Followers

Thursday, September 3, 2009

BUNOS SEBELUM AIDILFITRI?


Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri, walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini. Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

Sekaligus akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini. Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya"

Ulasan...
Blogger Mamak Penang said...

Salam Ramadan PakMie,

Elok itu bayar sedikit wang untuk kaitangan kerajaan untuk meringankan beban hidup mereka. Bonos ini sebagai pelincir di roda yang berputar...roda boleh juga berputar tanpa pelincir tapi bila bubuh sedikit pelincir roda akan putar lebih baik dari tanpa dibubuh pelincir...hahaha...kerana taukeh nasiq kandaq pun selalu bagi "duit raya" kat pekerja-pekerjanya...wassalam.

September 3, 2009 3:50 PM

Delete
Blogger Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Harap2 adalah bonus tu.Poket baju kering kontang.poket seluar pulak sdg kemarau.


September 3, 2009 4:24 PM

Delete

2 comments:

Mamak Penang said...

Salam Ramadan PakMie,
Elok itu bayar sedikit wang untuk kaitangan kerajaan untuk meringankan beban hidup mereka. Bonos ini sebagai pelincir di roda yang berputar...roda boleh juga berputar tanpa pelincir tapi bila bubuh sedikit pelincir roda akan putar lebih baik dari tanpa dibubuh pelincir...hahaha...kerana taukeh nasiq kandaq pun selalu bagi "duit raya" kat pekerja-pekerjanya...wassalam.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

harap2 adalah bonus tu.poket baju kering kontang.poket seluar pulak sdg kemarau.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..