Followers

Tuesday, June 9, 2009

JIKA PAS IKLAS PERBETULKAN AKIDAH AHLI-AHLINYA DAHULU SEBELUM MAHU BERKERJASAMA DENGAN UMNO

PEMIMPIN TERTINGGI PAS HARUS PERBETULKAN AKHIDAH DALAMAN PARTI ITU-KALAU TIDAK SEBAIKMANA PUN PERANCANGAN HAJI HADI BERSAMA UMNO TIDAK AKAN BERJAYA BAHKAN LEBIH MELEMAHKAN LAGI ISLAM DI NEGARA INI.

Bila kita sebut perpaduan bermakna sesuatu yang tidak bersatu kita satukan dan perkara yang kusut dan kita leraikan. Kebanyakan bila kita sebut bersatu makanya dalam fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ianya kearah kebaikan, tidak bersatu untuk keburukan. Dalam kebanyakan parti-parti politik ia bersatu untuk menguatkan oganisasinya. Bersatu berkerjasama untuk mencari pengaruh bagi mencapai hasrat tertentu. Untuk mendapatkan penyatuan sesama organisasi tidaklah sesuakar mana sebab ianya sudah mempunyai idealogi yang sama jika dibandingkan dengan penyatuan yang ingin dibuat diantara organisasi-organisasi tersebut.


Cetusan idea ingin berkejasama antara Umno-Pas yang dicetuskan pada dasarnya untuk kearah kebaikan kedua-dua ahli parti. Kebanyakan kedua-dua ahli parti Umno-Pas adalah terdiri daripada kaum melayu yang beragama islam. Disini kalau kita lihat usaha-usaha yang dilakukan adalah semata untuk kebaikan. Tetapi sebut sahaja politik andaian kebaikan itu menjadi pertaruhan untuk menguatkan parti masing-masing. Sejauhmana keiklasan dipertikaikan dan sejauhmana perpaduan ini berkekalan juga menjadi tandatanya. Banyak pehak tidak memahami apakah maksuk perpaduan dan bolehkan perpaduan ini dilakukan jika kedua-dua parti politik itu mempunyai kepertingan dan agenda tertentu.

Kenapa Nik Aziz walaupun kesorangan begitu lantang membangkitkan persengketaan lama antara Pas-Umno bagi menghalang perkara tersebut? Tidakkah hasrat kesepakatan ini untuk berdamai dan masing-masing menlupai kesah-kesah lama seterusnya merancang sesuatu kearah masa depan yang lebih baik?Nik Aziz walaupun diperingkat kefahaman yang rendah dan diawal cadangan lagi dengan lantang menolak cadangan itu tanpa mengambil kira ahli-ahli lain. Dalam kepimpinan dalaman pas sendiri sudah nampak dengan jelas tidak ada kesepakatan bagaimana hasrat kerjasama itu hendak dipanjangkan kepada kepimpinan parti lain yang Pas ada bersama? bagaimana DAP dan bagaimana PKR? Nik Aziz awal-awal lagi sudah memberi ruang kepada kaum lain bagi menghalang hasrat ini.

Kesilapan paling besar Pas adalah parti itu sudah sekian lama menanam semangat kepada ahlinya supaya membenci Umno atau kerjaaan. Pas tidak mengambilkira langsung apa yang akan terjadi suatu masa nanti jika hasrat penyatuan seperti hari ini ingin dilakukan. Kesilapan yang amat besar Pas kepada kaum melayu dan kepada agama dapat dilihat dengan jelas usaha-usaha bagi mengagalkan "kerjasama Umno-Pas ini". Sebaik-baiknya Presiden Pas Haji Hadi memperjelaskan dahulu kepada kepimpinan dalaman parti itu dan seterusnya kepada ahli-ahli pas dibawah dan memperbetulkan kembali akidah ahli-ahlinya yang sudah terpesong jauh terhadap Umno. Beri kefahamnan yang sebenar-benar jelas kepada ahli-ahli nya bahawa tanggapan yang dibuat terhadap Umno selama ini tidak benar dan bagi PaKMie inilah PERPADUAN yang sebenar-benarnya jika Haji Hadi dan kepimpinan Pas lain benar-benar iklas ingin melihat Islam dan kaum melayu berpadu dan kuat di negara ini.

Blogger lebai-mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

June 9, 2009 12:19 PM

Delete
Blogger Darulehsan said...

pak mie, mahadet pun tak sokong cadangan ni. dah nyanyuk jugak ke dia. pak mie hanya pas kelantan yg lebih memahami permainan politik dalam umno ni.

June 9, 2009 10:32 PM

Delete

3 comments:

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Darulehsan said...

pak mie, mahadet pun tak sokong cadangan ni. dah nyanyuk jugak ke dia. pak mie hanya pas kelantan yg lebih memahami permainan politik dalam umno ni.

PaKMie said...

ANWAR SUKA PUSING FAKTA - ANWAR PENIPU TEGAR!!!

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..