Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.
Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.
Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.
Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.
Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.
Naik ke pentas
Manakala Najib dalam ucapan penggulungannya menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.
Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.
Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.
Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.
"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.
Rapatkan barisan
"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.
Ulasan...
- Syammil said...
petanda bahawa melayu akan kembali bersatu
- PaKMie said...
Salam Syammil dan kwn2...
Allah sdh tunjukkan kpd kita satu persatu. Kini Umno kearah kegemilangannya, kembali sekembalinya bapak negarawan Tun dan kesepakatannya bersama PakLah membantu barisan kempimpinan DS Najib sdh tentu UmnoBN akan dijulang kembali oleh rakyat dinegara ini.Sebaliknya pembangkang akan cuba mengalihkan isu ini dengan mengada2kan isu lain bagi mengalihkan fikiran rakyat. Sdh tentu pembangkang PR akan bertambah lemah. Semasa Umno sdkit lemah PR juga masih lagi tak mampu menawan hati rakyat. Perpecahan dlman PR yg tak menyakinkan rakyat kerana skandal sex dikalangan wakil2 rakyat mereka diSelangor dan Kedah, pentadbiran tak stabil spt diPP yang berakhir dgn pemecatan TKM Fairus menyebabkan UmnoBN masih tetap dihati rakyat. Skrg Umno sdh mengatur tapak kembali dan setiap langkah diatur dgn baik oleh Najib supaya tdk menguriskan hati rakyat, hak2 rakyat dituruti dan dibela - Umno akan utuh dan kuat.
Pas dgn jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Bila Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini. Pembangkang akan ditalkinkan dan bersedialah menggali lubang kubur sdri...
Asalamualaikum dan selamat berjuanag....- Cheguman@Demang Lebar Daun said...
lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.
3 comments:
petanda bahawa melayu akan kembali bersatu
Salam Syammil dan kwn2...
Allah sdh tunjukkan kpd kita satu persatu. Kini Umno akan menempuh kearah kegemilangannya kembali sekembalinya Tun dan kesepakatan bersama PakLah dan bersama barisan DS Najib memeritah negara ini.
Sebaliknya pembangkang bertambah lemah, perpecahan dlman kerana skandal sex, pentadbiran tak stabil spt diPP rakyat sdh mulai muak. Pas skrg sdh jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Jika Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini sebenar2nya...
Asalamualaikum dan selamat berjuanag....
lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.
Post a Comment