Followers

Saturday, September 12, 2009

TUN MAHATHIR : TEGURAN DAN PANDANGAN DEMI KEKUATAN BN

PANDANGAN UNTOK KEKUATAN MIC DAN KAUM INDIA DI NEGARA INI

Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan beliau sebelum ini mengenai kelemahan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti itu.Tun hanya memberi pandangan umum bahawa MIC tidak akan dapat dipulihkan selagi ia diterajui oleh Samy.

Dr. Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu lagi beliau sudah menyatakan dalam temu ramah bersama sebuah stesen televisyen bahawa MIC akan tewas selagi dikuasai Samy dan perkara itu menjadi kenyataan. sekarang ini tidak ramai yang menyokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia.

Dalam kenyataan itu, Dr. Mahathir berkata, kaum India tidak wajar menyokong Samy dan harus memilih pemimpin yang berkaliber seperti Datuk S. Subramaniam.

Satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan mengatakan Tun tidak menolong kaum India di negara ini dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menafikan bahawa Subramaniam yang merupakan calon Timbalan Presiden dan seteru politik Samy cuba mendapatkan sokongan beliau untuk menang pemilihan.

Utusan on-line.

2 comments:

PaKMie said...

Salam semua dan slmt berpuasa pd yg muslim...

Kalau Samy takut malu sepatutnya sdh lama ia berundur dri MIC beri laluan kpd pemimpin muda yg lebih layak.

Terbukti dalam PRU12 dan PRK yg lepas2 golongan kaum India tdk ramai menyokong BN kesan dri masalah dalaman MIC.

Samy pemimpin tua MIC dah hampir 30tahun menerajuai perti itu.Kaum India di negara ini sudah lama muak kpd kepimpinan beliau dan kesannya menolak BN semasa pilihanraya.

Isyarat sedemikian yg diberi oleh Tun semacam tdk fhm lagi. Hasrat Tun hanya memberi pandangan iklas utk menolong kaum India di negara ini yg seolah2 kelemasan dan kata2 Tun itu sebagai pemangkin utk mendesak Samy berundur secara terhormat dlm parti itu dgn memberi laluan kpd pemimpin muda yg lebih berpotensi. Kalau MIC bertambah kuat bermakna keinginan kaum India kpd BN akan pulih kembali.

AMNOBODO said...

pok mie..nak tanya nih pok miee..emmm....>>>

Terbukti dalam PRU12 dan PRK yg lepas2 golongan kaum India tdk ramai menyokong BN kesan dri masalah dalaman MIC. <<<

ermm....golongan kaum melayu tak sokong UMNO ramai ker tak ramai pok mie?..hihihih....tanyer jer lah..jgn mare yerkkk

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..