalam Umno lah pemimpin-pemimpin melayu masih lagi memerintah negara sehingga hari ini. Sebenarnya dikalangan pemimpim Umno BN sudah tiada jati diri, maruah pemimpin sudah tergadai dan sudah lari landasan sebenar perjuangan parti.

Kalau kita lihat di cawangan, bahagian atau perhubungan negeri di seluruh negara hakikat sebenarnya kualiti Umno sudah pun tidak bermaya. Berapa kerat sangat pemimpin Umno yang benar-benar memperjuangan nasib rakyat khasnya oang melayu? agaknya sudah berapa lama rakyat bersabar dan merintih menunggu pembelaan dari mereka? sudah tentu jika ditanya kepada pemimpin tersebut dia tidak tahu. Sebenarnya, jika pun pemimpin itu berucap berapi-api itu hanya sekadar ucapan sahaja tingkahlakunya amat berbeza. Lama kelamaan rakyat menjadi muak. Apa pun selepas mac nanti keseluruhan kempimpinan dalam Umno harus berubah walau pun ianya tetap terlambat. Marilah kita sama-sama memohon kehadrat Allah SWT walaupun kesedaran itu sudah terlambat agar ianya masih belum terlewat.

Sebagai contoh dalam kehidupan kita seharian, adakala kita berjanji penting tetapi kita terlambat datang kerana disebabkan sesuatu perkara yang kita tidak dapat elakkan. Tetapi dengan berkat pertolongan Allah SWT juga dengan keiklasan da keupayaan kita ia nya tetap juga boleh diatasi, kerana orang yang kita janji itu juga datang lambat dan ada musakahnya tersendiri. Walhal sebenarnya kita sendiri yang terlambat.

Dalam kontak kerajaan dengan pembangkang hai ini begitulah perumpamaannya. Kelemahan yang begitu ketara dalaman parti pambangkang dalam meletakkan Islam, bangsa dan negara dilandasan yang betul di negeri-negeri yang mereka takluki sahaja menyebabkan Umno BN masih ada masa dan boleh membuat alasan kepada rakyat. Andai kata Pembangkang dapat mentadbir dengan baik keatas kelima-lima negeri tersebut sudah tentu rakyat dengan mudah akan beralih keyakinan kepada pembangkang dan sekali gus dapat menghancur terus keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada Umno BN.

Seperti apa yang berlaku di Perak, sekarang BN dapat mengusai negeri itu. Pertukaran kerajaan pakatan rakyat Nizar tetap tersimpan di hati rakyat jika pun tidak dalam Umno BN. Kerajaan BN Perak seharusnya menggunakan pendekatan cara lain untok menambat hati rakyat negeri itu. BN Perak akan menghadapi dua masalah besar, pertamanya BN(Umno) mesti mengatasi kemelut asal BN(Umno) di negeri itu( sebelum kejatuhan MB Nizar) dan kedua BN (Umno) mesti menangani sebaik mungkin perasaan sakit hati rakyat kesan dari pertukaran kerajaan tempuhari. Sejauhmana kejayaan BN mengatasi kemelut dan bahana itu akan terjawab dalam PRU 13 yang akan datang.

Makanya, ketika Umno BN masih boleh bernafas lagi ini baiklah buat pembetulan segera. Disebalik tugas-tugas yang lain ahli-ahli Umno di cawangan jangan pulal dipinggirkan. Pihak pimpinan atasan pusat parti hendaklah selalu memamtau aktiviti-aktiviti dan janganlah serah bulat-bulat kepada bahagian sahaja. Pimpinan pusat jangan hanya pandai mencari pengaruh untok menjaga kepertingan diri semata. Tidak mustahil suatu masa nanti jika Umno tetap juga tidak berubah akan lahir beberapa golongan atau badan NGO (bebas) di Bahagian-Bahagian Umno bagi mengimbangi kuasa mutlak yang diperuntokkan oleh Kerajaan Pusat kepada Bahagian. Golongan atau badan yang selalu memikir yang layak sebagai penonton, tetapi ada pengaruh serta berupaya mengangkat dan menjatuhkan sesaorang pemimpin yang tidak diperlui atau dikehendaki.

Bersambong...

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..