Followers

Thursday, April 2, 2009

SUMPAH 403 VS SESUMPAH 916

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini(esok).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi.

Najib, yang kini timbalan perdana menteri, telah dipilih menjadi presiden Umno dalam perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

Menurut Najib,beliau akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, lapor Bernama

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," kata Najib.

Sementara itu, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai ramalan penganalisis politik bahawa barisan Kabinet baru nanti adalah lebih kecil daripada barisan sedia ada.

"Bolehkah kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenai semua benda sekarang," katanya.

Ketika ditanya mengenai suasana pada mesyuarat kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Abdullah, Najib berkata perdana menteri bersikap sangat terbuka dan memberikan jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia menghulurkan panduan dan nasihat sekiranya diperlukan.

"Beliau tidak akan mencampuri atau mengkritik pentadbiran baru, tetapi akan sentiasa berada di belakang kami. Saya sangat menghargai pendirian beliau dan InsyaAllah, saya yakin Pak Lah sangat positif terhadap apa yang dilakukan," katanya.


Tanggungjawab besar

Najib berkata, beliau insaf bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri merupakan satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perasaannya yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri.

"Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab...satu penghormatan yang amat besar. "Tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab...(dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar," kata timbalan perdana menteri.

Katanya beliau perlu melaksanakan yang terbaik supaya rakyat yakin yang kerajaan bawah pimpinan beliau kelak merupakan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan yang boleh mereka bergantung harap kerana faham akan kehendak mereka - Malaysiakini.


916 - Sesumpah Anwar

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

1970-an

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.


1997

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan rakyat dan negara sekali pun".

1 comment:

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
BENAR APA YANG DINYATAKAN DI DALAM ARTIKEL ANDA...
DAN KITA PATUT MENENTANG SEGALA AGENDA JAHAT ANWAR SELEPAS INI.
SAYA YAKIN ANWAR AKAN BERTERUSAN MENYERANG NAJIB.

ANWAR WAJIB DITENTANG

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..