Followers

Sunday, April 12, 2009

BANYAK SUDAH DOSA-DOSA PAS TERHADAP ORANG MELAYU DAN ISLAM - INSAFLAH.

BERTAUBATLAH HJ HADI, NIK AZIZ SEBELUM TERLAMBAT

PENGENALAN

Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi.

Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat.

Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?

Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?

Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)

Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999.

Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri.

Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar,

Lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu.

Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam.

Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000.

Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu.

Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.

ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini".

Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir?

Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam.

(Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)

TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982.

Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.

Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999.

Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu.

Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah

"... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada',

sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid".

Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).

Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?

Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000.
(Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)

Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.

MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI

Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS.

Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955.

Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.

Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram".

(Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).

Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).

Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980.

Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah

"Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh"

yang diberikan makna

"Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini.

Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi.

Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak".

Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu.

Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja.

Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai

"Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda.

Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993).

Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan.

Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan?

Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara.

Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan:

"Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara".

Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara?

Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku.

Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka.

Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin"

ataupun pakai hukum

"Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua".

Rela berpura-pura dengan hukum Allah.

Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku.

Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik.

Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama.

Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32).

Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.

Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980.

Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang.

Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.

Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang.

Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam.

Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).

Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.

Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan

JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID.

Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".

Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi.

Beliau juga mempermainkan hukum Allah.

PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA

Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.

Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982.

Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS".

Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982.

Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu.

Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri?

Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.

Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong.

Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu.

Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?

PENUTUP

Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh.

Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.


Article contributed by: Dato' Shafei Daud
petikan daripada :www.geocities.com/freedom_malaysia

Amir Hamzah
Batu Pahat

Ulasan...

Blogger Senapang Patah said...

Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.

JOM KITA LANYAK PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

April 12, 2009 2:27 PM

Delete
Blogger Darulehsan said...

Tidak lama dahulu heboh diperkatakan tentang bekas ahli PAS yang membakar 5 buah rumah ahli JKKK di besut 20 tahun lalu.

Kenyataan yang dibuat oleh bekas ahli PAS dalam satu majlis masuk Umno di Besut yang turut disertai oleh Menteri besar dan pemimpin Umno Besut. Pelik, seorang yang mengaku pernah melakukan jenayah diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Umno Besut.
Sepatutya apabila bekas ahli PAS itu mengaku pernah melakukan jenayah, pemimpin Umno yang ada disitu mestilah menghubungi pihak polis untuk menangkapnya tapi sebaliknya yang berlaku. Maka semua yang ada dalam majlis tersebut juga dikira termasuk bersubahat dengan penjenayah dan patut ditangkap sekali.
Ahli PAS itu mereka-reka cerita yang kerja jenayahnya itu atas arahan pemimpin PAS. Katanya lagi dia terpengaruh dengan amanat Hj. Hadi. Ingatlah, pada zaman PAS memerintah Terengganu 1999-2004, Presiden PAS dan Ketua Dewan Ulama PAS telah dipanggil oleh Jakim bagi membincangkan isi-isi Amanat Hj. Hadi secara ilmu dan berpandukan Quran dan hadis, bukannya cakap kedai kopi atau di mesyuarat Umno.

Akhirnya Jakim setuju yang Amanat Hj Hadi tidak bercanggah dengan Quran dan Hadis. Tapi tak disebarkan kerana Umno bimbang ahlinya lari. Jadi Umno jangan cuba-cuba mengungkit kembali isu Amanat Hj hadi, kelak makan diri.

Memang betul lah kata orang, penjenayah, perogol, penipu, perasuah,penyanyi, pelakon penghina hukum Allah dan Rasul, murtad, ajaran sesat, kaki arak, penzina, tak solat memang Umnolah tempat yang sesuai dan layak buat mereka untuk dulu, kini dan selamanya.

Apakah munasabah jika benar dia pernah membakar 5 buah rumah JKKK ketika itu tidak ditangkap oleh pihak polis apatah lagi ketika itu dia adalah ahli PAS, sudah tentu Umno akan ganyang dia cukup-cukup ketika itu untuk memburukkan PAS, tapi ia tidak berlaku dulu, pelik.

Di Terengganu sekarang rakyat boleh lihat dengan sejelas-jelasnya. Rumah-rumah Allah sudah menjadi rumah Umno. Ustaz-ustaz yang mengajar atau memberi kuliah mesti mengajar apa yang selari dengan perjuangan Umno dan amalan pemimpin-pemimpinya, bukan mengajar apa yang ada dalam Quran dan Hadis nabi.

Hukum-hukum Allah seperti berkait dengan jenayah, hudud, pemimpin dan kerajaan Islam, ekonomi islam dan sebagainya dilarang diperkatakan dalam rumah Allah kerana dikatakan berunsur politik, sedangkan perkara tersebut ada dalam Quran dan hadis Nabi.

Maka masjid dan surau-surau yang dikuasai oleh Umno, jadi lesu dan bertukar jadi rumah Umno. Ustaz-ustaznya pula berapi-api cakap pasal judi haram ,arak haram, rasuah haram tapi dia juga yang sokong kerajaan yang dirikan kilang arak dan tempat judi, dia juga yang sokong pemimpin yang rasuah dan penipu. Cakap tak serupa bikin. Orang beriman dan berilmu tidak akan sanggup untuk solat dengan berimamkan ustaz yang sebegini.

Ahli-ahli jemaah Umno pula terdiri yang dah berpencen, yang muda-muda tak nampak muka. Mana orang-orang Umno suka denganr kuliah? Maka masjid didirikan sekadar umpan dan topeng sahaja. Lagi banyak masjid atau projek dibuat, lagi banyak puak-puak tu dapat komisen atau wang bawah meja.

Rakyat juga yang bodoh dan bangang kena tipu hidup-hidup. Dapat RM300 suka bagai nak rak hingga lupa agama, iman dan aqidah. Betullah kata MB Kelantan yang puak Umno tak layak duduk di atas muka bumi Allah dan berpayung dengan langit Allah.

Mereka patut cari bumi dan langit lain, mereka boleh reka bumi atau langit sendiri sebagaimana mereka mereka-reka undang-undang dan hukum-hukum yang mereka junjung itu. Sedar dan malulah sikit yang kamu tu menumpang di dunia milik Allah bukan milik Umno. Dah tak hidayah mana nak sedar dan malu, maka sesatlah mereka dalam cahaya._

April 12, 2009 3:04 PM

Delete

2 comments:

PEJUANG CYBER said...

Hari ini jika kita renungkan kembali ... Pasti ramai yang akan mengatakan bahawa, Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.
JOM KITA LANYAK PAS X - FILE : PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI

Darulehsan said...

Tidak lama dahulu heboh diperkatakan tentang bekas ahli PAS yang membakar 5 buah rumah ahli JKKK di besut 20 tahun lalu.
Kenyataan yang dibuat oleh bekas ahli PAS dalam satu majlis masuk Umno di Besut yang turut disertai oleh Menteri besar dan pemimpin Umno Besut. Pelik, seorang yang mengaku pernah melakukan jenayah diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Umno Besut.
Sepatutya apabila bekas ahli PAS itu mengaku pernah melakukan jenayah, pemimpin Umno yang ada disitu mestilah menghubungi pihak polis untuk menangkapnya tapi sebaliknya yang berlaku. Maka semua yang ada dalam majlis tersebut juga dikira termasuk bersubahat dengan penjenayah dan patut ditangkap sekali.
Ahli PAS itu mereka-reka cerita yang kerja jenayahnya itu atas arahan pemimpin PAS. Katanya lagi dia terpengaruh dengan amanat Hj. Hadi. Ingatlah, pada zaman PAS memerintah Terengganu 1999-2004, Presiden PAS dan Ketua Dewan Ulama PAS telah dipanggil oleh Jakim bagi membincangkan isi-isi Amanat Hj. Hadi secara ilmu dan berpandukan Quran dan hadis, bukannya cakap kedai kopi atau di mesyuarat Umno.
Akhirnya Jakim setuju yang Amanat Hj Hadi tidak bercanggah dengan Quran dan Hadis. Tapi tak disebarkan kerana Umno bimbang ahlinya lari. Jadi Umno jangan cuba-cuba mengungkit kembali isu Amanat Hj hadi, kelak makan diri.
Memang betul lah kata orang, penjenayah, perogol, penipu, perasuah,penyanyi, pelakon penghina hukum Allah dan Rasul, murtad, ajaran sesat, kaki arak, penzina, tak solat memang Umnolah tempat yang sesuai dan layak buat mereka untuk dulu, kini dan selamanya.
Apakah munasabah jika benar dia pernah membakar 5 buah rumah JKKK ketika itu tidak ditangkap oleh pihak polis apatah lagi ketika itu dia adalah ahli PAS, sudah tentu Umno akan ganyang dia cukup-cukup ketika itu untuk memburukkan PAS, tapi ia tidak berlaku dulu, pelik.
Di Terengganu sekarang rakyat boleh lihat dengan sejelas-jelasnya. Rumah-rumah Allah sudah menjadi rumah Umno. Ustaz-ustaz yang mengajar atau memberi kuliah mesti mengajar apa yang selari dengan perjuangan Umno dan amalan pemimpin-pemimpinya, bukan mengajar apa yang ada dalam Quran dan Hadis nabi.
Hukum-hukum Allah seperti berkait dengan jenayah, hudud, pemimpin dan kerajaan Islam, ekonomi islam dan sebagainya dilarang diperkatakan dalam rumah Allah kerana dikatakan berunsur politik, sedangkan perkara tersebut ada dalam Quran dan hadis Nabi.
Maka masjid dan surau-surau yang dikuasai oleh Umno, jadi lesu dan bertukar jadi rumah Umno. Ustaz-ustaznya pula berapi-api cakap pasal judi haram ,arak haram, rasuah haram tapi dia juga yang sokong kerajaan yang dirikan kilang arak dan tempat judi, dia juga yang sokong pemimpin yang rasuah dan penipu. Cakap tak serupa bikin. Orang beriman dan berilmu tidak akan sanggup untuk solat dengan berimamkan ustaz yang sebegini.
Ahli-ahli jemaah Umno pula terdiri yang dah berpencen, yang muda-muda tak nampak muka. Mana orang-orang Umno suka denganr kuliah? Maka masjid didirikan sekadar umpan dan topeng sahaja. Lagi banyak masjid atau projek dibuat, lagi banyak puak-puak tu dapat komisen atau wang bawah meja.
Rakyat juga yang bodoh dan bangang kena tipu hidup-hidup. Dapat RM300 suka bagai nak rak hingga lupa agama, iman dan aqidah. Betullah kata MB Kelantan yang puak Umno tak layak duduk di atas muka bumi Allah dan berpayung dengan langit Allah.
Mereka patut cari bumi dan langit lain, mereka boleh reka bumi atau langit sendiri sebagaimana mereka mereka-reka undang-undang dan hukum-hukum yang mereka junjung itu. Sedar dan malulah sikit yang kamu tu menumpang di dunia milik Allah bukan milik Umno. Dah tak hidayah mana nak sedar dan malu, maka sesatlah mereka dalam cahaya._

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..