Followers

Sunday, April 5, 2009

BAYANGAN NIZAR - KEPALA DAP KAKI PAS TANGAN PKR!



Kerenah Pembangkang dengan tipudaya janji-janji kosong sudah di ketahui umum. Sebijak mana Pakatan tupai yang diketuai oleh Anwar Ibrahim melompat akhirnya terjawab sudah. Anwar tidak jatuh ketanah lagi...tetapi kepala Anwar telah terhimpit dicelah-celah ranting dan dahan pokok dengan kaki nya tergantong kebawah seumpamaan menunggu hukuman mati dengan tidak boleh bertindak apa-apa lagi. Kedua kaki dan tangan diikat dan tak dapat bergerak tetapi dipaksa berlari begitulah keadaan Anwar sekarang.

Apa yang kita tahu peralihan kuasa PM Pak Lah kepada DSN kelmarin telah mengunci seluruh pergerakan Anwar. Ini sudah tentu menambahkan lagi parah dan kesakitan yang ditanggong oleh Anwar selama ini. Kepala dan kaki Anwar yang tergantong sekian lama kesan dari sesumpah 916 itu sudah mulai dikeremun oleh kerengga dan semut-semut mulai mengigit dan memasuki rongga-rongga.

Lakonan kata-kata Anwar masih lagi hebat walaupun kaki dan tangannya sudah diikat, kesakitan jiwa yang kian parah disembunyikan. Debaran hati seupama menunggu saat pergantongan. Dalam kasut Anwar pakai sudah dipenuhi pasir. Dalam telinga Anwar sudah dipenuhi serangga. Bayangkan lah bagaimana keadaan Anwar jika ia dapat berjalan sekali pun. Butiran pasir sudah ada dalam kasutnya? bayangkan lah jika Anwar masih lagi dapat berfikir sekali pun, semut-semuat sudah ada dalam telinga Anwar... hanya Anwar dan Allah SWT sahaja yang tahu keadaan Anwar sekarang ini.


Janji tinggal janji dan terus berjanji itu adalah kerja dan moto Pembangkang yang sudah sekian lama diguna pakai. Hari ini anak murid tua Anwar sudah mulai tunjuk belangnya. Hasil dari pembelajaran pelbagai bahasa dari PAS, PKR dan DAP terbukti kehebatannya sehingga menyebabkan Nizar sekarang sudah mulai isin kerana terlebih ilmu. Pembongkaran penipuan , janji tipu muslihat dan surat-surat cinta Nizar sudah diketahui umum. Pengundi-pengundi di Bkt Gantang kini tidak payah pening-pening lagi memikirkan siapa calon yang paling layak yang harus dipilih dalam pilihan raya pada 7 hb nanti. Para blogger BPN telah menghuraikan satu persatu keburukkan Nizar, sekaligus terjawablah kepada kita semua siapakah Nizar yang sebenarnya.

Macam-macam perkara telah Nizar lakukan semata-mata untok menarik pengundi bagi menyokong beliau, sehingga majlis yang diatur oleh Umno pun Nizar turut hadir dan sanggup merampas mic menganggu majlis untok berucap. Semasa kerja lawatan ke peti undi Kuala Sepetang di bilik gerakan DAP petang tadi sempat lagi Nizar mencari pengaruh murahan dengan cara mengadaikan kepertingan kaum dan agamanya sendiri.

Dalam majlis yang dihadiri lebihkurang 100 orang penyokong DAP itu Nizar dengan bangga dan angkuh sekali memberi jaminan kepada kaum cina DAP jika beliau terpilih dalam pilihanraya nanti beliau akan memberi keutamaan dan hak kepada DAP untuk menerajui Yg Di Pertua Majlis Daerah dan juga kuasa keatas anak-anak syarikat kerajaan negeri. Ternyata Nizar begitu gila kepada kuasa. Patutlah dalam masa 11 bulan Nizar menjadi MB banyak tanah tanah ditukar hak milik kepada DAP. Mahu menambat hati DAP sanggup mengadaikan maruah agama dan bangsanya sendiri. Nampaknya anak murid tua Anwar Ibrahim ini begitu tertekan sekali.

Adakah kepala Nizar juga turut terhimpit bersama kepala Anwar dicelah-celah ranting dan dahan pokok yang kakinya terjuntai tak sampai kebumi dengan badannya dikerumun dan digigit serangga? sama-sama lah kita lihat nanti selepas PM DSN melantik barisan kabinet barunya . Apa yang sudah jelas kaki dan tangan Nizar sudah diikat oleh DAP. Nizar merupakan salah seorang pemimpin tegar DAP yang berjaya Anwar lahirkan. Tugas utama Nizar sekarang bertindak mempergunakan dan menerapkan dasar-dasar DAP kepada kaum melayu di negara ini . Dari ibubapa sampailah ke kanak-kanak supaya bayangan kerakusannya bersama DAP dan Anwar terlaksana. Kalau DSN ada dua negarawan Tun Mahadhir dan Tun Abdullah, manakala Nizar pula ada dua Maharaja, Maharaja pembelit dan Maharaja pengkianat negara.



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..