Followers

Monday, June 1, 2009

PENANTI : PERCATURAN POLITIK BN YANG BIJAK MENYEBABKAN BANGKAI TIPU DAYA PKR TERUNGKAI.

INTIPATI SEBENAR RAKYAT SUDAH SAMPAIKAN DUA MESEJ YANG JELAS

Jumlah peratusan mengundi yang kecil dicatatkan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan mesej 'protes' yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan mereka.

Keputusan itu juga memberikan pengajaran paling berguna kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak memaksa rakyat mengikut segala percaturan politik mereka. Sebahagian besar penduduk Penanti tidak keluar mengundi kerana menolak pilihan raya yang sengaja diadakan bagi menyelesaikan masalah dalaman PKR sekali gus menyalahgunakan demokrasi.

keputusan paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini selain membuktikan rakyat sudah pandai menilai permainan politik pembangkang dan tidak mahu terus diperdaya.

''Pakatan ini sepatutnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negara dan macam-macam lagi yang dapat memberikan manfaat".

"PKR menang kerusi DUN Penanti, tetapi kemenangan itu langsung tidak bermakna kerana dari segi moral mereka sudah kalah teruk".

Jumlah undi calon PKR yang merosot sebanyak 1,294 berbanding pilihan raya umum lalu turut membuktikan penyokong parti itu sendiri bosan dengan kerenah politik PKR.

Pengajaran apa yang berlaku di Penanti diharapkan akan menjadi penamat kepada siri pilihan raya kecil yang sengaja diadakan pakatan pembangkang tanpa alasan yang kukuh.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, peratusan mengundi yang rendah itu tidak mempunyai kaitan dengan keputusan BN yang tidak menyertai pilihan raya di Penanti.

Katanya lagi, sekiranya rakyat di kawasan itu merasakan pilihan raya berkenaan penting untuk memastikan nasib mereka terbela, sudah pasti mereka akan tetap menunaikan tanggungjawab.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, walaupun mendapat kemenangan, pakatan pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka mendapat mandat rakyat kerana peratusan mengundi tidak mencecah 50 peratus.

Katanya, jika benar rakyat merestui mereka, sudah tentu undi yang diterima Mansor sekurang-kurangnya akan menyamai undi yang diterima bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

1 comment:

Unknown said...

Tp faktor undi tue pon dibahaskan jugak:

1. Ketiadaan pengundi yg menetap di luar kawasan..xsemua syarikat bagi cuti untuk pengundi balik...even government pon xkan bagi...

2. Boikot hari pengundian oleh penyokong BN..

tp alasan yang digunakan untuk letak jawatan tue mcm xmasuk akal...kenape xboleh pikir sebelum bertanding dulu?atau takut sebab tuduhan rasuah?

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..