Barisan Nasional terutamanya Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata selain itu, strategi, integriti dan kredibiliti parti perlu ditingkatkan bagi menarik perhatian rakyat.
"Masalah kita adalah kita benarkan persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kita berpanjangan. Bila dah berakar umbi, lebih susah untuk kita keluar dari keadaan itu," katanya pada sidang media di Angkasapuri di sini.
Syed Hamid berkata pewujudan pasukan perang psikologi juga boleh mematangkan parti dan menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap parti.
"Apabila ada sesuatu yang berlaku mesti ada tindakan pantas yang akan menghilangkan dan meredakan persepsi yang salah terhadap kita".
"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya.
BERNAMA
Pandangan dari rakan2...
- Darulehsan said...
"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya. Syed Hamid la yg cakap.
dah ada Shabery Cheek pun masih lemah lagi ke?- Toksedang said...
Hehe....betul kata darulehsan tu. Umno tdk bertdk bls itu menyebabkab org terkeliru seolah2 ia nya betul...
Kelemahan ketara semasa menghadapi pilihanraya...
2 comments:
"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya. Syed Hamid la yg cakap.
dah ada Shabery Cheek pun masih lemah lagi ke?
Hehe....betul kata darulehsan tu. Umno tdk bertdk bls itu menyebabkab org terkeliru seolah2 ia nya betul...
Kelemahan ketara semasa menghadapi pilihanraya...
Post a Comment