SILA BACA KENYATAAN INI...
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.
Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan di mahkamah kerana ianya membuka aib orang.
“Orang luar (Ahli Parlimen Australia) bagi sokongan. Sokongan ini bukan campur tangan. Campur tangan lain, ini sokongan. Sokongan untuk menghilangkan aib orang.
“Kita sokong orang luar negeri seperti mana Tun Dr Mahathir buat untuk sokong lawan Israel. Sokongan ini hak fitrah manusia. Mereka beri sokongan supaya benda (kes liwat) ini tidak dibawa ke mahkamah sebab tak ada bukti. Tak ada orang tengok. Masalahnya sekarang ini bukan soal sokongan tetapi takut Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Beliau berkata, pengguguran kes liwat Anwar itu bukanlah alasan utama sebaliknya ia membabitkan soal maruah.
“Gugur kes itu soal kedua. Yang penting sokongan jangan bawa benda aib ke mahkamah. pertama kerja zina, liwat ini kerja barang sulit. Yang sepatutnya kalau seorang tentu barang sulit kecuali ia membahayakan orang ramai," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kes liwat Anwar Ibrahim dikaitkan dengan beliau kembali setelah hampir sepuluh tahun kes yang sama pernah dikaitkan terhadap beliau semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri adalah disebabkan politik.
Ini kerana pada pandangannya ini satu cubaan untuk menggagalkan hasrat pakatan rakyat termasuk Anwar menjadi perdana menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah Malaysia.
“Barang kali sudah lebih 10 tahun ia didedahkan. Sejak zaman Dr Mahathir lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas yang menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Anwar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan sama-sama mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ia mesti dipertahankan daripada campur tangan negara asing yang bukan Islam.
”Saya sebagai rakyat Malaysia, negara kita yang berdaulat tak perlu campur tangan asing, apatah lagi negara-negara barat yang bukan Islam. Masalah ini berlaku mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi campur tangan asing.
”Campur tangan asing (terhadap Malaysia) tak boleh, tapi dalaman sendiri (Malaysia) mesti ada kehebatan,” katanya.
Sinarharian
Ulasan dari Pakmie akan menyusul kemudian...
Sinarharian
Ulasan dari Pakmie akan menyusul kemudian...
3 comments:
inilah kenyataan ularmak yg paling bodoh dan sombong dalam malaysia.buat perabih beraih je.
nik aziz silap urusan makamah di kira campur tangan sebab itu urusan dalaman negara. isu sokongan palestin bukan urusan dalaman pasletin tetapi isu isu keadilan sebuah negara di perinkat antarabangsa. cth ni aziz pun salah bila cuba menegakkan benang yang basah.
Salam sahabat,
Saya langsung tidak percaya dengan apa yang terkeluar dari mulut Nik Aziz tu... semua bohong, tipu dan dusta.
Nik Aziz sudah semakin nyanyuk dah..dia mana faham untuk membezakan antara pejuang dengan pengkhianat bangsa dan negara..
terlalu jauh sudah kesesatan Nik Aziz..saya rasa tiada siapa lagi yang mampu untuk membawa dia balik kepangkal jalan...yang nak bawa dia terus sesat ramai,,terlalu ramai...
Post a Comment