Followers

Wednesday, June 3, 2009

NEGARA ISLAM ATAU BERKEBAJIKAN?

KUMPULAN INI MENCIPTA DUNIA KEKEBALANNYA SENDIRI

Dalam PR ada satu kumpulan kononnya memperjuangkan anti korupsi, kebebasan media dan kebebasan bercakap. Sebaliknya, kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan Kerajaan BN menggunakan elemen-elemen ini untuk menarik sokongan rakyat.

Sebahagian mereka membenci BN kerana mahukan kesamarataan. Mereka ini tidak lagi mahu mendengar sebarang penjelasan mahu pun sebarang kebenaran jika ia berpihak kepada kerajaanBN.

Sebahagian yang taksub hanya mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri demi habuan dan keuntungan material dan politik. Mereka juga akan menyalahkan semua orang kecuali Anwar Ibrahim.

Cadangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008,sikap kumpulan ini dapat kita lihat dengan jelas. Mereka bersorak dan bergembira melaungkan slogan bahawa era baru permulaan demokrasi, dunia yang lebih terbuka, kerajaan yang adil, anri korupsi, freedom of speech dan kebebasan media.

Mereka tidak pernah menimbulkan isu moral mahu pun prinsip demokrasi ketika Anwar berusaha menarik Ahli Parlimen BN berhijarah ke PKR. Mereka juga mengangkat wakil rakyat Bota, YB Nasaruddin sebagai pejuang rakyat, wira demokrasi apabila beliau melompat dari BN ke PKR.
Pelik kumpulan ini hari ini memaku hamun Sultan, Mahkamah dan BN kerana ada 3 orang ADUN mereka keluar dari PKR dan DAP menjadi ADUN bebas di Perak. Maka mereka mula bercakap kononnya rakyat memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat ini atas lambang parti mereka dang menggesa diadakan pembubaran DUN pula.

"Inilah ahli-ahli politik bertaraf "pariah" dalam sistem demokrasi. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin besar. Jika mereka menang mereka bersorak gembira. Jika mereka berkuasa mereka berhak memegang kuasa. Apabila orang lain berkuasa maknanya ada penipuan atau salah guna kuasa".

Demikian juga jika mereka menuduh pemimpin UMNO rasuah maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memastikan orang ini bersalah. Jika pemimpin BN yang mereka tuduh tidak bersalah ini bermakna SPRM menjadi alat atau komponen BN.

Namun jika SPRM menyiasat kes pemimpin mereka, dengan cepat mereka mendakwa SPRM menjadi alat BN. hakikatnya lebih ramai pemimpin BN yang didakwa rasuah oleh SPRM berbanding pemimpin mereka tidak mereka pedulikan.

Ada lagi alasan mereka. Jika ada mana-mana pemimpin BN yang didakwa maka mereka membuat pula "fatwa" baru. Ini semua kerana pemimpin tersebut sudah tidak dikehendaki oleh pemimpin utama BN. Sebab itu orang itu kena. Mereka tidak peduli jika BN memang mengenepikan orang ini kerana ia telah melakukan kesalahan dan akan diambil tindakan. Jika perkara yang sama berlaku dalam parti mereka "sebesar bangkai gajah" pun masih mereka mahu menutupinya bahkan memuliakannya pula. Rasuahpolitik dalam Pas yang didedah mana ada sesuatu tindakan yang telah diambil oleh pehak mereka. Kes bogel Eliza berlalu begitu sahaja sedangkan foto bogel Eliza dan skandal dengan pasangannya tersebar luar keseluruh tanah air, dibuktikan dengan ulasan-ulasan yang jelas dilaman-laman web tidak diambil kira. Sebaliknya Umno pula yang dipersalahkan dalam kes-kes seperti itu.

Jadi bagi kaca mata mereka SPRM hanya bebas jika semua pemimpin utama BN didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah.

Anwarisme sudah diamal oleh Anwar sejak berada di dalam UMNO dahulu. Anwar mewujudkan keadaan bahawa hanya beliau yang bersih, baik, jujur dan berkebolehan. Sebarang tuduhan atau dakwaan ke atasnya adalah berniat jahat, direka-reka sengaja untuk menghalang usaha beliau melakukan penerapan nilai-nilai Islam (pada tahun 80-an dan awal 90an) dan pembaharuan masyarakat madani/civil society (pada akhir 1990an.) dalam UMNO dan kerajaan.

Pakmie masih ingat Anwar sebagai pejuang Islam nombor wahid dalam UMNO, ABIM dan di kalangan cendekiawan Islam pada 1980an tidak berani sama sekali menyahut cabaran penulis politik Yahya Ismail untuk bersumpah bahawa Anwar tidak pernah menerima wang hasil dari syarikat judi untuk kerjaya politiknya.

Anwar menggunakan pelbagai alasan agama untuk mengelak cabaran tersebut.

Apabila beliau sekali lagi tersepit pada tahun 1997 dan 1998, beliau menggunakan segala pengaruhnya untuk mempengaruhi beberapa pegawai polis agan "gempaq" saksi-saksi dalam kes liwat dan koruspi beliau. Dalam masa yang sama beliau mula menjual mantera-mentera yang sedap di halwa telinga orang ramai dan barat.

Beliau bercakap soal anti kronisme (walaupun penyokong beliau paling banyak mendapat projek) dan nepotisme (walaupun IOI dianugerahkan 3/4 Puchong untuk dibangunkan kerana bapanya dilantik peengerusi di situ) dan kebebasan merdia (walaupun beliau menguasai hampir keseluruhan media utama negara ketika itu kecuali surat khabar NST dan RTM).

Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang berkebolehan bercakap lain dan buat perkara yang bertentangan sama sekali dengan apa yang beliau cakap dan masih mampu meraih kepercayaan ramai orang yang meliaht secara luaran semata.

Mungkin jalan terbaik untuk SPRM ialah jangan mengambil peduli apa sahaja laporan dan dakwaan mengenai korupsi kumpulan Anwar ini kerana mereka semua merupakan kumpulan manusia yang maksum dan tidak berbuat apa-apa salah sebab kumpulan ini membina kekebalannya sendiri.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..