Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika harapan Pas itu direalisasikan oleh UMNO, ia akan membantu mengembalikan kestabilan dan ketenangan politik negara.
Menurutnya, penubuhan kerajaan campuran BN dan Pas itu harus diusahakan bersungguh-sungguh berikutan orang Melayu kini telah terbahagi kepada tiga kumpulan.
"Jika 35 tahun dahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Pas boleh bersatu dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN), mengapa tidak hari ini ?
"Mungkin dengan format dan pendekatan baru ia boleh direalisasikan kembali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pas mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.
Muhyiddin juga berkata, cadangan itu harus datang secara rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas sama ada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohamed Mustafa menambah, perbincangan di kalangan pemimpin peringkat tertinggi dari kedua-dua parti perlu dilakukan secara tertutup buat permulaan.
Menurutnya, semua pihak perlu memberi sokongan tanpa prejudis kerana perpaduan dituntut oleh Islam dan ia penting untuk kesejahteraan umat, bangsa dan negara.
Adalah lebih mudah katanya, bagi Pas bergerak bersama UMNO kerana wawasan BN lebih jelas berbanding parti pembangkang lain.
Sementara itu, Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad meminta UMNO lebih berhati-hati dengan agenda Pas.
Menurutnya, kadang kala seseorang pemimpin itu gagal untuk mempengaruhi orang-orang kanan dalam parti dan sebagai jalan keluar membuat isu bagi mendapat perhatian media.
"UMNO memang terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertainya bagi membuktikan ia kukuh dan mendapat sokongan rakyat," jelasnya.
Menurutnya, cadangan Pas membentuk kerajaan campuran dengan BN itu hanya sebagai retorik, tidak serius dan hanya timbul mengikut keadaan politik semasa.
Utusan Online.
Ulasan..
- The Kin'Xp said...
Nice pages!
we like your blogging style and we want to advice your blog.
If you want us to link your blog in our site,
put us in your blogroll and
1.send us your site/blog address;
2.send us a representative image of your blog (if you have one);
3.send us a detailed description of your site.
we would be honored to advice your blog on our blog and give you some
tips to empower your site!
keep on with your great work!
ilinkyoursite staff
"I link your site"- TokMudim said...
PAS boleh berkerjasama dengan DAP. Kenapa tidak dengan UMNO...ni bisa diatur dimana ada kkemahuan disitu ada jalan.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
4 comments:
Nice pages!
we like your blogging style and we want to advice your blog.
If you want us to link your blog in our site,
put us in your blogroll and
1.send us your site/blog address;
2.send us a representative image of your blog (if you have one);
3.send us a detailed description of your site.
we would be honored to advice your blog on our blog and give you some
tips to empower your site!
keep on with your great work!
ilinkyoursite staff
"I link your site"
PAS boleh berkerjasama dengan DAP. Kenapa tidak dengan UMNO...ni bisa diatur dimana ada kkemahuan disitu ada jalan.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
"UMNO memang terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertainya bagi membuktikan ia kukuh dan mendapat sokongan rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, jika Pas benar-benar ingin membantu orang Melayu, mereka sepatutnya tidak keluar daripada BN setelah menyertainya pada 1974".
betul ke pas yg keluar dari bn ataupun ditendang keluar? kerajaan campuran boleh wujud sekiranya pas dan umno sanggup mengetepikan kepentingan politik masing-masing. bersatu kerana umat islam dan orang melayu.
Buang 'karan' jer... kerjasama ngan UMNO
Post a Comment