Followers

Monday, April 13, 2009

KUMPULAN MINORITI PENENTU KEMENANGAN KERANA MELAYU BERPECAH

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata:

"Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.muhyiddin yassin interview 100309 01

"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.

"Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."

Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.

Malaysiakini.

Ulasan...

Blogger wak-labu said...

Kemenangan PAS di B Gantang dan kemenangan PKR di B Selambau tidak bererti parti itu kuat dan mendapat sokongan dari rakyat.

Sokongan kaum cina dan india ini ibarat lalang, sentiasa condong mengikut arah tiupan angin. Sokongan mereka akan berubah dengan sekelip mata jika mereka mahu tukar selera.

Kedudukan kaum ini pada hari ini dalam keadaan sangat beruntung. Kerana 'melayu bodoh' telah berpecah kepada dua kumpulan. Satu sokong kerajaan (UMNO) satu lagi anti-kerajaan (PAS&PKR). Mereka boleh ugut dan demand apa yang mereka mahu dari ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' yang berpecah ini.

Oleh kerana ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' ini inginkan sokongan mereka, maka 'melayu bodoh' ini sanggup berkorban apa saja demi untuk mendapat sokongan.

Akhirnya semua orang melayu akan menjadi hamba kepada kaum yang bijak ini.

April 14, 2009 1:27 AM





1 comment:

wak-labu said...

Kemenangan PAS di B Gantang dan kemenangan PKR di B Selambau tidak bererti parti itu kuat dan mendapat sokongan dari rakyat.

Sokongan kaum cina dan india ini ibarat lalang, sentiasa condong mengikut arah tiupan angin. Sokongan mereka akan berubah dengan sekelip mata jika mereka mahu tukar selera.

Kedudukan kaum ini pada hari ini dalam keadaan sangat beruntung. Kerana 'melayu bodoh' telah berpecah kepada dua kumpulan. Satu sokong kerajaan (UMNO) satu lagi anti-kerajaan (PAS&PKR). Mereka boleh ugut dan demand apa yang mereka mahu dari ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' yang berpecah ini.

Oleh kerana ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' ini inginkan sokongan mereka, maka 'melayu bodoh' ini sanggup berkorban apa saja demi untuk mendapat sokongan.

Akhirnya semua orang melayu akan menjadi hamba kepada kaum yang bijak ini.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..