Sekali lagi pandangan Nakhoda kapal Mursyidul Am Pas Nik Aziz dirampas. Pandangan Nik Aziz supaya Nizar tidak dicalonkan di Bkt Gantang di ketepikan. Semasa PRK Kuala Terengganu pandangan Nik Aziz supaya memilih Mohamad Sabu sebagai calon juga dipandang dingin dan diketepikan begitu sahaja oleh Pas.
Ternyata sekarang Pas/PKR sudah akur dengan segala kehendak dan keputusan yang dibuat oleh DAP. Putaran jam yang dipakai oleh pemimpin pas sudah berpusing terbalik 360 darjah. Permilihan Nizar sebagai calon P059 Bkt Gantang sudah jelas pada kita DAP sudah dapat mengusai parti itu. Kapal yang di nakhoda oleh Nik Aziz dirampas oleh lanun DAP di Bkt Gantang. Adakah Kapal yang di nakhoda oleh DAP itu akan selamat atau tidak kita tunggu selepas 7 April nanti.
Kemenangan pada Nizal tidak memberi apa-apa PERTANDA BAIK kepada Pas. Anak-anak kapal yang di nakhoda oleh Nik Aziz sudah mulai goyang, yang lemah semangat sudah mulai mengitai kapal-kapal lain yang agak lebih besar dan selamat untok dinaiki bagi menggelak dari terus terjun kedalam laut yang entah selamat atau tidak yang akan hanyut entah kemana. Apatah lagi jika Nizar tewas, makanya kapal Van der Wick Al-Juburi ciptaan perusak bangsa Anwar Ibrahim akan terus hanyut di lautan Hindi atau terus tersadai di Bkt Gantang... Masa itu Anwar akan mencari fomula baru bagi menyelamatkan dirinya. Adakah Najib terima lompatan Anwar? atau dibiarkan ia terus tenggelam dengan kes liwatnya? atau Anwar akan tenggelam bersama anak-anak kapal bersekali dengan nakhoda barunya DAP?
Nizar menang atau kalah, Pas/PKR tetap akan menghadapi dua perkara;
1. Kapal Nik Aziz telah di nodai oleh DAP
2. Bila kapal Nik Aziz di nakhoda oleh DAP makanya anak-anak kapal yang mudah pening akan termuntah,makanya akan keluarlah segala isi perutnya. Adakah dimasa itu Hj Hadi akan membina kapal baru? atau Anwar sendiri akan membuat keputusan akan menerjun kedalam laut bagi menyelamatkan diri, sama-samalah kita saksikan nanti.
2 comments:
pas semakin lari daripada perjuangan
Salam Azli dan kwn2...
Kita dlm Umno tdk kurangnya ahli2 akademik agama,mufti2 dan alim ulama.
Perjuangan Umnolah perjuangan yg sebenar utk Islam dan org2 melayu di negara ini.
PaKMie juga sependapat dgn saudara Azli.
Post a Comment