Followers

Saturday, April 11, 2009

PERSIDANGAN MUFTI - MUFTI & SURAT TERBUKA AHLI BPN KEPADA NIK AZIZ

Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia yang baru lepas telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.

''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.



Di Salin Dari
Blog GAP

kepada
Saudara Nik Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Merangkap MB Kelantan Seumur Hidup
Dan Mursidul Am Untuk Seluruh Agama.

Semoga saudara berada didalam akal yang waras selalu, walaupun secara realitinya saudara Nik Aziz tidak pernah berada bersikap sedemikian.

saudara nik aziz, aku memperkenalkan diri aku sebagai GAP, penentang no 1 kepada kaedah pemutar belit islam yang selama ini kau amalkan. harap maklum bahawa aku sudah membaca surat terbuka kau kepada anak cina berfahaman DAP bernama nga kor ming.

Dalam surat kurang cerdik saudara, secara totalnya saudara mahu memujuk nga supaya tidak terkesan dengan teguran berkenaan dengan pronounciation surah al quran. saudara nik aziz, kau manusia yang paling hebat memperlekehkan agama demi kepentingan politik pas kau.

Kiranya kau mahu menegur nga, sepatutnya ASAS teguran yang pertama wajib kau lakukan adalah mengarahkan saudara nga untuk tidak pandai-pandai MEWUJUDKAN SATU SURAH BARU QURAN, dan kedua sebelum menyebut apa-apa pun surah sesat ini, maka wajiblah untuk nga mengucap dua kalimah syhadah dan dipotong koneknya (bersunat) . kalau hati saudara nga berniat berdakwah, maka selesaikanlah dulu perkara pokok dan basis islam terlebih dahulu.

Mengapa bodoh benar kau ditipu dengan DAP, adakah dengan sekadar pandai membicara surah quran dan mahu menjadi umar abd aziz, lubang bontot orang pas sudah kembang kuncup bangga dibuai pujian ? masyaallah..takkanlah dengan game politik simple begini kamu boleh menggadai body ?

Saudara nik aziz, walaupun kau dianggap oleh penyokong kau sebagai mursidul am,disanjung dan dipuja, NAMUN HARUS AKU INGATKAN KEPADA KAU walau apapun gelaran yang diberi belum tentu menjamin kamu untuk masuk sorga.

Harus kamu ingat juga wahai saudara nik aziz, KAMU TIDAK DILANTIK OLEH MANA-MANA PIHAK ISLAM SEBAGAI 'WAKIL SAH' PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. dengan itu kau tidak terlepas dengan apa juga teguran dan kritikan .sedangkan abu bakar as sidiq yang dijamin sorga itupun minta ditegur, inikan pula kamu wahai nik ajis yang tiada apa-apa !

Saudara nik ajis, sebelum kamu mengeluarkan lebih banyak statement2 kontradiksi maka aku sarankan kamu untuk bercerminkan muka. renungkan semula kenyataan2 kurang siuman kamu tatkala mengeluar bicara. masih ingatkah lagi akan statement kamu berkenaan tuhan pun mencarut,tuhan samseng,lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan umno,penghinaan terhadap wanita yang dirogol,perbandingan perokok lebih hina daripada binatang,pas yang biadap terhadap sultan,perkataan 'ALLAH' boleh digunakan di gereja dll yang tak mampu aku tuliskan di sini?

ATAU YANG PALING JELEK

'kita akan laksana hudud dalam masa 30 tahun lagi'... setelah karpal singh membantah perlaksanaannya. kau nik aziz selama ini telah menggertak orang melayu dengan pelbagai gelaran jijik seperti munafik,zindik,sesat bila mereka tidak mengikut kata kamu untuk melaksanakan hudud TETAPI bilamana karpal menyinsing lengan membantah, maka kamu menarik hand brake !

Permainan 'politik brengset' apa yang kamu mainkan ini wahai nik ajis ? kamu lebih takutkan karpal singh atau takutkan ALLAH SWT.

ULAMAK KATEGORI MANA KAMU INI

Apabila keseluruhan hidup kamu lebih cenderong melakukan dakwah 'menghukum' berbanding dengan dakwah hikmah yang dibawa nabi saw ? kamu lebih banyak menghukum dan menggertak seolah-olah ilmu dan pangkat kamu sudah menjamin jalan kamu ke sorga ?

Nabi muhammad saw manusia yang dijamin sorganya. walaupun sedemikian janji tuhan, tatkala dihina dan dibaling batu sewaktu berdakwah di taif, nabi saw masih lagi mendoakan kebaikan penduduk taif, berbeda dengan kamu yang angkuh dan sombong lebih suka mengeluarkan fatwa-fatwa sesat, habis seluruh melayu yang bukan dari kalangan penyokong kau disesatkan hanya semata-mata mereka tidak menyokong perjuangan maha sempit kau !

SEBENARNYA KAMU TAHU

Bahawa perjuangan sempit kamu merosakkan umat telah ditolak oleh melayu. bermula dengan pengurangan sokongan melayu di kawasan wakaf mempelam dan diikuti oleh 5000 melayu yang beralih sokongan menolak kamu di bukit gantang.

MAKA DENGAN ITU LAH

Kamu mengutus surat 'insuran' kepada saudara nga kor ming sebagai satu signal kepada seluruh pengundi non muslim agar terus menyokong kamu dalam dasar 'merogol islam dan melayu' yang sedang kamu lacurkan . kamu sudah terlepas cakap. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. pas kini di sudut penjuru yang sempit, tidak mampu mengubah posisi kedudukannya.

Hati kamu gundah gulana, sekilas surat ini sudah ku tahu kerisauan jiwa. kamu runsing dan jiwamu tertekan. kiranya kamu beralih arah semula dengan menyokong dasar melayu dan pas kembali ke perjuangan asal, maka kamu akan kehilangan sokongan non muslim.

Namun orang melayu tidak mahu tertipu lagi dengan permainan politik hina pas.orang melayu semakin membenci diri kamu dan pas. KAMU TELAH MENGHINA ISLAM DAN KAMU TELAH MENGHINA BANGSA MELAYU ! 11 bulan sahaja diperlukan oleh kami untuk mengembalikan sokongan umat melayu kepada umno. dan insyaallah dengan izin dan usaha gigih....

MAKA AKU BERJANJI

Pada muktamar pas bulan jun ini, kami akan pastikan kamu melihat di depan mata kamu sendiri kehancuran pas dihancurkan oleh proksi-proksi berkepentingan dalam perebutan jawatan ! dalang di sebalik kehancuran pas tidak lain adalah proksi anwar dan yang terbaru proksi DAP !

AMANAH HJ GAP (ULANGAN AMANAH HJ HADI)

Ingat wahai umat melayu, PAS TIDAK SEKALI-KALI MEWAKILI KITA DALAM URUSAN ISLAM. ingatlah pada ayat bahawa setiap batang tubuh kita adalah sebenar-benarnya KHALIFAH di muka bumi ini.

Adalah menjadi tanggungjawap seluruh anak muda dan seluruh orang melayu untuk menyampaikan amanah penting GAP ini , jadikan ia sepertimana amanat hj hadi tahun 1982 !

ORANG MELAYU KIRANYA MAHU MENYELAMATKAN ISLAM DAN BANGSA, WAJIP MENOLAK PAS !

Saudara Nik Ajis...selamat melihat kehancuran pas nanti. insyaallah !

TAKBIR TAKBIR TAKBIR

sekian

GAP

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..